Kulit cerah dan berseri merupakan idaman setiap wanita. Walau bagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang mudah dicapai – sehingga sekarang. Memperkenalkan NIVEA LUMINOUS630, bahan aktif anti bintik hitam yang dirumuskan khas oleh Jenama Penjagaan Kulit No. 1 di Dunia! Rangkaian ini mengetengahkan NIVEA LUMINOUS630 Anti-Dark Spot Serum; ianya menjanjikan pengurangan bintik hitam, garis halus dan meningkatkan keserian dalam hanya 2 minggu!

IKLAN

Bintang Hong Kong, ROSINA LAM Kongsi Pengalaman Guna Serum Anti Bintik Hitam No.1 Dunia

Apakah bintik hitam?

Wanita di seluruh dunia mengadu tentang bintik hitam, yang juga dikenali sebagai bintik usia atau bintik matahari. Faktor utama wujudnya bintik hitam adalah pendedahan kepada cahaya matahari dan sinaran UV (di dalam atau di luar rumah), penuaan serta ketidakseimbangan hormon. Lama-kelamaan, pendedahan berterusan ini akan menyebabkan hiperpigmentasi pada kulit yang akhirnya mengakibatkan tona kulit tidak sekata dan perubahan selepas keradangan, atau juga dikenali sebagai bintik hitam.

Penyelesaian NIVEA

Selepas penyelidikan menyeluruh selama 10 tahun yang memperlihatkan lebih daripada 50,000 molekul diuji, NIVEA telah berjaya mencipta gabungan ramuan yang sempurna untuk menghilangkan bintik hitam iaitu kompaun 630. Bahan aktik terobosan LUMINOUS630 memberikan prestasi 10X lebih baik daripada bahan aktif pencerah terkenal yang lain. Kompaun ini mengandungi 2X Hyaluron dan Antioksidan yang menyasarkan sel dan berfungsi dalam dua tindakan iaitu mencerahkan bintik-bintik dengan jelas di samping membantu mengekalkan kulit sentiasa muda, tanpa cela dan berseri! Ia mampu mengurangkan bintik hitam hanya dalam 2 minggu tanpa merosakkan kulit.

Bintang Hong Kong, ROSINA LAM Kongsi Pengalaman Guna Serum Anti Bintik Hitam No.1 Dunia

IKLAN

NIVEA LUMINOUS630 Anti-Dark Spot Serum telah terbukti selamat digunakan untuk mengurangkan bintik-bintik hitam sebanyak 71%, garis halus sebanyak 66% serta meningkatkan keserian kulit sebanyak 81%.

Produk lain dalam rangkaian NIVEA LUMINOUS630 boleh digunakan bersama serum untuk rejimen anti bintik hitam yang sempurna – daripada perlindungan waktu siang dengan Spot Protect Mousturizer SPF50 PA+++ kepada penjanaan semula kulit pada waktu malam dengan Even Tone Night Cream. Untuk rawatan bersasar mata,  Eye Treatment boleh digunakan untuk menangani lingkaran hitam dan kantung mata.

IKLAN

Pelakon Wanita Terbaik Hong Kong, Peminat Besar NIVEA

Bintang terkenal Hong Kong dan Pelakon Wanita Terbaik 2021 Rosina Lam telah lama meminati rangkaian NIVEA LUMINOUS630. “Keyakinan diri saya terjejas apabila saya mula mengalami bintik hitam disebabkan tempoh penggambaran yang lama di bawah cahaya matahari dan lampu studio. Sejak menemui rangkaian LUMINOUS630 pada tahun 2019, saya dapat melihat hasil ketara dan mendapat banyak pujian tentang keadaan kulit yang kelihatan makin muda dan berseri dalam masa yang singkat. Saya terpikat dengannya! Tidak kira betapa penat atau lama waktu saya bekerja, saya tidak akan lupa rutin anti bintik hitam NIVEA LUMINOUS630, kerana inilah rahsia untuk kulit saya yang sempurna, muda dan cerah berseri!” katanya. Rosina menambah lagi bahawa produk kegemarannya adalah NIVEA LUMINOUS630 Anti-Dark Spot Serum, kerana beliau percaya bahawa inilah rahsia utama kulitnya tampak muda.

Bintang Hong Kong, ROSINA LAM Kongsi Pengalaman Guna Serum Anti Bintik Hitam No.1 Dunia

NIVEA LUMINOUS630 Anti-Dark Spot Serum dan rangkaian penuh boleh didapati di semua Watsons dan secara dalam talian di kedai rasmi NIVEA. Rangkaian ini terdiri daripada penjagaan kulit waktu siang dan malam serta produk rawatan mata. Untuk maklumat lanjut mengenai produk NIVEA dan maklumat terkini, ikuti kami di  www.facebook.com/mynivea  atau layari https://www.nivea.com.my/ .

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI