Bergelar selebriti dan usahawan, Hanis Zalikha Zainal Rashid mencuri perhatian ramai dalam bidang perniagaan. Kejayaan Hanis dalam dunia perniagaan, khususnya melalui jenama Cakenis, menjadi bukti bahawa wanita boleh melangkah jauh dan menguasai bidang yang penuh dengan persaingan.

Ads

Bisnes Masuk Tahun Ke 11, HANIS ZALIKHA Baharu Berani Terima Anugerah. Anggap Rezeki Tahun Baharu

Dengan semangat, kecekalan, dan kreativiti, Hanis berjaya mengubah jenama Cakenis daripada satu koleksi kecil kepada satu rangkaian produk fesyen terkenal di Malaysia. Produk-produknya bukan sahaja terkenal kerana kualiti yang tinggi tetapi juga kerana nilai dan falsafah yang diterapkan dalam setiap aspek perniagaan.

“Hanis amat mementingkan konsep keaslian dan keberkesanan produk. Hanis percaya setiap produk yang dihasilkan perlu memenuhi keperluan pengguna dan mengekalkan kualiti yang terbaik,” ujar wanita yang diangkat sebagai penerima Nona Celebrity Business Award.

Seiring perkembangan jenama, Cakenis tidak terhad kepada tudung sahaja. Hanis mula memperkenalkan produk lain seperti pakaian kasual, pakaian renang Muslimah, shapewear dan melangkah maju dengan pelbagai koleksi terbaharu di pasaran.

Berkat sokongan suaminya, pelakon Hairul Azreen Idris, Hanis sentiasa memberi motivasi kepada wanita di luar sana untuk terus mengejar impian tanpa melupakan nilai kekeluargaan. Kejayaan demi kejayaan yang dicapainya membuktikan bahawa wanita mampu berjaya dalam pelbagai bidang apabila mereka mempunyai tekad dan sokongan padu daripada keluarga tersayang.

Bisnes Masuk Tahun Ke 11, HANIS ZALIKHA Baharu Berani Terima Anugerah. Anggap Rezeki Tahun Baharu

Ibu kepada dua cahaya mata ini terus memandang jauh ke hadapan untuk membangunkan jenama Cakenis di bawah naungan syarikatnya iaitu Hello Billionaires Sdn. Bhd menjadi jenama yang lebih besar.

Meskipun pernah berhadapan insiden pecah amanah melibatkan empat bekas pekerjanya tahun lalu, Hanis bersyukur apabila mahkamah mengluarkan perintah pembekuan aset terhadap individu yang terlibat dan menzahirkan harapan agar tiada majikan lain mengalami pengkhianatan sedemikian.

“Kejadian tersebut menjadi pengajaran besar buat semua termasuk saya dalam memperkukuhkan integriti dan kepercayaan dalam organisasi,” sambung Hanis lagi.

KELUARGA

Kejayaan Hanis Zalikha sebagai usahawan fesyen mencerminkan semangat wanita ini yang luar biasa. Sebagai seorang wanita yang berjaya membina empayar perniagaan, beliau menjadi simbol inspirasi kepada ramai wanita Malaysia.

Hanis membuktikan bahawa wanita boleh mencapai apa sahaja yang mereka impikan dan kejayaan dalam perniagaan adalah sesuatu yang boleh diraih dengan semangat, kerja keras dan keikhlasan.

Bisnes Masuk Tahun Ke 11, HANIS ZALIKHA Baharu Berani Terima Anugerah. Anggap Rezeki Tahun Baharu

Dalam kehidupan peribadi, Hanis tetap menjadi seorang ibu yang penyayang dan berdedikasi terhadap anak-anaknya, Yusuf Iskandar dan Alisa. Meskipun sibuk dengan bisnes, wanita ini membuktikan keutamaan dirinya terhadap tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tidak pernah dilupakan.

“Walaupun dikenali sebagai selebriti dan usahawan, saya juga merupakan seorang  isteri dan ibu. Cabaran dalam mendidik anak-anak tetap ada Dalam mendidik anak-anak, saya amat menghargai pandangan mereka. Beri mereka ruang yang selamat untuk mengutarakan apa-apa sahaja. Saya pastikan komunikasi Yusuf dan Alisa terhadap saya dan Hairul amat kuat.

Saya berpegang kepada kaedah mendidik anak-anak dengan lebih berkomunikasi bersama mereka. Kami meletakkan proses mendidik anak-anak sebagai proses yang perlu dilalui bersama dan paling penting kami melakukan segalanya dalam satu unit.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NONA (@majalahnona)

Ads

Tambahnya, sebagai isteri dan ibu, dia perlu bijak membahagikan masa untuk urusan perniagaan dan keluarga agar ianya mampu berjalan seiringan. Walau bagaimanapun, Hanis bersyukur mempunyai team yang berdedikasi dalam menguruskan jadual hariannya agar dapat melaksanakan segala tugasan seharian dengan sebaik mungkin. Namun begitu, Hanis meletakkan batas supaya kehidupannya bersama keluarga tetap terpelihara.

“Saya amat mementingkan privasi keluarga dan kehidupan terutamanya anak-anak. Saya tidak pernah mendedahkan di mana mereka bersekolah dan sebagainya demi memastikan mereka selesa berada di sekolah dan sebagainya.

Bisnes Masuk Tahun Ke 11, HANIS ZALIKHA Baharu Berani Terima Anugerah. Anggap Rezeki Tahun Baharu

Kekalkan Keutamaan

Hanis atau lebih mesra disapa Kek Nis menyatakan dirinya sama sahaja seperti ibu di luar sana yang mementingkan urusan keluarga sambil menguruskan perniagaannya. Hanis menekankan sistem sokongan kerana dia juga tidak mampu untuk menguruskan semua secara sendirian.

Hanis berpegang kepada prinsip menjadi seorang wanita, tidak boleh mendapatkan semua benda di dalam satu masa.

“Jika saya sangat sibuk dengan urusan perniagaan, saya letakkan tanggungjawab sebagai ibu di tempat kedua. Saya tak mampu. Jadi saya tahu apa komitmen sebagai ibu yang saya tidak dapat penuhi pada ketika itu, saya dapatkan sistem sokongan. Saya masih perlu merancang dan memastikan segala urusan anak-anak berjalan lancar, tapi saya meminta bantuan dari suami dan keluarga,” ujar Hanis yang bijak merancang kehidupannya antara kerjaya dan keluarga.

Bisnes Masuk Tahun Ke 11, HANIS ZALIKHA Baharu Berani Terima Anugerah. Anggap Rezeki Tahun Baharu

Ads

Hanis turut menyatakan rasa syukur dan terharu atas pengiktirafan dalam NONA Superwoman Award tahun ini. Pengiktirafan Nona Celebrity Business Award ini mengukuhkan kedudukan Hanis sebagai contoh ikon wanita yang berjaya dan berwawasan tinggi.  Hanis  telah membuktikan bahawa dengan dedikasi, kreativiti dan strategi pemasaran yang berkesan, seseorang dapat mencapai kejayaan dalam perniagaan sambil mengekalkan identiti dan nilai peribadi.

“Perniagaan HBSB Sdn Bhd telah melepasi angka 10 tahun. Sebagai seorang selebriti, waktu awal perniagaan, perlu memastikan orang ramai nampak jenama tersebut. Memang banyak ditawarkan anugerah kerana saya merupakan seorang selebriti.

Tapi saya tidak boleh menerima anugerah tersebut kerana saya masih baru dalam perniagaan. Saya rasa perniagaan tersebut belum matang kerana untuk berjaya dalam bisnes bukan dilihat dari segi permulaan sahaja, tetapi cara mengembangkan bisnes tersebut.

Bisnes Masuk Tahun Ke 11, HANIS ZALIKHA Baharu Berani Terima Anugerah. Anggap Rezeki Tahun Baharu

Akhirnya, pada tahun ke 11 memiliki perniagaan, saya lihat perkembangan perniagaan dan amat berbesar hati apabila pihak NONA memberikan pengiktirafan NONA Celebrity Business Award ini. Saya sangat rasa dihargai dan rasa jenama ini mula dikenali di dalam masyarakat,” ujar Hanis yang amat berbesar hati menerima pengiktirafan dari majalah NONA ini.

Dunia Perniagaan

Sempat menitipkan pesanan untuk usahawan yang baharu berjinak-jinak menceburkan dunia perniagaan, Hanis berpegang kepada prinsip yang realisitik dalam dunia bisnes.

“Bidang perniagaan adalah satu bidang yang sangat mencabar kerana ia sememangnya di luar jangkaan. Trend bertukar terlalu cepat. Jadi kadang-kala tidak terkejar. Jika anda minat dalam dunia perniagaan, tak boleh buat perniagaan sebagai side income.

Ia perlu diberi keutamaan. Jika seseorang itu memilih untuk dijadikan pendapatan sampingan, sangat mudah untuk merasa puas dan berputus asa memandangkan cabaran yang banyak dan luar jangkaan.

“Satu lagi pesanan saya, nak berniaga, it’s now or never. Kalau masih tidak yakin, dapatkan dulu keyakinan 100 peratus dahulu barulah mulakan langkah perniagaan,” ujar Hanis seraya mengakhiri perbualan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI