Bonda Rozita Ibrahim Jual Khimar, Kongsi Tip Ini Agar Penampilan Wanita Lebih Tepati Syariat

Nama Rozita Ibrahim bukan lagi asing di pendengaran rakyat Malaysia. Usahawan kosmetik yang merupakan Pengasas Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya itu kini memulakan bisnes khimar secara suka-suka.

Khimar merupakan sejenis hijab yang paling menepati syariat. Potongannya longgar dan panjang serta mampu menutupi kepala, dada, lekuk pinggang dan punggung dengan sempurna. Paling penting, pemakai khimar boleh terus membawanya bersolat tanpa perlu bertelekung.

Kalau dulu, khimar cuma hadir dalam warna-warna suram seperti hitam atau biru tua. Tapi sekarang, pelbagai inovasi telah dilahirkan, antaranya seperti yang dipakai oleh bonda Rozita iaitu dua lapis dan mempunyai perincian di bahagian muka. Khimar dari fabrik bercetak juga menjadikan ia lebih menarik dan sesuai dipakai bersama jubah polos.

Menjelang musim haji tak lama lagi, mungkin para jemaah sudah boleh mencari-cari koleksi khimar seperti yang dijual oleh bonda Rozita ni. Selain cantik, ia juga berpatutan iaitu hanya RM130 sepasang.

 

Tip Pilih Khimar

  1. Pilih fabrik yang tidak melekap atau mengikut bentuk telinga, dada dan tubuh.
  2. Elakkan fabrik spandex atau lycra yang berat.
  3. Walaupun panjang, tapi tak bermakna harus polos tanpa hiasan. Kini terdapat banyak pilihan yang ditatah dengan Swarovski atau batu jemeki.
  4. Kalau mengenakan khimar polos, letakkan kerongsang yang cantik sebagai penariknya.

Artis Indonesia, Oki Setiana Dewi, antara yang konsisten serta selalu tampil sopan dalam khimarnya. Aktres filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ itu juga turut melahirkan himpunan koleksi khimar dan jubah eksklusif di bawah label OSD.

 

Share
Published by
Zully