Bukan Saja Cantik & Ternama, MARIAN RIVERA Berhati Mulia, Sanggup Keluar Peluh Masak Untuk FRONTLINERS

Pelakon cantik Filipina ini memang terkenal dengan keluhuran budi serta sering melakukan kerja-kerja amal di negaranya. Marian Rivera, sebelum ini sering turun padang mengembirakan kanak-kanak sumbing menerusi Smile Train Philippines Foundation.

Sempena sambutan Hari Ibu tahun lalu, selebriti yang berusia 35 tahun ini telah menghasilkan coklat dan hasil jualannya disalurkan kepada yang memerlukan. Salah satunya adalah dengan menyumbang kepada kanak-kanak yang dilahirkan sumbing.

Terbaharu, isteri kepada aktor kacak Dingdong Dantes ini telah menzahirkan penghargaan kepada para petugas hadapan yang bertungkus-lumus memutuskan rantaian pandemik COVID-19. Marian bersama suaminya telah mengambil inisiatif menyediakan makanan untuk mereka yang bertugas di Hospital Besar Quezon City, Filipina.

Foto: teamdantes.com

Ibu kepada dua orang anak yang comel ini masak sendiri resipi istimewa warisan keluarganya untuk 200 orang para petugas barisan hadapan di hospital tersebut. Suaminya turut membantu membungkus makanan istimewa tersebut seperti dalam video yang dikongsinya di laman Instagram.

“Makanan pada malam ini adalah signature dish keluarga saya yang dikenali sebagai Menudo. Resipi ini telah diturunkan kepada saya melalui ibu. Terima kasih frontliners yang banyak berkorban untuk kami semua. Stay safe everyone!” coret pelakon yang mempunyai darah kacukan Sepanyol-Filipina ini.

Marian Rivera bersama ibunya.

Marian yang pernah berlakon dalam drama MariMar ini kelihatan turut menulis sendiri nota penghargaan kepada para frontliners

yang diletakkan di atas bungkusan makanan sebelum diagihkan.

Selain itu, wanita yang sering melemparkan senyuman manis ini turut mengendalikan perniagaan membekalkan bunga-bunga segar yang dikenali sebagai Flora Vida by Marian.

Foto: Instagram @marianrivera

Share
Published by
Hamizatul Maizan