Anak-anak bukanlah seorang pendengar yang baik, tapi peniru yang hebat! Percayalah, persekitaran mereka terbentuk daripada asuhan dan kelakuan ibu bapa di rumah.

Kesempatan bertemu aktor filem Ola Bola, Haris Mohd Zainuddin dan ibunya, Dato’ Emma Ibrahim di Parkroyal Kuala Lumpur, menjelaskan kebenaran ini.

Ads

Jika tak mengenali mereka, pasti ada yang menganggap Dato’ Emma seperti kakak Haris. Biarpun sekadar mengenakan solekan tipis, namun wanita berusia 47 tahun itu kelihatan cukup muda.

Sebagai usahawan berjaya dan Pengarah Urusan Red Profile Sdn Bhd di Kuching, Sarawak, Dato’ Emma perlu bijak meluangkan masa untuk bertemu anak-anaknya.

Buang Stigma Ibu Tiri Garang, Keakraban Haris Zainuddin & Dato’ Emma Ibrahim Ini Bukti Kasih Ibu ANUGERAH TUHAN!

“Kini dua orang anak saya belajar di UK, Haris di Kuala Lumpur dan hanya yang bongsu, Isaac saja tinggal dengan kami di Sarawak. Walaupun berjauhan tapi kami sekeluarga rapat kerana selalu berhubung,” ungkap Dato’ Emma.

Menurut Haris, 22, yang merupakan graduan Diploma in Technology (Mechanical and Manufacturing Engineering) dari Tunku Abdul Rahman University College, dia mula berjinak-jinak dalam dunia seni secara tidak sengaja.

Bermula sebagai model, hos dan bintang filem Ola Bola, Haris kemudiannya membintangi drama TV3 iaitu ‘Mariam Alissa’, diikuti beberapa drama lain seperti ‘Yes Sir, Nak Ke Mana’, ‘Megat Extend’ dan terkini, ‘Cinta Tanpa Syarat’.

Buang Stigma Ibu Tiri Garang, Keakraban Haris Zainuddin & Dato’ Emma Ibrahim Ini Bukti Kasih Ibu ANUGERAH TUHAN!

Buang Stigma Ibu Tiri Garang, Keakraban Haris Zainuddin & Dato’ Emma Ibrahim Ini Bukti Kasih Ibu ANUGERAH TUHAN!

Namun pada saat namanya memuncak, tiba-tiba Haris menyampaikan khabar bakal melanjutkan pengajiannya di Amerika Syarikat. “Ya, tinggal beberapa bulan saja lagi. Dia akan bertolak tahun depan,” kata Dato’ Emma dalam nada perlahan.

Aduh, tak sayang ke nak tinggalkan kerjaya glamor di Malaysia… soal penulis. “Ish, takdelah sedih (ketawa). Saya muda lagi, jadi bila ada peluang nak sambung pengajian, saya akan buat.

Saya tak nafikan serba-serbinya sudah cukup di sini. Tapi saya percaya pengalaman menimba ilmu di negara orang akan menjadikan saya lebih baik daripada sekarang. InsyaAllah, ilmu dan pengalaman itu juga pasti berguna di alam pekerjaan nanti, atau mungkin dalam bidang lakonan!”

Celah Dato’ Emma, beliau dan bapa Haris, Dato’ Haji Mohd Zainuddin Dawi sentiasa menyokong keputusan anak tersayang biarpun itu bermakna, mereka terpaksa berpisah. Haris ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pengajian dalam Degree in Business Admin (majoring in Operation Management and Supply Chain).

Buang Stigma Ibu Tiri Garang, Keakraban Haris Zainuddin & Dato’ Emma Ibrahim Ini Bukti Kasih Ibu ANUGERAH TUHAN!

Mementingkan persekitaran berilmu dan penuh kasih sayang, ternyata membuatkan anak-anak Dato’ Emma sangat fokus pada pelajaran. Kemewahan keluarga tak pernah dijadikan tiket untuk gagal belajar.

Ads

“Kami nampak minat Haris ke arah seni. Tapi di sana nanti, dia boleh masuk kelas lakonan. Itu boleh dijadikan ilmu tambahan kepadanya kalau nak berjaya dalam bidang seni,” kata Dato’ Emma dengan positif.

IBU TIRI

Tapi di sebalik keakraban dua beranak ini, realitinya Dato’ Emma adalah ibu tiri Haris. Sekadar mengusik, tertanya-tanya juga… garang ke ibunya?

“Eh, takdelah! Orang mesti selalu tengok kartun atau cerita Bawang Putih Bawang Merah tentang ibu tiri garang. Sebenarnya bagi saya, itu semua dalam TV saja.

Buang Stigma Ibu Tiri Garang, Keakraban Haris Zainuddin & Dato’ Emma Ibrahim Ini Bukti Kasih Ibu ANUGERAH TUHAN!

Ads

Alhamdulilah, saya bersyukur dapat ibu tiri yang sangat baik dan layan saya seperti anak sendiri. Dulu pun saya cuma membesar dengan kasih sayang ayah (single dad) jadi sekarang saya gembira sebab dapat merasai kasih sayang seorang ibu pula.

Pada saya, my mom adalah seorang yang sangat hebat. Saya kagum dengan semangat perjuangannya. Kalau dia mahukan sesuatu, dia akan buat sampai dapat. Contohnya kalau dia betul-betul mahukan sesuatu handbag, dia akan dapatkan.”

Kata-kata Haris itu disambut ketawa besar ibunya. Tambah Dato’ Emma, “Saya selalu nasihat dia, always be yourself. Buatlah semua benda dalam hidup kita sebaik mungkin,” pesan beliau.

Buang Stigma Ibu Tiri Garang, Keakraban Haris Zainuddin & Dato’ Emma Ibrahim Ini Bukti Kasih Ibu ANUGERAH TUHAN!

Buang Stigma Ibu Tiri Garang, Keakraban Haris Zainuddin & Dato’ Emma Ibrahim Ini Bukti Kasih Ibu ANUGERAH TUHAN!

Menjadikan hobi percutian sebagai cara untuk merapatkan hubungan keluarga, sikap family person Dato’ Emma jelas terlihat daripada caranya mengusik Haris. Dapat anak sekacak ini, si ibu tak risau dia jadi rebutan gadis-gadis ke?

Oh my, Haris memang rebutan ramai! Tapi saya percaya dia boleh memilih yang terbaik. Dan masa muda ni, biarlah kenal-kenal dulu, cari yang betul-betul serasi dengan diri dia,” jawabnya sporting.

Yes of course saya akan filter betul-betul sebelum nak tunjuk calon kat my mom!” akhiri Haris sebelum beredar. Norzalina Mohd Alias

Foto: Instagram @emma71170 dan @haris_zainuddin

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI