Penyakit ekzema atau kulit kering boleh membawa kepada kesengsaraan yang keterlaluan dan ada kalanya menyebabkan kematian jika dibiarkan tanpa rawatan. Ekzema ialah sejenis penyakit inflamasi (radang) kulit yang menyerang individu dari semasa ke semasa. Walaupun ekzema boleh terjadi pada seseorang yang mempunyai faktor-faktor keturunan seperti alergi, asma dan lain-lain, pakar perubatan berpendapat penyakit ini sememangnya sukar dirawat kerana ia berkaitan dengan faktor genetik.

IKLAN

Boleh Buat Kulit Jadi Bersisik, Bebaskan Diri Daripada EKZEMA! Ini Cara Merawatnya

Apabila seseorang menderita penyakit ekzema, apa yang berlaku ialah kulit kelihatan sentiasa kering akibat hilangnya kelembapan. Pengelupasan pun berlaku pada permukaan kulit. Gejala-gejala yang sering dapat dilihat ialah kemerahan pada kulit, gatal-gatal dan ada kalanya parut dan luka akibat daripada aktiviti menggaru tanpa sedar semasa tidur. Jika dibiarkan, kulit menjadi kering dan menebal serta bersisik.

 

PERANAN KRIM PELEMBAP

Bagi penderita ekzema tahap sederhana, sapuan emolien tertentu amat penting bagi memelihara kulit agar sentiasa lembap dan lembut bagi mengawal simptom-simptomnya. Emolien adalah sejenis krim pelembap yang wujud dalam bentuk krim, salap (ointment) dan losen. Ia dapat melembap dan menghalang rekahan pada permukaan kulit agar penghidap merasa lebih selesa.

1. KRIM
Kombinasi air dengan minyak dan memberi efek dingin pada kulit. Ia juga membantu mengurangkan iritasi dan sesuai digunakan pada waktu siang. Pun begitu, rumusan seperti sebatian propylmethyl paraben sebagai bahan pengawet krim boleh mencetuskan ruam dan kegatalan selepas beberapa hari digunakan.

Boleh Buat Kulit Jadi Bersisik, Bebaskan Diri Daripada EKZEMA! Ini Cara Merawatnya

IKLAN

2. SALAP (OINTMENT)
Tidak mengandungi bahan pengawet namun meninggalkan rasa kulit yang terlalu berminyak. Ini menyebabkan ketidakselesaan dan kelihatan tidak menarik. Namun pakar-pakar percaya ia mampu memelihara kelembapan kulit secara efektif terutamanya bagi mengurangkan masalah kulit kering dengan ketebalan sisik yang keterlaluan.

3. LOSEN
Rumusan yang mengandungi lebih kandungan air dan kurang berminyak berbanding sediaan krim. Namun penggunaan losen cenderung mengewap dengan cepat dan mudah kering di permukaan kulit. Penghidap yang mempunyai bulu roma yang lebat juga selesa menggunakan losen berbanding sediaan lain.

IKLAN

Boleh Buat Kulit Jadi Bersisik, Bebaskan Diri Daripada EKZEMA! Ini Cara Merawatnya

 

PENGURUSAN GAYA HIDUP

– Mengenal pasti perkara-perkara yang mencetuskan stres serta memberi tindak balas alergi atau perubahan cuaca yang menyebabkan perpeluhan.
– Peka terhadap dedahan terhadap kutu hama pada bantal, tilam, kain selimut atau karpet.
– Prihatin terhadap makanan yang diambil seperti makanan laut, susu, telur, gandum, kacang soya, kacang tanah dan sebagainya.
– Peka terhadap perubahan mendadak pada suhu persekitaran.
– Elakkan mandian air panas.
– Jangan menggaru jika terasa gatal.
– Sentiasa menyimpan jeli petroleum dalam beg.
– Memakai pakaian yang tidak mencetuskan tindak balas pada kulit ekzema.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI