Garam acap kali digunakan sebagai perencah masakan. Namun tahukah anda butiran halus berwarna putih ini juga memiliki manfaat yang baik untuk kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki. Intai kebaikan yang boleh dinikmati daripada bahan ini.
- Mata Lelah
Larutkan 1/4 sudu teh garam dengan 1/2 liter air hangat, lalu basahkan bahagian mata dengan larutan larutan air garam tadi. Untuk menghilangkan lebam mata pula, larutkan 1 sudu teh garam dengan 1 liter air hangat dan celupkan kapas ke dalamnya. Letakkan kapas pada bahagian mata sambil berbaring selama beberapa minit.
- Pembersih Wajah
Campurkan 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh minyak zaitun dalam mangkuk kecil. Lalu gunakan campuran tadi sebagai pembersih dengan cara mengurut lembut di bahagian wajah dan leher. Bahan pembersih ini efektif menanggalkan solekan dan kotoran tebal. Seterusnya cuci muka dengan sabun dan bilas hingga bersih.
- Mengurangkan Kulit Kering Kaki
Rendam kaki dalam air hangat yang telah diletakkan segenggam garam. Kemudian urut kaki perlahan dengan beus halus atau batu apung, agar kulit yang kering dapat diatasi. Biarkan kaki terendam selama 10 minit dan bilas dengan air dingin lalu keringkan. Langkah terakhir, gunakan losyen yang biasa digunakan untuk menjaga kelembaban kulit.
- Pengelupasan
Selepas mandi dan kulit wajah masih basah, ambil segenggam garam dan gosokkan secara lembut dan perlahan ke seluruh kulit tubuh. Butiran garam tersebut akan menanggalkan sel kulit mati dan membuat kulit lebih halus.
- Merawat Kulit Berminyak
Untuk mengurangi kilatan minyak pada wajah, isi botol penyembur bersaiz kecil dengan air hangat dan tambahkan satu suud teh garam. Semburkan pada wajah lalu keringkan dengan cara ditepuk-tepuk menggunakan tuala.
Mulai sekarang, ambil manfaat garam untuk melakukan beberapa perawatan sederhana ala spa hanya di rumah. Paling penting, gunakan garam yang asli iaitu tidak bercampur dengan unsur lain. Selamat mencuba!