Kecur tengok air tangan Farahdhiya! Pelantun lagu Bertakhta Di Hati ini bukan saja cantik tapi rajin ke dapur. Dengan wajah kacukan ‘Mat Saleh’ yang dimiliki Farahdhiya, pasti ramai tak menyangka jelitawan ini sebenarnya amat menggemari masakan kampung.

Ads

Sering berkongsi aktiviti dan juadah masakan di media sosial, Farahdhiya sebelum ini pernah memberitahu, “Antara benda yang buat saya sangat happy dalam hidup ialah bila dapat pergi pasar, dapat beli barang dapur, dapat masuk dapur, dapat masak untuk yang tersayang.”

Memang Naib Juara Gegar Vaganza Musim 2015 ini seorang ‘kaki masak’. Walau Farahdhiya mempunyai darah kacukan, tapi seleranya ditambat dengan juadah tradisi. Lebih-lebih lagi menu berasaskan lauk kampung.

“Bukan Ibu-Ibu Je Masak, Single Tak Kahwin Lagi Ni Pun Masak Hari-Hari Juga,” Rajinnya Farahdhiya!
Kredit Instagram @farahdhiya_fd

Bersempena kedatangan bulan Ramadan, pastinya Farahdhiya menggunakan bulan penuh keberkatan ini untuk menjamu selera keluarga tersayang.

Terbaharu, video juadah berbuka puasanya meraih puluhan ribu tontonan. Bahkan ia turut mendapat reaksi daripada ‘otai’ masakan, Sheila Rusly.

Menariknya, Farahdhiya mampu menyediakan pelbagai jenis juadah termasuklah hidangan pencuci mulut dan air!

“Gulai ayam dan telur rebus, sayur bendi pecah telur, ikan masin dengan timun dan sambal belacan, lepat pisang, greek yogurt, chia seeds dan air cincau. Done dan alhamdulillah for today.”

Ads
“Bukan Ibu-Ibu Je Masak, Single Tak Kahwin Lagi Ni Pun Masak Hari-Hari Juga,” Rajinnya Farahdhiya!
Kredit Instagram @farahdhiya_fd
“Bukan Ibu-Ibu Je Masak, Single Tak Kahwin Lagi Ni Pun Masak Hari-Hari Juga,” Rajinnya Farahdhiya!
Kredit Instagram @farahdhiya_fd
“Bukan Ibu-Ibu Je Masak, Single Tak Kahwin Lagi Ni Pun Masak Hari-Hari Juga,” Rajinnya Farahdhiya!
Kredit Instagram @farahdhiya_fd
“Bukan Ibu-Ibu Je Masak, Single Tak Kahwin Lagi Ni Pun Masak Hari-Hari Juga,” Rajinnya Farahdhiya!
Kredit Instagram @farahdhiya_fd

Kongsinya, “Kita share sekurang-kurangnya dapat idea apa nak masak esokkan? Bukan ibu-ibu je yang memasak ye, yang single tak kahwin lagi ni pun masak hari-hari juga. Banyak hari lagi ni nak memasak.

Kuih ketayap, ikan keli berlado, lemak putih pumpkin suun fucuk pecah telur, telur dadar (lauk wajib abang saya), buah sedikit dengan air sirap limau biji selasih.

Sahur boleh repeat balik sebab lauk banyak, tak baik membazir. Membazir itu amalan syaitan.”

Ads

Memandangkan Farahdhiya merupakan finalis program Gegar Vaganza, dia turut diundang dalam rancangan Dapur Vaganza di samping Elly Mazlein dan Dato’ Ramli MS pada awal Ramadan lepas.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI