Bintang Freaky Friday LINDSAY LOHAN Dah Jadi Ibu, Nama Anak ‘Luai’ Pula Curi Tumpuan!

Bagi anda yang membesar menonton filem malar segar The Parent Trap dan Freaky Friday, nama Lindsay Lohan semestinya tidak asing lagi. Aura dan pengaruh pelakon berbakat besar ini sememangnya tidak boleh disangkalkan lagi walaupun kehidupannya selepas popular cukup mencabar.

Dan baru-baru ini, Lindsay berkongsikan khabar gembira yang dirinya telah selamat melahirkan anak pertamanya. Bersalin di Dubai, bintang berusia 37 tahun itu kini ibu kepada seorang cahaya mata lelaki.

Turut mendapat perhatian adalah nama yang diberikan Lindsay pada anak sulungnya itu.

Luai ialah nama Arab yang bermaksud “perisai” atau “pelindung.” Lohan mengumumkan kehamilannya pada bulan Mac menerusi gambar yang dikongsikan di laman Instagramnya.

Lindsay dikhabarkan telah lama menetap di luar negara selama beberapa tahun dan telah berkahwin dengan Bader Shammas, seorang pakar kewangan sejak tahun lalu. Kali terakhir Lindsay berlakon ialah menerusi filem  Netflix “Falling for Christmas” Netflix.

Dalam temu bual bersmaa majalah Allure, Lohan berkata dia sangat teruja untuk menjadi seorang ibu, dan terbuka dalam mengimbangi kerjaya dan keluarga serta kehidupan peribadinya.

Ibu Lohan, Dina Lohan, baru-baru ini memberitahu majalah People bahawa anak perempuannya dah lama teringin menjadi seorang ibu. Malah gembira sekali dengan perkawinan anaknya itu. Tahniah NONA ucapkan kepada Lindsay Lohan, dan selamat berpantang!

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus