Tanpa khabar angin dan berita, tahu-tahu saja bekas personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim sudah pun bernikah. Perkara itu disahkan sendiri Azrinaz menerusi Instagramnya. Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan doa hambaNya pada waktu yang terbaik. Tahniah!
Ads
Turut berkongsi foto majlis pernikahan yang berlangsung pada 1 Mei lalu, jelas terpancar sinar bahagia Azrinaz di samping suami tercinta. Namun, wajah jejaka yang berjaya menambat hati wanita cantik ini masih samar.
Kongsi Azrinaz, “Di kesempatan ini saya mengumumkan pada 1 May lalu bersamaan 15 Syaaban 1439H jatuh pada hari Nisfu Syaaban, saya telah selamat diijabkabulkan bersama sahabat yang dikenali sejak 20 tahun lalu dan hanya menjalinkan hubungan rapat setahun lepas.
Setelah mengenali hati budi, pasangan bujang bernama Fairos Khan Abdul Hamid menjadi ‘mangsa’. Beliau yang memahami rentak kehidupan dan kehendak saya berlatarbelakangkan TV penyiaran sebagai pekerjaan.
Majlis diadakan di kediaman pengantin perempuan secara tertutup dihadiri keluarga terdekat dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jawi Wilayah Persekutuan, Ustaz Hazman Hashim berwalikan bapa saya. Dengan pernikahan ini, saya berharap semua pihak berilah ruang untuk memahami naluri saya yang juga manusia biasa mempunyai kehendak dan perasaan. Izinkan saya untuk hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi meniti hari tua.
Ads
Tidak pernah sesaat sekalipun saya melupakan atau akan melupakan kedua-dua anakanda saya. Malah jika diberi peluang dan kesempatan, tanggungjawab dan kasih sayang sebagai ibu sentiasa sedia dicurahkan.
Ads
Bukan material yang dicari, cukuplah seorang insan yang dapat membimbing, menemani, menyayangi, menghargai, menghormati dan menyanjungi diri ini di kala susah senang, cerdas dan sakit, sewaktu kepala masih diliputi rambut mahupun sehelai dua.
Biarlah penyatuan ini selamat selesai semuanya sebelum hebahan tiada kena mengena semata-mata. Hubungan yang terjalin ini saya memilih cara lebih ‘privacy’ begitu juga dalam melayari alam rumahtangga nanti.
Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan IzinNya segala usaha telah dipermudahkan dalam setiap perancangan yang hanya memakan masa 2 bulan.”
Moga ikatan perkahwinan ini menjadikan pasangan mempelai hambaNya yang lebih bertakwa dan dikurniakan kebahagiaan berkekalan. Aamin.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Profesor wanita Melayu pertama, Puan Sri Profesor Dr Fatimah Hamid Don meninggal dunia pada usia 89 tahun awal pagi semalam.
Anak Allahyarham, Dr Fawziah Tan Sri Ishak berkata, ibunya menghembuskan nafas terakhir pada 2.35 pagi ketika dalam fasa pemulihan selepas mengalami strok sejak setahun lepas, di Hospital KPJ Tawakal.
“Kami terkejut kerana masa raya pertama ibu saya beritahu beliau dapat jalan enam langkah dan sangat positif untuk pulih daripada strok. Beliau merupakan role model saya,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, jenazah Allahyarham disembahyangkan di masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, Petaling Jaya selepas solat zohor.
Allahyarham meninggalkan dua anak perempuan dan dua cucu perempuan.
Pada masa sama, cucunya Dr Dima Marlina Mohd Rafi menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pemergian Allahyarham bukan sahaja sebagai seorang ibu dan nenek, tetapi juga sebagai tokoh pendidikan negara dan pemerkasaan wanita.
Antara pencapaian Allahyarham ialah menjadi wanita Melayu pertama memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan di Universiti California, Amerika Syarikat dan dianugerahkan Pingat Fatimah sempena Hari Wanita pada 1988.
Allahyarham juga telah berkhidmat dalam bidang pendidikan sejak 1956 dan menjawat pelbagai jawatan tinggi termasuk sebagai pegawai pelajaran, guru serta pensyarah maktab.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenama FIZIWOO sering menjadi pilihan di kalangan orang ternama dan terkenal kerana struktur rekaan puffed sleeves, ruffles dan peplums. Bagi merealisasi impian wanita yang mahu menggayakan jenama FIZIWOO dengan harga berpatutan, sebuah koleksi telah dilancar hari ini.
Pemilik jenama FIZIWOO, Fizi dan Khai telah mempersembahkan koleksi mampu milik di bawah label WOO/FIZOWOO yang merungkaikan rekaan romantik moden dengan cool edgy silhouette untuk wanita yang yakin, kuat dan tersendiri. Lebih istimewa apabila koleksi ini merupakan kolaborasi WOO/FIZIWOO dengan LILIT.
Koleksi LILIT. x WOO/FIZIWOO ini adalah pakaian sedia pakai yang diperincikan dengan teknik dan rekaan couture. Kerjasama ini adalah di antara cerita cinta versi romantik dan klasik di antara wanita dengan busana mereka.
Kisah cinta ini diterjemahkan kepada setiap rekaan pada koleksi ini, apabila LILIT. dan WOO/FIZIWOO memberikan sentuhan hebat untuk setiap rekaan dengan memberikan tumpuan yang penting pada setiap proses rekaan koleksi ini.
Menurut pengarah kreatif LILIT. Min Luna, “Kami sangat gembira dapat berkolaborasi dengan salah satu jenama fesyen yang terkenal untuk menghasilkan koleksi ini. Ini boleh dikatakan perkara yang terhebat yang terjadi pada industri fesyen tempatan pada tahun ini.
Semua orang berpeluang untuk menggayakan koleksi WOO/FIZIWOO daripada skirt bercorak floral pleated sehingga kepada baju lengan panjang bloom puffed yang menarik. Rekaan ini menunjukkan sisi sebenar koleksi ini, ini sudah semestinya menjadi buah mulut masyarakat nanti,” katanya.
Pelbagai jenis rekaan untuk blaus, skirt, jumpers, dan seluar panjang, koleksi kerjasama LILIT. x WOO/FIZIWOO menampilkan koleksi pakaian wanita kontemporari bersama aura romantik moden yang menarik.
Rekaan ini didatangkan dengan saiz dari XS sehingga XXL pada harga yang mampu milik bermula dari RM99 sehingga RM199. Direka untuk wanita agar yakin terhadap diri sendiri. Silhouettes yang ayu dan beralun dengan perincian seperti leher tinggi cetakan floral dan pleats lembut, sementara warna pada palet dan cetakan adalah lembut dan elegan
yang tidak pernah anda lihat sebelum ini. Majlis turut diserikan dengan kehadiran selebriti seperti Nora Danish, Hanis Zalikha, Nadiya Nisaa, Ummi Nazeera dan ramai lagi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lepas ini kalau rasa stres, cepat-cepat ambil dan nikmati kudapan kuaci. Selain membuatkan anda ‘khayal’ untuk membuka kulitnya… hakikat yang ramai tak sedar tentang kuaci adalah ia menyimpan pelbagai manfaat. Lebih mengujakan, kebanyakan khasiat yang terkandung dalam cemilan ini sangat baik untuk kaum wanita. Tak percaya? Ini rahsianya!
Kuaci atau ada yang menggelarnya biji labu kaya dengan vitamin E, tinggi serat, kalsium dan protein.
Zat besi – Badan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kuaci merupakan salah satu makanan yang baik untuk penyerapan zat besi dalam badan. Nutrisi ini diperlukan bagi menyokong fungsi enzim, meningkatkan sistem imunisasi dan melindungi fungsi reproduksi.
Lemak Baik – Hampir 90 peratus kandungan lemak di dalam kuaci ialah lemak baik yang berfungsi membantu mengawal kadar kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL) sekaligus mencegah penyakit kardiovaskular.
Vitamin E – Uniknya, kuaci mempunyai hampir semua bentuk Vitamin E yang dipercayai mudah diserap oleh badan. Melaluinya, ia mampu melindungi kesihatan kulit dan membuatkan anda tampak awet muda.
Protein – Kuaci mempunyai protein yang tinggi dan mudah dihadam untuk membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Apabila kadar gula dalam darah menjadi stabil, berat badan juga akan terkawal.
Serat – Kandungannya yang tinggi serat bermakna akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk proses penghadaman. Apabila banyak tenaga digunakan, lagi cepat kalori terbakar. Ringkasnya, ia baik untuk dijadikan snek diet.
Magnesium – Menimbulkan rasa tenang dan menjauhkan anda daripada gejala stres, migrain dan sebagainya.
Kelebihan menikmati kuaci pula adalah seperti berikut.
Mencegah kanser dan penyakit berbahaya
Baik untuk kesihatan tulang dan menghindari penyakit osteoporosis
‘Ubat penenang’ di kala stres kerana kandungan magnesium yang ada
Kulit lebih berseri dan sihat disebabkan agen anti oksidan yang dibekalkan di dalamnya
Menjaga kesihatan jantung
Anti inflamasi semula jadi
Melindungi prostat dan saluran kencing
Baik untuk perkembangan janin
Mendapat tidur yang lena
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...