Kurma sangat sinonim apabila tibanya bulan puasa. Khasiat yang terkandung dalam kurma memberi khasiat secara total termasuk untuk sistem penghadaman, kecantikan dan kesihatan. Sungguhpun mengandungi banyak khasiat namun ramai yang tidak mampu menelan waima sebiji kurma!
Tidak mengapa. Selain kurma, terdapat 10 jenis buah-buahan lain yang boleh mengembalikan kandungan cecair yang berkurangan ketika bulan puasa dan menjadi penghilang dahaga. Asalkan anda rajin membeli dan menikmati buah-buahan setiap hari, tubuh akan mendapat penghidratan yang sepatutnya.
Tembikai
Tembikai mengandungi lycopene yang boleh menghalang serangan radikal bebas. Selain itu, tembikai juga adalah sumber antioksidan serta vitamin C dan A. Ia juga menjadi buah penyejuk tubuh, tambahan lagi ketika cuaca panas.
Epal
Kaya dengan vitamin dan mineral serta kandungan gizi yang sangat tinggi. Epal juga dapat menangkal radikal bebas yang menjadi penyebab pelbagai penyakit. Bulan-bulan puasa begini, enak juga menikmati salad buah epal atau pai epal kan?
Oren
Oren memiliki kandungan asid folat dan antioksidan yang membantu melawan penyakit. Selain dapat dinikmati begitu sahaja, jus oren juga boleh menjadi jus yang menyegarkan setelah seharian berpuasa.
Pisang
Pisang memiliki kandungan potasium tinggi dan bermanfaat untuk jantung. Pisang baik untuk anda yang menghidapi penyakit seperti diabetes, anemia dan banyak lagi. Pisang juga dapat memberikan energi dalam masa singkat terutamanya pada waktu sahur. Ia juga cukup mengenyangkan.
Betik
Mungkin anda tahu bahawa betik sangat baik untuk pencernaan. Ia bukan hanya berfungsi untuk melancarkan pencernaan, namun buah ini juga mengandung beta karotena, beta-cryptoxanthin, lutein dan zeaksantin serta memiliki banyak kandungan vitamin C yang tentunya sangat baik untuk tubuh.
Anggur
Anggur memiliki kandungan gizi penting seperti vitamin C, B1, B6, serta mineral seperti mangan dan kalium. Kandungan mangan dapat membantu menjaga kestabilan gula di dalam darah. Selain itu anggur juga mengandungi melatonin, hormon yang membantu mengatur waktu tidur dengan baik.
Strawberi
Strawberi kaya dengan vitamin C. Ia mengandung antosianin, yang berperanan sebagai agen antioksidan dalam tubuh. Buah strawberi juga bagus untuk pencernaan. Walaupun harganya agak mahal, tetapi jika dinikmati sesekali, dapat juga mempelbagaikan pilihan buah-buahan dalam menu anda.
Mangga
Mangga mengandungi air, serat, karbohidrat, tanin, volatil, vitamin dan mineral, gula seperti sukrosa, glukosa, fruktosa, pati, dan selulosa. Kandungan vitamin dan mineral tersebut sangat baik kerana ia menghasilkan energi yang diperlukan tubuh.
Belimbing
Buah belimbing sangat sesuai untuk dinikmati pada bulan Ramadan kerana ia kaya dengan vitamin C, vitamin B, antioksidan flavonoid dan juga serat. Buah belimbing bagus untuk mengurangi kadar kolesterol jahat, mencegah kanser, mengatasi gangguan pada ginjal dan mengatasi tekanan darah tinggi.
Pir
Buah pir mengandungi asid kloro-genat yang berperanan sebagai antioksidan. Kandungan air di dalam buah pir berguna untuk mengembalikan cecair yang hilang ketika berpuasa. Oleh sebab itulah, buah pir sangat baik untuk dinikmati bulan puasa ini. Selain itu, buah pir juga mengandungi banyak vitamin C dan E.