Bintang Cilik OSHIN, Ayako Kobayashi Kini Umur 50 Tahun Tapi Tetap Cantik & Awet Muda

Generasi 80-an barangkali masih ingat kenangan menonton ‘Oshin’ setiap petang. Saya sendiri antara yang setia di depan TV, sambil-sambil temankan mak melipat kain dan tunggu ‘lampu hijau’ bermain di luar rumah. Ya, kecomelan Oshin menemani zaman kanak-kanak kita namun yang ditekankan adalah mesej yang dibawa watak si cilik Ayako Kobayashi – betapa hidup harus diperjuangkan walau sesusah apa pun.

Setiap negara mempunyai pendekatan unik untuk memancing minat penonton. Jika Amerika Syarikat terkenal dengan siri sitkomnya, Jepun pula terkenal dengan program mini drama bersiri (15 minit) atau dikenali asadora

yang ditayangkan setiap pagi agar penonton dapat memulakan hari dengan lebih bersemangat.

‘Oshin’ merupakan antara drama asadora yang disiarkan saluran NHK dan telah ditayangkan ke lebih 50 negara. Jalan ceritanya penuh teladan, kisah dari zaman ‘Oshin’ kecil, dewasa dan tua. Namun yang paling membekas di ingatan tentulah ketika ‘Oshin’ kecil, melalui kesusahan hidup sebagai anak petani miskin.

 

 

 

Kini lebih 30 tahun berlalu. Nona tertarik menjejaki perkembangan Ayako Kobayashi yang begitu hebat menjentik emosi penonton sebagai ‘Oshin’ cilik.

Berusia 50 tahun, wanita Tokyo yang dilahirkan pada 11 Ogos 1972 itu ternyata masih aktif bergiat dalam industri seni di sana.

Rindukan ‘Oshin’? Berikut perkembangan terkini Ayako yang kelihatan cukup jelita dan awet muda…

 

(1) Potret Ayako dulu dan sekarang. Penonton ‘Oshin’ mengenali Ayako ketika usianya masih 11 tahun.

 

(2) Ayako berketinggian 158cm dan kini berusia 50 tahun.

 

 

 

*************

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)

*************

 

(3) Beliau masih aktif berlakon dan salah satu filem terbaharu yang dibintanginya adalah Hakai (2022).

 

 

 

(4) Seorang yang sukakan alam semula jadi dan minat mendaki.

 

 

 

 

(5) Aktres ini mula berlakon sejak kecil dan masih bertahan sampai sekarang.

 

 

Bagai mengimbau memori lama, memang terkenang zaman kanak-kanak betul kalau cakap tentang drama ‘Oshin’ kan?

Share
Published by
Norzalina