Jika dulu sebut saja nama Modvier, pasti majoriti hijabi di Kuala Lumpur kenal benar dengan butik Muslimah multi-label milik Siti Sarah Shah Nor. Namun impak pandemik menyebabkan bisnes fesyennya ‘gulung tikar’, sekaligus memaksa beliau memikirkan model bisnes baru iaitu CUURA.
Diasaskan pada tahun 2018, Sarah memecah tembok pemikiran pengasas produk kecantikan lain ketika itu yang rata-ratanya mengeluarkan serum.
Menyedari cuaca panas di Malaysia, Sarah terpanggil untuk melancarkan krim tabir suria SPF50++ CUURA dengan persijilan halal pertama di tanah air. Sejak itu, beliau melangkah terus dan enggan menoleh ke belakang lagi.
Memetik kata-kata Sarah dalam temu bualnya dengan Hijabista, pandemik benar-benar memberi pengalaman perit buat pengusaha fesyen.
“Apabila COVID-19 melanda, Modvier sememangnya terjejas hebat. Para pelanggan sudah sebati dengan konsep mereka datang ke butik untuk merasai pengalaman fesyen yang disediakan.
Namun disebabkan pandemik, kami cuba mengalihkan haluan bisnes ke sistem dalam talian, namun tidak berjaya. Disebabkan itu bisnes secara atas talian tidak berjaya kerana kami tidak bermula dengannya.
Menambah lagi dugaan, suaminya yang bekerja dalam bidang minyak dan gas turut menerima tempias apabila diberhentikan kerja. Di situlah titik permulaan CUURA dibangunkan bersama-sama dengan lebih serius.” Sarah Shahnor
Sifat tak mudah mengalah, menjadi punca kejayaan CUURA hari ini. Bangga rasanya ketika hadir ke majlis pelancaran pop-up store Orangerie by CUURA yang bertempat di Starhill Kuala Lumpur. Produk bumiputera sebaris produk antarabangsa!
Tonton video penuh bersama Sarah ni, menginspirasikan…
This website uses cookies.