Gaya Hidup

‘Bonding Time’ Nenek & Cucu, Gelagat SHEILA RUSLY Bersenam Sambil Bawa BUNGA Jadi Perhatian!

Seronok tengok kehidupan Sheila Rusly sejak kehadiran cucu sulungnya, Bunga Elhaq. Tidak dinafikan rutin harian penerbit dan pelakon popular ini makin diulit bahagia. Ke mana sahaja dia pergi, pasti kelibat Bunga sentiasa ada di sisi. Untung Bunga, ada nenek yang sangat penyayang!

Malah di Instagram milik Sheila Rusly pun kerap kelihatan anak seni ini di samping suami tercinta, Jinggo membawa cucu mereka setiap kali pergi bersenam dan gimnasium. Bahkan menerusi salah satu posting, ujarnya, “She who has health has hope and she who has hope has everything.

Health is the real wealth. This reel is dedicated to my precious flower Bunga Elhaq. Nanna and Dadda hoping to live longer to see you grow.”

Lebih manis, nama cucu sulung perempuan yang dilahirkan pada 18 Jun lepas adalah pilihan Sheila Rusly sendiri.

Perkara itu dimaklumkan anak lelakinya, Haq dan menantu, Elisya Sandha bahawa nama Bunga dipilih oleh Sheila. Selain mempunyai gabungan nama mereka berdua iaitu Elhaq.

Koleksi Foto Majalah Nona
Credit Instagram @elisyasandhaofficial
Credit Instagram @elisyasandhaofficial

Pastinya kehadiran Bunga Elhaq cukup bermakna buat personaliti ini kerana sebelum ini dia tidak mempunyai anak perempuan dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki. Seiring peningkatan usia dan mahu menikmati momen sebagai nenek, tumpuan Sheila kini terarah kepada cucu tersayang.

Meniti usia 51 tahun pada 18 September lepas, penampilan Sheila yang sudah pun bergelar nenek masih energetic dan awet muda.

Ditemu bual Nona ketika menjadi penghias Nona Jun 2022 versi digital, Sheila mendedahkan gaya hidup sihat yang menjadi amalannya selama ini ketika diminta mengulas mengenai rutin kesihatan.

Ujarnya, “Saya tak adalah nak jaga (kesihatan) sebab nak nampak muda. Rutin harian saya sejak belasan tahun ialah makan supplement dan drink a lot of water. Jujurnya saya bukan jenis kuat bersukan yang perlu jogging dan sebagainya.

Umur macam ni tak boleh buat aktiviti terlalu lasak. Kita kena tahu umur kita dan apa aktiviti yang sesuai supaya dapat maintain

badan. Taknaklah buat aktiviti macam umur saya 25 tahun. Kalau kita tahu tak boleh buat aktiviti macam umur 25, kita jangan makan macam umur kita 25.

Kena ada mind set yang harus kita ingat umur kita macam ni jangan buat benda-benda berlebih-lebihan. Saya takkan cakap benda yang saya tak buat tapi saya buat. Kehidupan saya memang macam biasa. Aktiviti buat tapi aktiviti macam umur 50.

Koleksi foto Majalah Nona
Credit Instagram @elisyasandhaofficial
Credit Instagram @elisyasandhaofficial
Credit Instagram @elisyasandhaofficial

Contoh kadang-kadang main badminton. Sesekali ikut anak bersenam. Ringkasnya, bukanlah macam makan tidur, walau umur dah 50. Saya tak boleh duduk je hadap Netflix.

Saya kena kerja dan saya akan manage time. Bila saya buat skrip, saya akan manage time. Lepas tu turun dapur. Isnin dan Khamis saya akan puasa sunat.

Tak adalah duduk relax depan TV. Saya tak boleh hidup macam itu. Itu bukan gaya hidup saya. Saya bukan leisure lady. Saya bukan kategori itu.

Kehidupan saya tak leisure mana pun. Apa yang saya buat dulu, saya masih buat sekarang. Umur meningkat, kita kena tahu had.”

Tambahnya lagi, selain aspek kecergasan tubuh badan dia juga mengawal pengambilan makanan bergula. “Kalau teringin makan aiskrim tengok keadaan, mungkin seminggu sekali bukan tiap hari. Kita jangan sampai kufur nikmat semua benda tak boleh makan.

Nikmat Allah kena rasa selagi hidup dan sihat. Tapi kita kena bersederhana. Kena tahu portion. Jangan setiap hari nasi je. Nasi limitkan satu hari sehari. Mula-mula saya ambil nasi sesenduk, kalau lapar ambil lagi.”

Sheila Rusly ialah isteri Azman Haji Yahaya atau lebih dikenali sebagai Jinggo. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.

 

Share
Published by
Suzi