Bukan Sekadar ‘Pelindung’ Kulit Wajah, FAIR & LOVELY Realisasi Impian Wanita Ke Menara Gading!

Fair & Lovely, salah satu jenama kecantikan terkemuka di Malaysia sekali lagi menawarkan biasiswa bernilai RM200,000 menerusi Biasiswa Fair & Lovely. Matlamat program biasiswa tersebut adalah untuk menggalakkan golongan wanita merealisasikan impian mereka dan memiliki masa depan yang lebih cerah menerusi pendidikan.

Biasiswa Fair & Lovely ini telah membantu seramai 80 wanita muda sejak tahun 2016 dan untuk tahun ketiga ini, penerima biasiswa bukan sahaja mendapat biasiswa tetapi akan turut menikmati peluang lain yang disediakan oleh Unilever Malaysia.

Menurut Pengurus Jenama Fair & Lovely, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. Lin Meiyi, program Biasiswa Fair & Lovely telah berjaya mencipta sebuah platform bagi wanita muda Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan untuk mendapat asas penting yang diperlukan bagi membina masa depan yang lebih cerah.

Pada tahun ini, sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan bersama program biasiswa tersebut, Fair & Lovely akan membangunkan sebuah komuniti maya untuk semua pemegang biasiswanya. Mereka boleh berhubung antara satu sama lain di dalam komuniti ini dan mendapatkan perkembangan terkini tentang peluang yang disediakan oleh Unilever Malaysia seperti bengkel kemahiran temu duga, bengkel kerjaya dan perkongsian kepimpinan wanita yang disampaikan oleh eksekutif wanita Unilever Malaysia.

Seramai 40 wanita muda berpeluang menerima Biasiswa Fair & Lovely. Biasiswa ini terbuka kepada wanita muda yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ijazah di universiti awam tempatan. Pemohon hendaklah memperolehi minimum CGPA 3.0 dan aktif di dalam bidang ko-kurikulum. Pilihan berdasarkan undian tertinggi daripada tujuh buah universiti awam yang mengambil bahagian.

Tahun lalu, program Biasiswa Fair & Lovely mendapat sambutan menggalakkan dengan kadar permohonan 50% lebih tinggi iaitu 12,044 permohonan daripada 23 buah universiti awam berbanding hanya 8,000 permohonan yang diterima pada tahun 2016.

Nur Qurratuaini Abdul Malek, salah seorang penerima biasiswa Fair & Lovely pada tahun 2017 dari UiTM Shah Alam berkata, “Saya berasal dari Pahang dan mempunyai 6 orang adik beradik. Sebelum menerima tawaran melanjutkan pengajian ke UiTM, saya pernah berkerja sambilan dan berdepan cabaran untuk membahagikan masa di antara kerja dan pelajaran. Walaubagaimanapun, selepas menerima Biasiswa Fair & Lovely, beban keluarga saya semakin ringan dan kini saya semakin hampir untuk merealisasikan impian saya.

Suatu ketika dulu, saya menganggap hasrat untuk mencapai cita-cita dan impian hanya sekadar angan-angan yang tidak mampu untuk dicapai tetapi dengan Biasiswa Fair & Lovely, angan-angan itu semakin menjadi realiti! Saya amat gembira dan bersyukur atas pemberian biasiswa ini.”

Proses permohonan dijalankan secara dalam talian menerusi laman sesawang Fair & Lovely – https://www.fairandlovely.com.my/biasiswa_2018/ dari 1 Januari hingga 31 Mac 2018.

Langkah 1: Pemohon hendaklah menyerahkan permohonan mereka dan sebuah esei mengenai sumbangan mereka kepada komuniti daripada apa yang telah mereka pelajari di universiti. Serahan dalam bentuk video adalah pilihan tetapi digalakkan kerana ia meningkatkan lagi peluang dalam proses pemilihan penerima biasiswa.

Langkah 2: Pemohon perlu mengundi untuk universiti mereka. Seramai 40 pelajar akan dipilih dari 7 buah universiti yang mendapat undian tertinggi.

Langkah 3: Para pemohon boleh meminta untuk mendapatkan sampel percuma setelah membuat permohonan di portal mikro.

Fair & Lovely berazam untuk terus menyediakan asas kukuh yang memperkasakan golongan wanita untuk mencapai impian dan meningkatkan keyakinan diri mereka dari segi luaran dan dalaman.

 

Share
Published by
Rosmah Idayu