Buang Sikap Toksik Ini Jauh-Jauh, DATUK DR FADZILAH KAMSAH Senaraikan 5 Ciri-Ciri Yang Perlu Diperbaiki Segera!

Hakikatnya hidup dalam persekitaran yang penuh degan anasir-anasir negatif bukan hanya menjejaskan kesihatan bahkan merosakkan jiwa. Salah satu anasirnya ialah sikap toksik.

Memetik perkongsian pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah di akaun Instagram Fadzilah Kamsah Academy tentang 5 sikap toksik yang mungkin ada dalam diri kita.

Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Macam mana nak tahu kita ada sikap toksik atau tidak? Segera semak ciri-ciri yang disenaraikan ini.

TERLALU MERENDAH DIRI
“Tok Abah, saya ni tak pandai belajar.”
“Saya memang dari dulu bengap sikit.”

Meletakkan kata-kata negatif tentang diri sendiri secara tidak langsung akan membuatkan diri kita terikut dengan kata-kata tersebut. Ia juga boleh membuatkan diri kita sentiasa rasa down.

Secara tak sedar, kita sebenarnya sedang menghina diri sendiri. Menghina diri sendiri bererti kita menghina ciptaan Allah SWT yang sempurna.

‘PLAY-VICTIM’
Suka meletakkan diri sebagai mangsa keadaan dengan cara menuding jari kepada pihak lain.

Yang buruk, yang salah semuanya sebab orang lain. Sendiri salah pun, tetap nak salahkan orang lain juga. Sikap inilah dikatakan sebagai play-victim

.

‘COMFORT ZONE’
Berada dalam ‘comfort zone’ adalah perangkap terbesar dalam hidup manusia. Kita semua memang mendambakan keselesaan dan ketenteraman hidup.

Namun jika kita terlalu leka dalam keselesaan itu, lama kelamaan ia boleh menghancurkan jiwa.

‘PERFECTIONIST’
Terlalu melihat sesuatu perkara itu tak selesai dengan sempurna sehingga merasakan ianya tak berbaloi untuk diusahakan. Sikap ini bahaya!

Memang betul, kita semua inginkan kesempurnaan. Tetapi setiap perkara yang dilihat tidak sempurna itu juga adalah satu progres yang perlu dirai dan dipelajari.

TAK JAGA DIRI SENDIRI
Ramai yang mempunyai sikap sebegini. Akibat terlalu nak menjaga hati dan tanggapan orang lain akhirnya diri sendiri yang terabai.

Secara tak sedar, kita mengabaikan kesihatan badan, mental dan jiwa.

Kesimpulannya jika ada salah satu atau lebih dari 5 sikap toksik ini dalam diri anda, niatlah untuk berubah. Usah bertangguh!

Sumber: Fadzilah Kamsah Academy

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad