Tahniah diucapkan kepada pelakon terkenal Bollywood, Bipasha Basu yang baru saja melahirkan anak sulungnya, perempuan yang diberi nama Devi Basu Singh Glover. Perkhabaran gembira itu diumumkan sendiri oleh Bipasha menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya. Hanya berkongsi tapak kaki anaknya, Bipasha turut menulis kepsyen ‘Diberkati’ menyatakan kesyukuran mereka terhadap cahaya mata yang baru lahir.

IKLAN

BIPASHA BASU Kini Seorang Ibu Di Usia 44 Tahun, Bersalin Anak Perempuan Devi Basu Singh Nama Diberi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bipasha Basu (@bipashabasu)

Hamil anak pertama di usia 43 tahun, Bipasha Basu dan Karan Grover mengumumkan mereka bakal menjadi ibu bapa pada bulan Ogos selepas melayari perkahwinan selama 6 tahun. Ini merupakan perkahwinan kali pertama buat Bipasha dan ketiga buat Karan.

BIPASHA BASU Kini Seorang Ibu Di Usia 44 Tahun, Bersalin Anak Perempuan Devi Basu Singh Nama Diberi

Bipasha dan Karan berkahwin pada tahun 2016 selepas menjalinkan hubungan ketika pengambaran filem Alone setahun sebelumnya. Sebelum ini Bipasha pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon-pelakon tampan Bollywood seperti John Abraham dan Dino Morea.

Bipasha, bekas model memulakan perjalanan karier seninya di dalam dunia Bollywood buat pertama kali selepas membintangi filem Ajnabee pada tahun 2001. Manakala Karan pula juga merupakan model dan pelakon popular membintangi filem-filem seperti  Hate Story 3 dan Qubool Hai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bipasha Basu (@bipashabasu)

IKLAN

BIPASHA BASU Kini Seorang Ibu Di Usia 44 Tahun, Bersalin Anak Perempuan Devi Basu Singh Nama Diberi

Menjengah ke hantaran di Instagram, ramai rakan-rakan artis serta peminat Bipasha yang teruja dengan khabar gembira yang dikongsikan.

Walaubagaimanapun, sehingga kini Bipasha dan suami masih lagi tidak mendedahkan wajah comel anak mereka. Diharapkan dapatlah kita semua melihat wajah anak mereka nanti tak lama lagi.

IKLAN

BIPASHA BASU Kini Seorang Ibu Di Usia 44 Tahun, Bersalin Anak Perempuan Devi Basu Singh Nama Diberi BIPASHA BASU Kini Seorang Ibu Di Usia 44 Tahun, Bersalin Anak Perempuan Devi Basu Singh Nama Diberi BIPASHA BASU Kini Seorang Ibu Di Usia 44 Tahun, Bersalin Anak Perempuan Devi Basu Singh Nama Diberi

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI