Masihkah anda ingat drama bersiri Filipina terbitan ABN-CBS, ‘Be Careful With My Heart’ yang popular sekitar tahun 2013?
Ads
Siri yang diarahkan oleh Jeffrey R. Jeturian dan Mervyn B. Brondial ini menampilkan barisan pelakon seperti Jodi Sta. Maria, Richard Yap, Mutya Orquia, Janella Salvador dan Jerome Ponce mencipta fenomena tersendiri bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia sehingga drama ini berjaya di seluruh dunia, sekaligus melahirkan album, jelajah dunia dan konsert.
Admin sendiri salah seorang peminat drama bersiri ini. ‘Be Careful With My Heart’ berkisarkan tentang seorang gadis bernama Maya dela Rosa (Jodi Sta. Maria) yang bekerja sebagai pemandu pelancong di kampung halamannya di Ilocos Norte, Utara Filipina.
Maya mengembara ke bandar metropolitan Manila untuk mencapai cita-cita menjadi pramugari bagi membantu keluarganya. Maya tidak akan membenarkan sesiapa yang mahu menggagalkan impiannya, termasuklah Richard Lim (Richard Yap), seorang duda yang kaya. Ironiknya, Richard merupakan harapan terakhir Maya untuk merealisasikan cita-citanya kerana pengaruh lelaki tersebut di dalam industri penerbangan. Namun, Richard hanya akan membantu Maya jika Maya bersetuju untuk menjadi pengasuh kepada anak-anaknya.
Pelakon utama drama tersebut, Jodi Sta Maria merupakan aktress Filipina yang versatil dan mempunyai hobi mengembara di seluruh dunia. Setiap kali mengembara, dia akan membawa bersama anak tunggalnya, Panfilo “Thirdy” Sta. Maria Lacson III yang dilahirkan pada tahun 2005. Selepas bercerai dengan suaminya, seorang ahli politik, Panfilo Lacson Jr., Jodi lebih selesa dengan kehidupannya bersama putera tunggalnya itu.
Siapa sangka, Jodi Chrissie Garcia Santamaria pernah menghadiri Universiti De La Salle-Dasmariñas dan mengambil jurusan Biologi Perubatan. Tetapi beliau terpaksa menangguhkan pengajiannya selepas setahun kerana kejayaannya secara tiba-tiba menerusi drama Be Careful With My Heart, yang dilanjutkan siarannya dari 3 bulan hingga 2 1/2 tahun.
Tetapi berkat kesabaran dan minat ingin menamatkan pengajian, akhirnya Jodi berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang psikologi di Southville International School and Colleges pada tahun 2020. Malah pelakon wanita tersebut turut dianugerahkan Anugerah Dekan di semester terakhir pengajiannya pada tahun 2019 yang lalu. Kini, Jodi Sta Maria juga merupakan duta kepada WHO sejak 2011.
Menjengah laman Instagram miliknya, sememangnya wanita yang mencecah usia 40 tahun pada 16 Jun 1982 ini gemar menghabiskan waktu bercuti bersama anak tunggalnya dan mencabar dirinya melakukan pelbagai aktiviti sukan lasak.
Ads
Antara destinasi yang pernah dikunjungi oleh aktress yang pernah menerima penghargaan sebagai salah seorang pelakon yang paling berbakat di Filipina termasuklah Dubai, Amsterdam, Paris, Peru, Amerika Syarikat, Spain, Portugal, Bolivia, Taiwan dan beberapa lagi destinasi.
Berperwatakan menarik, lasak dan seorang ibu yang penyayang jelas menggambarkan keperibadian selebriti cantik kelahiran Santa Rosa, Laguna, Filipina ini. Menganggap setiap percutian ke luar negara sebagai episod baru mengembara, ia banyak mematangkan dirinya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal yang membesarkan anak lelaki yang kini menjengah usia 17 tahun.
Ads
Selain berperwatakan lasak, gaya berfesyen Jodi Sta Maria juga sering menjadi pilihan apatah lagi wanita ini bijak berfesyen ke mana sahaja walaupun ketika bercuti ke luar negara.
“In case you’re travelling anytime soon, I gathered three easy fashion tricks from me that would bring out the “Glam Explorer”, ” ujar Jodi dalam salah satu temubual berkaitan fesyen di Filipina.
Jodi menyenaraikan perkara-perkara asas ini sebagai kunci untuk tampil chic and glam explorer ketika bercuti iaitu keselesaan, jangan hadkan keselesaan berfesyen dan bawa pakaian ikut cuaca destinasi percutian!. Ikuti tips fesyen ini, sudah pasti anda kelihatan Glam Explorer ketika bercuti!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini pasangan diraja Putera William dan Kate Middleton sering mencuri tumpuan sebagai pasangan diraja yang serasi, namun pasangan Crown Prince Frederik dan Crown Princess Mary of Denmark juga tidak terkecuali.
Mereka dikatakan antara pasangan diraja yang sentiasa kelihatan romantis dan bijak bergaya sama ada ketika menghadiri majlis formal mahupun majlis tidak formal.
Malah, bahasa tubuh Crown Prince Frederik terhadap isteri tercinta juga menunjukkan betapa dia berbahagia di samping permaisuri hatinya itu. Jom lihat sweetest moments pasangan diraja ini!
(a) Ini baru dikatakan gaya seorang Prince Charming! Putera Mahkota Frederik memayungkan puterinya ketika menghadiri majlis hari keputeraan ke-80 King Harald dan Queen Sonja of Norway pada bulan Mei 2017 di Oslo.
(b) Rangkulan mesra pasangan diraja ini ketika menghadiri majlis di Opera House di Sydney, Australia.
(c) Rock Star Couple… Pasangan diraja kelihatan santai dan selesa ketika menghadiri konsert Rock ‘n’ Royal Copenhagen’s Parken Stadium.
(d) Anggun dan bergaya… Kedua-duanya nampak sepadan tatkala menghadiri majlis perkahwinan Prince Carl Philip of Sweden dan Sofia Hellqvist di Stockholm, Sweden.
(e) Antara momen romantis yang sempat dirakamkan ketika pasangan ini menghadiri sebuah majlis.
(f) Foto kenangan sempena majlis perkahwinan pasangan diraja ini. Rosmah Idayu Abu Samah
Memang puas hati kalau kita berjaya menurunkan berat badan. Rasa bangga sebab kalau dulu pakai baju saiz L kini dah bertukar jadi saiz S. Bila dah berjaya kita mula lupa ‘daratan’ dan makan tak iku peraturan lagi. Lama-lama baju saiz S tu pun dah mula ketat. Mengapa terjadi perkara sebegini?
Yatie Sendayu Tinggi ada berkongsi tentang mengapa situasi ini berlaku. Anak kepada Bonda Rozita ini ada mencoretkan di laman media sosialnya tentang ini. Kongsinya;
1. Pemakanan tak seimbang lepas dah berjaya kurus. Ia mewujudkan kesan yo-yo (kejap gemuk, kejap kurus). Ingat orang kurus tak semestinya sihat. Ia berlaku sebab ketidakseimbangan makanan yang diambil setiap hari. Diet ekstrem bukan sahaja menjadikan badan malnutrition tetapi merosakkan organ dalaman tubuh. Sebagai manusia normal, kita tetap memerlukan karbo (nasi, mi, pasta dan lain-lain) dalam hidup. Tapi haruslah dalam kadar minimum.
2. Peningkatan umur adalah faktor utama kenapa selepas beberapa tahun berat bertambah. Ia disebabkan faktor hormon yang menurun. Pengambilan suplemen sangat membantu untuk stabilkan hormon. Ingat, hormon bukan sahaja membantu untuk kurus tetapi sihat dan awet muda. Wanita yang memiliki paras estrogen dan progesterone yang tinggi cenderung mudah kurus.
3. Tidak bersenam langsung adalah penyumbang kepada kenaikan berat badan. Bila makin berumur, kadar metabolisme akan menurun. Ia menyebabkan lemak lambat terbakar. Bersenam bukan sahaja meningkatkan kadar metabolisme badan tetapi menguatkan tulang bagi mengelakkan osteoporosis.
4. Stres. Ya betul, mereka yang stres akan meningkatkan hormon cortisol. Ia menyumbang kepada kenaikan berat badan. Ingat, suplemen yang diambil untuk kurangkan berat badan hanya berperanan 60 peratus sahaja bagi mempercepatkan proses untuk kurus. Selepbihnya adalah efforts you all dan izin Allah SWT.
5. Membuang toksin dalam badan. Toksin berlebihan bukan sahaja menyumbang kepada masalah berat badan tetapi meningkatkan kesihatan tubuh secara menyeluruh.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramadan tahun ini pastinya berbeza buat pempengaruh media sosial, Farah Lee. Jika tujuh tahun lepas dia meraikan bulan penuh keberkatan ini sebagai ibu tunggal di samping anak perempuan tersayang kini fasa kehidupan graduan Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak dari University of Leads, United Kingdom berkenaan lebih indah dengan adanya figura seorang suami di sisi.
Kembali bergelar isteri pada tanggal 5 Januari lepas, Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli sah menjadi suri hati kepada Mohamad Fuad Hashim.
Berita pernikahan mereka menjadi bualan hangat di media sosial selain ramai yang mendoakan kesejahteraan rumah tangga pasangan ini.
Lebih dua bulan melayari alam rumah tangga, wanita kelahiran Terengganu ini menzahirkan rasa teruja menyambut Ramadan bersama suami tercinta.
Lebih bermakna, ketibaan 1 Ramadan pada 12 Mac lalu jatuh pada hari kelahiran Farah yang ke-35.
“First Ramadan sebagai isteri lagi dan hari ni umur saya 35 tahun untuk kali pertama. Fuad tanya nak hadiah apa, saya cakap “awak adalah hadiah terbaik untuk saya” lah romantik rupanya FL (Farah Lee).
Ramadan Mubarak semua. Moga Ramadan ini digunakan sebaiknya untuk berbuat segala yang wajib, sunat dan kebaikan untuk mendapat rahmat Allah. Amin.
Terima kasih juga kerana sudi hadir dalam setiap lorong hidup saya sepanjang 34 tahun yang lepas. Moga setiap perkenalan dan pertemuan kita, akan berterusan hingga ke syurga. Amin.”
Berkongsi titipan ucapan manis itu, Farah turut memuat naik foto dirinya di samping suami dan anakanda tersayang, Maream Esabel di perkarangan masjid.
Menerusi gambar tersebut kelihatan Farah anggun berjubah hitam sedondon dengan Maream, manakala Fuad pula segak berbaju Melayu.
Terdahulu, Farah pernah berkahwin dengan pengacara popular iaitu Ally Iskandar pada 20 Januari 2012 namun dikhabarkan berpisah pada 17 Ogos 2016.
Ketabahan Farah menempuh hidup sebagai ibu tunggal ketika itu menjadi inspirasi ramai golongan wanita.
Selain menjana pendapatan dengan berbisnes, Farah juga berjaya menunjukkan contoh terbaik buat wanita dengan menamatkan pengajian di universiti luar negara ke peringkat Sarjana.
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...