Ramai yang mengharapkan dengan mengamalkan diet dapat memiliki bentuk badan yang lebih ideal. Namun sayangnya, kurang pengetahuan tentang cara diet yang betul membuatkan ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya sedang melakukan diet salah. Diet yang salah tidak akan membawa sebarang hasil mahupun manfaat, sebaliknya berisiko untuk memudaratkan diri sendiri.

Berikut 7 kesalahan diet yang sering terjadi dan sebaiknya dielakkan.

Ads

TIDAK BERSARAPAN

Melewatkan waktu sarapan bukanlah cara diet yang disarankan. Ini kerana tabiat ini boleh mengakibatkan anda makan lebih banyak dengan jumlah yang besar sepanjang siang hari. Selain itu, melewatkan sarapan juga boleh menurunkan mood dan meningkatkan obesiti. Keseimbangan gula dan insulin dalam badan juga akan terganggu sekaligus menyebabkan anda mudah terasa lapar.

MENGABAIKAN JUMLAH KALORI MINUMAN

Tahukah anda bahawa minuman segera mengandungi kalori yang cukup tinggi. Bahkan, minuman yang berlabel “jus buah” juga turut mengandungi kalori serta gula yang sangat tinggi sehingga boleh meningkatkan kalori harian. Ketika mengamalkan diet, membataskan kalori menjadi perkara penting yang perlu anda lakukan.

TERLALU BANYAK PROTEIN & LEMAK

Membataskan pengambilan karbohidrat serta meningkatkan protein dan lemak secara berlebihan boleh membahayakan badan. Keadaan ini juga berisiko untuk merosakkan bahagian ginjal seterusnya meningkatkan kadar kolesterol yang boleh menyebabkan penyakit jantung serta strok.

DIET TANPA GARAM

Diet tanpa garam kini menjadi trend yang popular. Namun begitu, tahukah anda bahawa makan tanpa menambahkan garam sedikit pun boleh membahayakan badan. Ini kerana, badan tetap memerlukan garam terutama untuk penghasilan hormon tiroid, memelihara keseimbangan cairan dalam badan, menjaga aktiviti sel-sel saraf, kontraksi serta relaksasi otot seterusnya meningkatkan fungsi otak. Namun begitu anda harus beringat agar pengambilan garam tidak boleh berlebihan. Berlebihan garam berisiko untuk diserang strok, jantung dan juga masalah ginjal.

Ads

Buang 7 Tabiat Ini Kalau Nak IMPIAN DIET Tercapai

KEKURANGAN SERAT

Diet dengan membataskan keperluan kalori harian tanpa sedar juga boleh menurunkan keperluan serat harian. Sedangkan, serat sangat diperlukan untuk membantu menurunkan berat badan dengan cara menahan rasa kenyang lebih lama. Selain itu, serat juga berfungsi untuk membantu melancarkan sistem pencernaan.

MEMUNTAHKAN SEMULA MAKANAN

Ads

Kebiasaan memuntahkan semula makanan yang telah dimakan secara paksa merupakan gangguan psikologi yang boleh membahayakan diri. Kesan sampingan yang dialami  ialah sangat serius seperti kulit dan rambut yang kusam, kerosakan kelenjar air liur, osteoporosis, gangguan menstruasi, gangguan degupan jantung, sembelit serta gangguan emosi.

MAKAN UBAT PELANGSINGAN TANPA PENGAWASAN DOKTOR

Ada sesetengah individu yang menggunakan berbagai cara untuk menurunkan berat badan termasuklah mengambil ubat pelangsingan tanpa pengawasan atau nasihat doktor. Kebiasaan ini sangat membahayakan kerana kandungan di dalam ubat yang belum pasti selamat kemungkinan boleh merosakkan organ badan sehingga menyebabkan kematian.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI