“Bukan Pakar Dalam Perkahwinan, Tapi…” MIZZ NINA Kongsi Keterujaan Rai Ulangtahun Perkahwinan Ibu Bapa Yang Ke-60

Siapa yang tidak mengenali Mizz Nina atau nama sebenarnya, Syazrina Azman, seorang yang dahulunya penyanyi dan kini merupakan seorang aktivis kemanusiaan yang cukup aktif. Baru-baru ini, Mizz Nina berkongsi rasa rasa keterujaannya  meraikan ulang tahun perkahwinan ibubapanya, Tan Sri Azman Hashim dan YM Tunku Arishah Tunku Maamor yang ke-60.

Menerusi hantaran di Instagram tersebut, Mizz Nina dilihat berkongsikan foto ibu dan bapanya yang sedang memotong kek ulang tahun perkahwinan. Malah Mizz Nina sempat menitipkan ucapan istimewa meraikan usia perkahwinan kedua-dua insan yang cukup disayanginya yang memasuki tahun ke 60 malam tadi.

“Alhamdulillah kami meraikan ulang tahun perkahwinan ibu bapa saya beberapa hari yang lalu, saya tak pasti jika saya harus post pasal ini, tetapi saya rasa ia terlalu istimewa untuk tidak berbuat demikian 🙈.

“60 tahun cinta dan perkahwinan adalah anugerah yang ajaib dan indah dari Allah, apabila saya renungkan, ia memerlukan banyak keimanan, keberanian, kasih sayang, kesabaran, pengorbanan, sentiasa fikirkan yang manis-manis & kerja berpasukan untuk melaluinya.”- tulis Mizz Nina.

Mengakui dirinya turut diduga dengan cabaran dalam soal perkahwinan, Mizz Nina menjelaskan dirinya bukanlah seorang yang pakar dalam perkahwinan, namun Mizz Nina menyatakan jika seseorang itu telah ditakdirkan untuk anda, seperti yang dirancang oleh Allah, dia pasti sentiasa ditakdirkan untuk anda.

Untuk rekap, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, dan Mizz Nina mengesahkan sudah bercerai sekitar Ogos tahun lepas.

Noh, atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 37 dan Mizz Nina, 43 mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Mereka turut mempunyai anak angkat sekitar April lalu.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

 

 

 

Share
Published by
Wan Firdaus