Harnaaz Sandhu, 21 tahun dari India yang dinobatkan sebagai Miss Universe pada tahun lepas dikritik ramai dek peningkatan mendadak berat badannya kebelakangan ini. Namun, Harnaaz kekal tenang dan menerima segala kecaman dengan hati terbuka.

Ads
Bukan Saja-Saja Berat Badan Naik, Harnaaz Sandhu Hidap Penyakit Celiac
Foto: PTI

Baru-baru ini Harnaaz mendedahkan dirinya menghidap penyakit celiac (seliak), iaitu gangguan autoimun jangka panjang yang memberi kesan kepada usus kecil.

Bukan Saja-Saja Berat Badan Naik, Harnaaz Sandhu Hidap Penyakit Celiac
Foto: Instagram (@harnaazsandhu_03)

Menjawab segala maklum balas dan respon dari netizen yang Harnaaz tidak menjaga pemakanan, Harnaaz mengakui telah lama didiagnosis dengan penyakit seliak, masalah kesihatan yang disebabkan oleh sensitiviti gluten.

Penyakit ini adalah tindak balas terhadap makan gluten, iaitu protein yang terdapat dalam gandum, barli dan rai.

Harnaaz dinobatkan sebagai Miss Universe pada edisi ke-70 di Eilat, Israel pada Disember tahun lalu. Beliau sebelum ini pernah dinobatkan sebagai Miss Diva 2021, Femina Miss India Punjab 2019 dan dia juga berjaya ke Top 12 di Femina Miss India 2019.

Bercakap kepada media, Sandhu mendedahkan, “Dahulu saya seringkali dibuli kerana ‘terlalu kurus’ dan kini mereka membuli saya mengatakan ‘saya semakin berisi’. Sebenarnya tidak ramai yang tahu tentang penyakit seliak saya. Saya tidak boleh makan gandum tepung dan banyak lagi.”

Bukan Saja-Saja Berat Badan Naik, Harnaaz Sandhu Hidap Penyakit Celiac
Foto: Instagram (@harnaazsandhu_03)

Apa Itu Penyakit Celiac?

Penyakit seliak terjadi akibat daripada pengambilan gluten secara berlebihan yang menyebabkan kerosakan pada usus, dan secara global, menjejaskan 1 dalam 100 orang. Keadaan ini berlaku apabila pengambilan gluten yang mencetuskan tindak balas imun dalam usus kecil yang membawa kepada kerosakan pada lapisan dan menghalangnya daripada menyerap beberapa nutrien.

Ads

Menurut Mayo Clinic, kerosakan usus sering menyebabkan cirit-birit, keletihan, penurunan berat badan, kembung perut dan anemia, dan boleh membawa kepada komplikasi yang serius.

Menurut Yayasan Penyakit Celiac, ia boleh terjadi pada mana-mana peringkat umur terutama sekali bagi mereka yang mengambil makanan atau ubat yang mengandungi gluten. Jika tidak dirawat, penyakit seliak boleh membawa kepada masalah kesihatan tambahan yang serius.

Bukan Saja-Saja Berat Badan Naik, Harnaaz Sandhu Hidap Penyakit Celiac
Foto: Instagram (@harnaazsandhu_03)

 

Ads

Apakah Tanda-Tanda Penyakit Celiac?

Gejala penyakit Celiac mungkin berbeza untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, beberapa gejala pencernaan adalah serupa, termasuk:

  1. Cirit-birit
  2. Keletihan
  3. Pengurangan berat
  4. Kembung perut dan gas
  5. Sakit perut
  6. Pening dan muntah
  7. Sembelit

Pada masa ini, tiada ubat kekal untuk merawat penyakit ini . Menurut Yayasan Penyakit Celiac, satu-satunya rawatan untuk penyakit seliak adalah pematuhan seumur hidup kepada diet bebas gluten yang ketat. Bagi sesiapa yang menghidap penyakit ini, perlulah mengelak dari mengambil makanan seperti gandum, barli, roti dan bir.

Walau apa jua bentuk dan inci saiz tubuh Harnaaz, bagi NONA dia tetap anggun dan menawan!! We love you Harnaaz! 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI