Gaya Hidup

Buat Sendiri Di Rumah & Tanpa Pembantu, Pizza Wagyu Jofliam ‘Viral’ Walau Harga Kayangan Tapi Berbaloi!

Kecur tengok pizza wagyu Jofliam yang viral kebelakangan ini. Sarat dengan pelbagai ramuan premium dan berkualiti tinggi, tidak hairanlah pembuatan pizza air tangan suami usahawan yang juga blogger terkenal Cik Epal ini mendapat permintaan tinggi daripada penggemar makanan.

Hanya mengambil tempahan menerusi Instagram Jofliam, bapa kepada dua anak ini menerusi media sosial sebelum ini pernah mendapat tempahan mencecah puluhan kotak.

Lebih mengagumkan, dia sendiri yang membuat pizza dari proses mengadun doh, membakar hingga dihantar kepada pelanggan tanpa bantuan staf.

Walau seronok menerima banyak permintaan dan maklum balas positif daripada pelanggan, Jofliam atau dikenali sebagai Jo juga tidak terlepas diuji apabila pizza yang sudah siap tidak diambil oleh pelanggan.

Kredit Instagram @jofliam
Kredit Instagram @cikepal06
Kredit Instagram @cikepal06

Kekal positif dengan ujian, pizza wagyu Jofliam mula dijual sekitar tahun 2021 dan pasangan suami isteri ini pernah tular di media sosial kerana niat murni mereka mengagihkan pizza berkenaan kepada mangsa-mangsa banjir.

Difahamkan pizza wagyu Jofliam berharga RM150 sekotak. Walau dilabel harga kayangan tapi rata-rata komen daripada pembeli mengakui ia berbaloi kerana sedap, lembut dan daging wagyunya ialah daging gred tinggi dari Australia.

Jelas Jo menerusi ruangan komen di salah satu video yang memaparkan aksi dirinya sedang menebar doh pizza, proses penyediaan pizza tersebut kini turut dibantu beberapa orang jiran.

“Video ni saya record lepas dah hantar kesemua pizza keluar. Dulu boleh nak buat, sekarang tak sempat dah. Saya hanya sempat buat dough

pagi-pagi, buat sos dan hantar ke setiap kereta.

Yang lain-lain stretch pizza, letak topping, letak kotak, jiran-jiran saya ada yang sudi tolong. Thank you semua.

Saya akan stop bila ramai minta stop. Selagi semua happy, insyaAllah saya akan teruskan walaupun dehydrated dan badan saya makin rasa kurang sihat. Belum lagi kulit mula kering dan terbakar. Doakan saya dan moga doa sama dikembalikan pada semua.”

Kredit Instagram @jofliam
Kredit Instagram @cikepal06
Kredit Instagram @cikepal06

Baca https://www.nona.my/hadiahkan-jam-tangan-hampir-rm100-ribu-usahawan-cik-epal-tak-kisah-berhabis-untuk-suami/

Bukan senang uruskan bisnes pizza wagyu seorang diri. Banyak faktor kena ambil kira tambahan pula melibatkan kesihatan.

Selain menawarkan daging wagyu, pizza ‘viral’ ini juga dilengkapi dengan sos istimewa.

Ketika ulang tahun kelahiran Jo pada Januari lepas, Cik Epal mendedahkan peribadi suami tercinta yang berjiwa besar, pemurah, kreatif dan suka cuba benda baru.

Semoga Jo dan Cik Epal terus berjaya dalam perniagaan dan kejayaan mereka menjadi kekuatan semangat buat masyarakat.

 

Share
Published by
Suzi