Bukan Anak-anak Saja Ada Jadual Sekolah, Mak Pun Perlu Ikut Jadual Ini Untuk Jaminan Ramadan TERBAIK!

 

Ramadan kali ini berbeza dari tahun sebelumnya. Walaupun apa pun situasi sekarang, kita boleh melihat dari sudut positif. Tahun ini istimewanya, kita berpuasa dalam tempok PKP, tidak sibuk memandu ke tempat kerja mahupun bersesak di jalanraya ketika pulang dari pejabat.

Untuk kaum wanita, bulan Ramadan umpama gudang pahala. Setiap langkahnya di dalam rumah, seawal bangun tidur lagi sudah menjanjikan pahala berlipat kali ganda.

Ramadan mensucikan diri dari dosa, mengembalikan kita kepada fitrah, di samping mengintai peluang yang terbuka luas untuk kita  khususnya buat kaum wanita untuk mengaut pahala sebanyak-banyaknya. Bagaimana?

  • Menguruskan berbuka puasa
  • Menyediakan dan mengajak keluarga untuk bersahur
  • Tatkala suami beriktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadan namun isteri tidak dapat mengikuti suami kerana tanggungjawab terhadap keluarga.

Dengan nikmat rezeki berada di rumah, kita berpeluang untuk melakukan lebih banyak amalan malah boleh diatur dalam satu jadual mudah untuk diikuti. Perkongsian daripada Dr. Kamariah Yusoff, Ketua Pusat Pengajian di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Shah Alam, boleh buat ramai wanita berlumba-lumba untuk melalui Ramadan.

 5.00 pagi:

  • Menyediakan sahur untuk keluarga (Melewatkan sahur adalah lebih baik)
    Perbanyakkan istighfar waktu sahur.

Sabda Rasulallah: “Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah. – Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

6.00 pagi:

  • Solat sunat fajar atau solat sunat sebelum Subuh (lebih baik dari dunia dan isinya).
  • Solat Subuh berjemaah
  • Membaca Ma’thurat selepas Subuh.

8.00 pagi:

  • Solat sunat Dhuha
  • Membaca al Quran

1.15 petang:

  • Solat sunat sebelum Zohor
  • Solat Zohor berjemaah
  • Solat sunat selepas Zohor

 

4.15 petang:

  • Solat sunat sebelum Asar
  • Solat Asar berjemaah

 

5.00 petang:

Menyiapkan juadah berbuka untuk keluarga

Wanita adalah orang paling penting untuk menyiapkan juadah berbuka. Sabda Rasulallah S.A.W,

“Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya pahala seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikit pun pahalanya (orang yang berpuasa itu). – Hadith Riwayat Al-Baihaqi dan Ibn Khuzaimah.

 

7.30 petang:

  • Mengawalkan berbuka puasa
  • Banyakkan berdoa ketika berbuka puasa.
  • Solat Maghrib berjemaah.
  • Solat sunat selepas Maghrib.
  • Membaca al Quran sementara menunggu waktu Isyak

 

8.30 malam:

  • Solat sunat sebelum Isyak.
  • Solat Isyak berjemaah.
  • Solat sunat selepas Isyak
  • Solat sunat tarawikh berjemaah
  • Membaca al-Quran sebelum tidur

 

3.00 pagi:

  • Melakukan Qiyamullail
  • Solat sunat taubat
  • Solat sunat tahajjud
  • Solat sunat hajat
  • Solat sunat witir
  • Membaca al Quran
  • Berniat puasa untuk hari esoknya

Jadi kaum Hawa, kita mulakan Ramadan kali ini dengan semangat yang tinggi agar mendapat keberkatan di kemudian hari. InsyaAllah. Selamat berpuasa semua!

 

 

Share
Published by
KR