Bukan Hanya Cantik Dan Bijak! ‘Queen Sayang’ Cetus Inspirasi, Rangkul Anugerah Graduan Terbaik Fakulti!

Baru-baru ini seorang hijabi yang mempunyai nama unik Nurqueen Sayang Dinnie Wirakarnain atau lebih mesra disapa sebagai Queen telah mengamatkan majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) kali ke-97 di Dewan Agung Tunku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor.

Bukan setakat namanya yang unik, tetapi si cantik ini layak digelar ‘beauty with brain’ apabila senarai pencapaianya diumumkan sekaligus mengamatkan seluruh dewan ketika penyerahan skrol kepada graduan yang berjaya menamatkab pengajian berlangsung.

Perkara berkenaan, dimaklumkan oleh Queen sendiri apabila dia memuatnaik satu hantaran video menerusi laman Instagram miliknya, memaparkan dirinya sedang berada diatas pentas dan namanya berserta pencapaian diumumkan sebelum dia berjalan mengambil skrol ijazahnya.

“Penganugerahan ini didahului oleh penerima anugerah graduan terbaik fakulti dan program serta penerima Anugerah Naib Canselor, Nurqueen Sayang Dinnie Wirakarnain,” demikian pengumuman yang dibuat oleh pengacara majlis dengan penuh bangga.

Hijabista difahamkan bahawa, Queen merupakan graduan bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM.

Mengulas berhubung pengalaman manisnya pada majlis konvokesyen yang berlangsung pada 22 Ogos, Queen turut menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah atas pencapaian yang dikecapi.

Queen akui dia berasa amat gembira dan tidak menyangka dia berjaya menamatkan pengajian dengan ‘flying colours’ meskipun jalanya tak mudah dna penuh liku serta beronak duri.

“Individu paling saya berterima kasih tentunya mama yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat. Mama berpesan jangan putus asa, teruskan usaha dan sentiasa berfikiran positif.

“Saya pernah menangis ketika belajar, hampir putus asa sebab tak boleh buat kerana rasa susah sangat. Mama kata saya kena fikir positif dan boleh buat. Alhamdulillah saya berjaya melakukannya,” katanya lapor Mstar.

Sekadar info, gadis manis ini dilahirkan di Pusat Perubatan Queen di Nottingham, United Kingdom sewaktu arwah bapanya menyambung pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di negara itu.

Queen menjadikan ibunya sendiri, Haznaidah Mat Zain, sebagai inspirasi kerana dia mengagumi kecekalan dan ketabahan wanita itu yang bergelar ibu tunggal yang berhempas pulas membesarkan serta menitikberatkan pendidikan anak-anak.

Pada masa sama, Queen juga tidak melupakan jasa dan pengorbanan bapanya, Allahyarham Wirakarnain Sani yang meninggal dunia 12 tahun lalu akibat penyakit hati.

Sumber: Instagram @queenwrkrnn & Mstar

Share
Published by
Haifa Nasir