Siapa yang tak mengenali sifu masakan, pempengaruh dan usahawan berjaya, Khairul Aming yang dilihat semakin berjaya menempa nama dalam bidang perniagaan, berkat kerja kerasnya menghasilkan video-video masakan, dan seterusnya menjual sambal ‘signature’ nya, Sambal NYET yang berjaya meraih jualan jutaan ringgit hanya dalam beberapa hari suatu ketika dahulu.
Dan bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke 30 yang diraikan semalam, Khairul Aming sempat memuatnaik video berdurasi 5 minit yang menunjukkan perjalanan awalnya dari usia 20 tahun sehingglah ke 30 tahun, di mana dia berkongsi setiap pahit manis yang berlaku dalam hidupnya.
Menerusi video tersebut, Khairul Aming berkongsikan perjalanan hidupnya bermula dari zaman pengajiannya di Vanderbilt University di Amerika Syarikat (US) setelah mendapat tawaran biasiswa melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Pada usia 21 tahun, beliau mengorak langkah membeli sebuah kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex) pertama dengan wang yang dikumpulnya sendiri dan memperbaiki mutu videografi.
Selepas tamat pengajian dan bergraduasi, Khairul Aming bekerja sebagai jurutera dan pada usia 25 tahun, Khairul Aming cuba mencari ‘duit tepi’ dengan menjual sambal, namun gagal malah bisnes-bisnesnya lain seperti bisnes heathly meal, baju dan templet resume, semuanya gagal sehingga wang simpanannya habis.
View this post on Instagram
Tidak berputus asa, beliau akhirnya bangkit dan tampil menghasilkan video masakan menggunakan nama ‘Khairulaming’. Kali ini beliau tidak lagi berselindung di sebalik nama Rasapop dan muncul di dalam setiap video yang dikongsikan. Strateginya itu membuahkan hasil apabila pengikut di laman Instagram bertambah daripada 1,000 sehingga mencecah tiga juta.
“Selepas mengharungi 10 tahun yang penuh cabaran, kerja keras, kegagalan, kejayaan, kenangan manis dan kenangan pahit, saya sangat bersyukur dengan pengalaman serta rezeki yang ada hari ini. Sebab saya bukan kongsi seorang tapi semua orang di sekeliling aku.“Sekarang Sambal Nyet sudah ada dua kilang. Selain itu saya hendak jumpa anda semua yang support saya selama ni, mahu banyakkan meet up.”, ujar Khairul lagi.
Perkongsian Khairul Aming di TikTok meraih 886 ribu tontonan dan lebih 150,000 tanda suka kurang 24 jam ia dimuat naik.