Tiba-tiba tercetusnya kenyataan individu berbadan besar melebihi 60kg, tak payah la datang fashion show… Maka sentaplah insan-insan yang terasa dengan kenyataan itu. Luahan pedas pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain nampaknya memakan diri apabila dia dibidas oleh selebriti, penggiat dan pereka fesyen tempatan. Menurut Sis Zai, beliau mengakui kenyataan baris pertama ayatnya di sosial media itu adalah kesilapan penulisannya yang telah disalah ertikan.
“Saya mohon maaf, cara tulisan ayat saya dibaris pertama itu kenyataannya tidak sesuai di dengar. Saya mengaku, saya bukanlah seorang wartawan yang baik dalam bidang penulisan dan kenyataan itu telah disalah ertikan. Secara peribadi saya bukanlah seorang yang bersikap judgemental. Saya berkongsi keluhan saya di Facebook dan berkongsi kepada kenalan rapat sahaja. Malangnya status itu disalahertikan dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Ads
Jelas Zaihani lagi, berat badan 60 kg itu hanyalah anggaran bagi lelaki yang duduk bersebelahan dengannya dalam acara tersebut. “Saya tidak pasti berat badan sebenar lelaki itu, 60 kg sekadar anggaran saja. Jadi, 60 kg itu sebenarnya satu penjelasan betapa besarnya saiz badan dia berbanding saya yang hanya 50 kg. At that event, the guy who was seated next to me dah makan kawasan kerusi I. So I shift la nak elakkan paha bergesel tapi dia buat dek, didn’t make any effort to give me some space. Lelaki itu duduk terkangkang sehingga mengganggu ruang duduk saya, menyebabkan saya rasa kurang selesa.
So bergesel lah sampai habis show. I’m so small, bayangkan. Untuk menegurnya pada waktu itu saya rasa kurang sesuai. Lagipun saya tidak kenal lelaki tersebut. Jadi, saya berkongsi keluhan itu di Facebook sahaja. Tidak sangka pula status itu disalah ertikan dan menjadi viral.” Malah katanya, dia sering kali menghadapi situasi yang sama ketika menghadiri acara pertunjukan fesyen yang mana tetamu sepatutnya duduk dengan lebih tertib tanpa mengganggu keselesaan tetamu lain, itulah sebenarnya yang ingin diluahkan oleh Sis Zai.
Ads
Status Sis Zai terbaru telah menjelaskan mohon maaf beliau kepada semua, “Bukan niat saya untuk menghina (body shame) sesiapa – ahli keluarga, kawan-kawan atau pun followers tetapi status FB saya tempoh hari adalah luahan hati mengenai situasi (manspreading) yang saya alami baru ini. Sepanjang kerjaya saya sebagai ketua stylist selama hampir 3 dekad, saya tidak akan dapat melaksanakan tanggungjawab saya jika saya bersikap judgemental. Oleh itu sekiranya status saya telah menyinggung perasaan mana-mana ahli keluarga, kawan-kawan dan followers, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. From the bottom of my heart.”
Ads
Kesilapan pada ayat pertama di sosial media beliau itu telah mencetus kontroversi dan Sis Zai pun telah meminta maaf. Kadang-kadang orang yang hebat pun membuat salah bukan kerana mereka teruk tetapi mereka juga adalah MANUSIA, tiada yang sempurna. Melakukan kesalahan adalah biasa dan semangnya sifat manusia. Mengakui kesalahan adalah manusia berani. Memperbaiki kesalahan adalah manusia bijaksana. Memaafkan kesalahan adalah manusia SUPER hebat!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini timbul spekulasi yang Neeloga hamil anak kedua namun selebriti dan usahawan popular tidak mengiya atau menafikan perkhabaran itu. Namun, segala teka teki tersebut akhirnya terjawab selepas Neelofa mengesahkan dirinya kini sedang hamil.
Neelofa juga mengesahkan kandungannya sudah memasuki trimester kedua. Memetik Astro Gempak, Neelofa mengiyakan pertanyaan dirinya kini berbadan dua selepas berkongsikan cabaran menunaikan umrah baru-baru ini.
Terdahulu, Neelofa dikhabarkan hamil anak kedua selepas video yang menampakkan perubahan pada bahagian perutnya tular di laman sosial.
Video itu turut merakamkan Neelofa memegang perut yang semakin membesar ketika memberi ucapan sempena ulang tahun pertama kelahiran Bilal.
Jelas Neelofa lagi, ““Ya, half way to go. Faham-fahamlah. Orang pun sudah nampak kan? Ramai yang mendoakan saya sihat dan selamat semuanya. Banyak orang mendoakan saya yang baik-baik dan banyak juga yang menghantar DM ucap yang baik-baik, jadi syukur Alhamdulillah”
Menurut Neelofa, soal jantina anak kedua dia tidak kisah asalkan anaknya itu berada dalam keadaan yang sihat dan sempurna.
Untuk rekap, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. Apa-apa pun tahniah NONA ucapkan, dan semoga kandungan Neelofa dipermudahkan!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiga hari lepas, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke London, United Kingdom (UK) bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 8 September lalu. Lawatan khas Seri Paduka Baginda bagi memenuhi jemputan rasmi kerajaan UK selama enam hari bermula hari ini, diiringi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Dato’ Sri Amran Mohamed Zin dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria.
Dan semalam, berlangsungnya istiada permakaman Ratu Elizabeth II dihadiri dihadiri oleh 2,000 tetamu khas yang diundang oleh kerajaan Britain untuk menyaksikan perjalanan terakhir mendiang Ratu Elizabeth II. Istiadat penuh protokol itu turut disiarkan secara langsung bermula pada pukul 6 petang ini di Westminster Abbey, London.
Biarpun istiadat ini dikawal rapi dengan mengira faktor keselamatan setiap pemimpin kenamaan dunia, Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah dilihat berkumpul lebih awal di Royal Hospital Chelsea untuk menaiki bas yang disediakan oleh pihak Istana Buckingham.
Kredit foto: Twitter (@digitaldidan)
Melihat pada beberapa keping gambar yang dimuatnaik di laman Instagram @malaysia.royalfamily, turut berkongsi beberapa keping gambar ketibaan Agong dan Permaisuri yang diambil dari laman web Daily Mail. Kelihatan Permaisuri Agong memilih untuk menyarung persalinan baju kurung serba hitam rekaan Dato’ Rizalman Ibrahim.
Seterusnya, kelihatan Agong dan Permaisuri duduk sebaris bersebelahan Maharaja Naruhito dan Maharani Masako dari Jepun dan Raja Abdullah II serta isteri Permaisuri Rania Al-Abdullah dari Jordan duduk di barisan hadapan.
Pasangan pelakon Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa menimang cahaya mata kedua awal pagi tadi. Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin sebelum ini juga cukup terkenal dengan komitmen dalam misi kemanusiaannya.
Menurut Nadzmi atau nama sebenarnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 31, isterinya yang juga memiliki hampir 2.1 juta pengikut di laman Instagramnya bersalin secara normal pada pukul 12.58 padi.
“Alhamdulillah… Isteri saya telah selamat melahirkan anak kedua kami, secara normal pada hari ini 25 Julai 2023, jam 12.58 awal pagi tadi.
“Terima kasih doa yang baik-baik dari semua. Syukur Alhamdulillah kedua-dua ibu dan anak selamat,” katanya.
Nadzmi berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram. Bagaimanapun, jantina anak kedua pasangan selebriti itu masih lagi dirahsiakan.
Menjengah ruangan komen, perkongsian berkenaa dipenuhi dengan ucapan tahniah di atas anugerah yang diberikan ALLAH buat mereka.
Untuk rekod, pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan perkahwinan pada 1 September 2019 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arwa Malaikha Urwa yang kini berusia 3 tahun.
Tahniah sekali NONA ucapkan buat pasangan sama cantik sama padan ini. Semoga kelahiran kedua zuriat mereka akan membawa kedua ibu dan bapanya ke syurga firdaus. Selamat berpantang Ardell!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.