Gaya Hidup

Bosan Hanya Goyang Kaki & Hidup Mewah, JUTAWAN Wanita Ini Terdesak Cari Kerja!

Dek kerana terlalu bosan menjalani hidup tanpa berbuat apa-apa, jutawan yang berasal dari Edinburgh ini terdesak mencari pekerjaan untuk dirinya sendiri.

Jane Park, wanita bertuah yang menjadi perhatian di United Kingdom selepas dia bergelar jutawan termuda meraih wang kemenangan loteri bernilai 1 juta pound sterling atau bersamaan lebih 5 juta ringgit pada tahun 2012. Waktu itu, dia baru berusia 17 tahun.

Kini, setelah tujuh tahun berlalu… Jane mendedahkan dia sudah bersedia mempertimbangkan hasrat untuk mencari pekerjaan kerana bosan hidup tanpa berbuat apa-apa sepanjang hari.

Pendedahan itu dibuat Jane menerusi Twitternya beberapa hari selepas dia dan rakan-rakan pergi bercuti ke Lanzarote.

Dalam entri di laman sosial miliknya itu, Jane membayangkan dia diberi bekerja di sebuah bar. Status itu nyata mendapat reaksi kawan rapatnya yang mengakui bosan dan mahu turut serta bekerja.

Difahamkan, sebaik menerima wang kemenangan… Jane membelanjakan ‘hadiah’ tersebut untuk membeli kereta, menikmati percutian, membuat pelaburan dan pembelian hartanah.

Tidak cukup dengan itu, Jane turut menggunakan 50 ribu pound sterling atau kira-kira 268 ribu ringgit untuk ‘pengubahsuaian’ susuk tubuh dan wajah!

Selain menjalani pembedahan di bahagian punggung, wanita berusia 24 tahun tersebut juga sanggup mengubah bentuk buah dada dan mencantikkan giginya.

Akui Jane, dia cenderung membuat prosedur pembedahan kerana terpengaruh dengan selebriti di negara kelahirannya.

Wajah Jane ketika mengalami alahan selepas pembedahan kosmetik

Kalau dibandingkan wajah lama Jane dengan terbaru, memang jauh bezanya. Pun begitu, nasib tidak menyebelahi Jane apabila dia mengalami jangkitan bakteria selepas pembedahan punggung yang dilakukan di sebuah klinik di Turki.

Lebih mengerikan, dia turut mengalami komplikasi anaesthetic sehingga menyebabkan bibir dan wajah sebelah kirinya membengkak.

Walau mempunyai wajah cantik, berharta dan wang yang banyak tetapi Jane tidak bernasib baik dalam percintaan.

Disebabkan susah hendak mencari teman lelaki, dia sanggup mempromosikan iklan mencari teman lelaki di Internet serta membuat tawaran bernilai 60 ribu pound sterling setahun kepada mana-mana jejaka yang sudi menemaninya. Sampai macam tu sekali!

 

Sumber: Sunday Mirror

 

IKLAN
Share