Bergelar bapa tunggal sejak pemergian isteri tersayang, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin pada 9 Ogos 2021, nampaknya Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad bukan sahaja sibuk menguruskan perniagaan miliknya, tetapi memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada empat orang permata hatinya.
Namun selepas dua tahun, Shuib mengakui kehidupannya semakin seimbang dengan perniagaan yang boleh diuruskan secara remote, Shuib berkongsi kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal dengan pembaca majalah NONA.
“Susah sebenarnya menguruskan bisnes dan anak dalam satu masa. Tetapi saya buat banyak benda secara berpasukan. Saya tidak buat sorang-sorang. Saya menguruskan bisnes berpandukan jadual setiap hari.
Tapi peruntukan masa untuk famili dan anak-anak tetap menajdi keutamaan. Setiap hari saya akan pastikan ada masa melayan kerenah anak-anak. Sabtu dan ahad adalah hari bersama anak-anak.Walaupun sibuk dengan urusan, masa bersama anak-anak tetap menjadi keutamaan saya. Kecuali jika perlu out station, saya perlu pergi menguruskan bisnes.
Dua, tiga hari kemurungan berjauhan dengan anak-anak tetapi InsyaAllah mereka dalam jagaan atuk mereka,” ujar Shuib yang tidak betah berjauhan dengan anak-anak dalam tempoh yang lama.
Ketika diajukan persoalan kesediaan menerima cinta baharu, Shuib mempunyai pandangannya tersendiri.
“Saya pasti ia akan ada konflik dan disitulah sebenarnya menguji orang yang baharu dikenali. Perlu terima kenyataan “si dia” sukar untuk dilupakan. Setakat ini, tidak ada hari saya tak pernah tak ingat dia, sampai sekarang.
Walaupun sedang berkawan dengan orang lain, saya perlu jujur. Jika rasa rindu pada ‘si dia’, saya perlu berterus terang.
Selain itu, tiada lagi rahsia, pelawak Shuib yang semakin terbuka berkongsi hubungan rapat dengan usahawan, Watie Hanifiah yang disifatkan mempunyai persamaan dari segi sikap penyayang yang dimiliki oleh Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raisuddin.
Mengakui dirinya selesa dengan kehadiran Watie yang sanggup menerima segala kekurangan dirinya seperti mana arwah isterinya dahulu, Shuib menzahirkan rasa syukur sekiranya diberikan ruang mengenali wanita yang memiliki sifat penyayang, penyabar serta dapat menerima dirinya seadanya.
“Saya seorang individu yang banyak kekurangan. Apa yang saya impikan adalah wanita yang menerima saya seadanya,” ujar Shuib ketika ditemui pada majlis sidang media Kamya Fest 2023.
Terdahulu, Shuib akui sedang berkawan rapat dengan seorang usahawan bernama Watie dan sering dilihat keluar bersama. Shuib turut menepis dakwaan bakal mendirikan rumah tangga dengan Watie pada Mac ini dan akan mengumumkan tarikh pernikahan kelak jika sudah ditetapkan.
Sebelum ini, Shuib dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan hasil perkahwinan dengan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.