Setiap selebriti pasti ada petua dan tip kecantikan yang diamalkan untuk sentiasa kekal cantik dan bertenaga. Tidak terkecuali, pelakon popular Jasmin Hamid yang berkongsi amalan minuman kacang bendi yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya, @jasminhamidjh.
Seperti yang sedia maklum, sayuran kacang bendi sememangnya mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk pesakit kencing manis atau diabetes.
Tulis Jasmin dalam media sosialnya, “Pada yang selalu mengalami kebas-kebas kaki dan tinggi bacaan kolestrol. Selepas amalkan minuman air ini you all tidak lagi kebas kaki, kolestrol juga insyaallah akan turun.
Ads
Cara penyediaan:
Ads
Kacang bendi 10-15 biji dibasuh dan dipotong
Air masak 1 liter
Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam air
Simpan di dalam peti sejuk
Minum selalu . Bila air telah habis, boleh ditambah air semula hingga penuh. Air boleh ditambah sehingga 3 kali sahaja.
Ads
Jangan bimbang jika airnya jadi makin likat. Rasanya akan jadi makin sedap diminum segar. Cubalah. Semoga bermanfaat. Hebat bukan?”
Jadi, bagi anda yang sering mengalami kebas-kebas kaki tidak salah kalau mahu mencuba!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Norma baharu kehidupan kini turut mengubah banyak perkara termasuk majlis penganugerahan. Teruja tengok Susan Lankester unboxing anugerah yang telah dimenanginya baru-baru ini.
Momen manis dalah hidup pelakon ini tercipta pada tanggal 3 Disember lalu apabila dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021(AACA 2021) di Singapura yang dianjurkan secara virtual.
Rupa-rupanya trofi miliknya baharu sahaja sampai ke tangannya dan dihantar melalui sistem perkhidmatan pos. Tengok sendiri bagaimana terujanya Susan Lankester membuka anugerah miliknya itu. Kita turut teruja tengok Susan Lankester membuka bungkusan tersebut.
Tahniah! Susan Lankester atas penganugerahan tersebut dan telah berjaya menewaskan calon lain di rantau Asia Pasifik seperti Australia, New Zealand, Kemboja, China, Hong Kong, India, Jepun, Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura, Korea, Taiwan, Thailand dan Vietnam.
Kejayaan Susan adalah menerusi persembahan komedi cemerlangnya di dalam siri Keluarga Baha Don musim ke-2 yang ditayangkan di platform penstriman Viu.
Susan Lankester juga pernah dinobatkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-11 (1994) menerusi filem Femina. Walaupun jarang muncul di media massa namun Susan Lankaster masih aktif meneruskan kegiatan seninya.
Sehingga kini dialog “Orang putih ke, orang biru ke, kita orang Malaysia kan? menerusi filem pertamanya, Mekanik begitu benar-benar melekat dengan wanita berdarah kacukan Inggeris-Cina ini.
Bergandingan dengan Allahyarham Azmil Mustapha, filem yang diarahkan oleh Othman Hafsham pada tahun 1983 ini telah mempopularkannya.
Selain aktif sebagai pelakon filem, drama dan teater wanita yang fasih berbahasa Melayu ini pernah menghasilkan sebuah album yang bertajuk Takdir dan popular dengan lagu Antara Dua Zaman. Susan Lankester juga pernah berduet Allahyarham Tan Sri SM Salim menerusi lagu Dilema.
Foto: Instagram @susan_lankester
Terdahulu, pereka fesyen Melinda Looi telah memilih Susan Lankester untuk menggayakan rekaannya untuk koleksi Cruise 2021. Susan Lankester nampak menonjol walaupun digandingkan dengan wanita lain yang jauh lebih muda darinya. Agaknya apa lah rahsia kecantikan yang diamalkan oleh wanita yang arif dalam hiasan dalaman dan lanskap ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke Majlis Menghadap Perpisahan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Mahmoud Hussein Saeed Qattan, dan Duta Besar Qatar ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Fahad Mohammed Kafoud, di Istana Negara pada 19 Oktober 2022.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Seri Ahmad Fadil bin Shamsuddin, majlis menghadap perpisahan itu diadakan susulan kedua-dua duta besar berkenaan akan menamatkan penempatan mereka di Malaysia dalam masa terdekat, pada tahun ini.
Dalam kedua-dua sesi menghadap yang berlangsung secara berasingan bermula pada 11 pagi itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan kepada kedua-dua duta besar berkenaan atas peranan mereka dalam memperkukuh dan mempertingkatkan hubungan serta kerjasama dua hala antara negara masing-masing dengan Malaysia ke tahap lebih komprehensif.
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan kedua-dua negara itu adalah sahabat yang penting dan akrab dengan Malaysia malah turut menzahirkan rasa suka cita dengan jalinan hubungan diplomatik serta dua hala yang kukuh di pelbagai peringkat khususnya, dalam aspek ekonomi.
Tuan Yang Terutama Mahmoud Hussein Saeed Qattan memulakan perkhidmatannya pada April 2017 dan akan berakhir pada 21 Oktober 2022 ini manakala Tuan Yang Terutama Fahad Mohammed Kafoud menamatkan penempatannya pada 4 November ini sejak mula berkhidmat di Malaysia pada November 2018.
Sumber: Istana Negara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim yang diculik sekumpulan lelaki di rumahnya di Tumpat, Kelantan pada 13 September 2022 lalu hari ini diserahkan polis kepada ahli keluarganya.
Ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim.
Kepulangan usahawan berusia 36 tahun ini disambut dengan tangisan kegembiraan oleh kedua ibu bapa serta ahli keluarga yang lain termasuk anak perempuannya yang berusia 13 tahun.
Turut mengiringi ketibaan mangsa ialah Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun serta pegawai-pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.
Menurut Datuk Muhamad Zaki Harun, dengan penyerahan mangsa kepada keluarga maka kes dianggap selesai dan kejayaan itu menunjukkan kesepaduan masyarakat dalam menangani permasalahan seperti ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.
“Ini adalah kejayaan hasil kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan, Bukit Aman serta rakan setugas dari negara jiran.
“Kita tahu mangsa ditahan penculik melebihi 20 hari dan mungkin pengalaman dialami mangsa meninggalkan kesan emosi dan kejutan kepadanya. Sebaiknya, kita berilah ruang kepadanya dan keluarga buat masa sekarang,” katanya kepada pemberita.
Jelasnya lagi, polis akan terus membantu mangsa termasuk bantuan dari segi psikologi dan berharap agar masyarakat jangan memperkatakan hal yang negatif melibatkan mangsa.
Katanya, orang ramai perlu mengambil iktibar daripada kejadian ini dan berharap perkara sama tidak menimpa ke atas orang lain.
“Apa yang penting kita berikan ruang kepada mangsa dan keluarga untuk menenangkan diri.”
Dalam kejadian pada 13 September lalu, mangsa diculik oleh beberapa lelaki dari rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat pada pukul 5.10 petang.
Mangsa disyaki dilarikan ke negara jiran melalui pangkalan haram di Kuala Jambu, Tumpat ekoran penemuan kereta yang digunakan suspek.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, dalam kenyataan sebelum ini berkata mangsa diselamatkan melalui kerjasama dan perkongsian maklumat serta perisikan antara PDRM dengan Poiis Diraja Thailand yang berjaya mengesan lokasi keberadaan mangsa di negara itu.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.