Masalah berat badan yang berlebihan seringkali menjadi igauan mimpi buat setiap wanita. Namun, masalah berat yang kurang atau kurus juga mampu membuatkan wanita di luar sana rungsing untuk bergaya.

Ads

Mereka khuatir jika fesyen yang dipilih akan membuatkan penampilan mereka kelihatan lebih kurus sekaligus mengurangkan keyakinan mereka untuk berhadapan dengan orang ramai. Oleh itu, jom Nona kongsikan tip fesyen buat wanita kurus untuk kelihatan lebih berisi dan bergaya!

1. BAJU BERMOTIF

Buat Wanita Yang Selalu Diejek KURUS KEDING, Ini 5 Tip Fesyen Berguna Agar Terlihat Lebih Berisi!

Untuk memberi kesan lebih berisi, gunakan baju yang bermotif garis horizontal. Garis horizontal akan memberikan kesan dada yang lebih lebar. Anda juga boleh menggunakan baju yang bermotif tribal, atau motif-motif masa kini agar anda tampil lebih stailo dan trendy.

2. HINDARI PAKAIAN KETAT

Buat Wanita Yang Selalu Diejek KURUS KEDING, Ini 5 Tip Fesyen Berguna Agar Terlihat Lebih Berisi!
Haider Ackermann Fashion Show Ready To Wear Collection Spring Summer 2015 in Paris

Untuk wanita yang memiliki tubuh kurus, hindari pakaian yang terlalu ketat. Hal ini malah akan membuat anda kelihatan semakin kurus. Jangan pula menggunakan pakaian yang tidak memiliki motif atau polos kerana akan memberikan kesan yang lebih kurus buat penampilan anda. Pilih pakaian yang memiliki volume agar anda lebih yakin untuk menonjolkan diri di depan khalayak.

3. PILIH WARNA CERAH

Buat Wanita Yang Selalu Diejek KURUS KEDING, Ini 5 Tip Fesyen Berguna Agar Terlihat Lebih Berisi!

Ads

Pakaian dengan warna cerah akan membuatkan anda terlihat lebih berisi. Jangan pilih baju berwarna gelap kerana akan memberi kesan lebih langsing. Warna merah jambu, pastel, kuning, dan biru boleh menjadi pilihan anda dalam berbusana.

4. ELAK MEMAKAI BAJU BERKOLAR V

Buat Wanita Yang Selalu Diejek KURUS KEDING, Ini 5 Tip Fesyen Berguna Agar Terlihat Lebih Berisi!

Ads

Kolar baju yang berbentuk V hanya akan memperlihatkan leher dan tulang disekitar leher anda sehingga ansa kelihatan semakin kurus. Pilih pakaian atau baju dengan kolar yang berbentuk oval untuk menyamarkan tulang disekitar leher.

5. ELAK PAKAI SELUAR BERBENTUK PENSIL

Buat Wanita Yang Selalu Diejek KURUS KEDING, Ini 5 Tip Fesyen Berguna Agar Terlihat Lebih Berisi!

Fesyen untuk wanita kurus bertubuh kurus tidak disarankan menggunakan seluar ketat berbentuk pensil karena akan membuat kaki anda tampak lebih kurus. Untyuk kesan terbaik, pilih seluar yang lebih bervolume seperti seluar model aladdin, seluar ala timur tengah, atau anda juga boleh memilih skirt rimple agar agar anda kelihatan lebih berisi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI