Tanyalah kepada mana-mana wanita, pasti semua mahu tampil cantik kerana kecantikan adalah sesuatu yang amat sinonim buat golongan itu. Mana tidaknya, cantik itu sendiri didefinisikan sebagai suatu yang indah dan menarik.
Setiap wanita mentafsirkan makna cantik mengikut pandangan tersendiri. Ada yang menganggap cantik itu apabila memiliki tubuh langsing menawan, ada pula berpendapat seseorang wanita yang cantik mempunyai kulit wajah halus mulus bak bayi. Manakala ada pula menyatakan cantik itu dinilai apabila wanita itu mempunyai pakej lengkap iaitu paras rupa, bijak dan berbudi bahasa.
Kini, wanita boleh menarik nafas lega dengan pembukaan sebuah pusat kecantikan yang lengkap untuk mereka menjaga kecantikan baik dari segi penjagaan luaran, mahupun dalaman. NULNU Lifestyle Mall yang dibuka sejak September tahun lalu mempunyai solusi terbaik untuk wanita menjaga kecantikan.
Menurut pengasas NULNU Lifestyle Malla, Prod Dr Coco Alex, memahami kehendak wanita yang ingin mendapatkan rawatan kecantikan yang lengkap di bawah satu bumbung, memberi inspirasi untuk dirinya memenuhi hasrat wanita yang sinonim dengan kecantikan.
“NULNU Lifestyle Mall dilengkapi pelbagai perkhidmatan dari hujung rambut ke hujung kaki. Ia merupakan one stop center untuk perkhidmatan kecantikan termasuklah penjagaan kesihatan, penjagaan rambut, merias kuku dan kaki, rawatan kecantikan wajah, sulaman kening, pengurusan berat badan, urutan badan dan kakimserta kecantikan menggunakan peralatan estetik,” ujar Prof Dr Coco.
PERKHIDMATAN BERTARAF DUNIA
Ketika penulis di bawa melawat sekitar NULNU Lifestyle Mall yang terletak di 3 Damansara baru-baru ini, penulis terkesima melihat keluasan gedung kecantikan yang meliputi 35,000 kaki persegi di tingkat dua sebuah pusat beli belah terkemuka di Damansara. Dekorasi dinding yang menggunakan rona putih dengan sentuhan Eropah memberi suntikan gaya mewah dan eksklusif.
Ternyata gaya dekorasi mewah ala Eropah menjadi pilihan Prof Dr Coco menata rias keseluruhan NULNU Lifestyle Mall ini. Kelihatan gabungan perabot mewah dan lukisan gaya Eropah menyemarakkan lagi dekorasi keseluruhan pusat kecantikan ini. Ketika ditanya mengapa konsep ini dipilih, rupanya ia merupakan idea dan sentuhan Prof Dr Coco sendiri yang mempunyai citarasa yang tinggi dalam seni dekorasi. Tambah Prof Dr Coco lagi, keinginan untuk menerapkan gaya Eropah memberi peluang dirinya bermain dengan gabungan perabot dan hiasan dalaman untuk Gedung kecantikan miliknya itu.
Melangkah masuk ke ruang utama NULNU Lifestyle Mall, pelanggan akan disambut dengan mesra oleh kakitangan yang mesra dan terlatih. Malah, pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej rawatan yang disediakan sebelum meneruskan rawatan konsultasi selanjutnya.
Lebih istimewa, NULNU mempunyai lebih daripada 300 perkhidmatan yang terdiri daripada 9 zon penting untuk memenuhi keperluan kecantikan baik untuk wanita. Terdapat zon gaya rambut, zon solekan, zon solekan separuh kekal, zon kecantikan dan kesihatan, zon rias dan rawatan kuku, zon kecantikan estetik, zon produk, zon kanak-kanak dan sebuah restoran untuk menjamu selera.
Selain menyediakan perkhidmatan kecantikan untuk wanita, NULNU Lifestyle Mall turut menyediakan perkhidmatan kecantikan untuk lelaki. Bagi wanita berhijab pula, NULNU Lifestyle Mall turut menitikberatkan penjagaan aurat hijabista ketika mendapatkan rawatan dengan menyediakan bilik khusus untuk memastikan aurat wanita Muslimah terpelihara ketika mendapatkan rawatan.
Melangkah ke bilik rawatan tubuh pula, NULNU Lifestyle Mall prihatin tentang tahap keselesaan pelanggan dengan mengasingkan bilik rawatan untuk lelaki dan wanita. Setiap bilik rawatan diberi sentuhan yang eksklusif dengan mengambil kira aspek keselesaan para pelanggan tatkala mendapatkan rawatan. Malah, untuk pelanggan VIP pula, turut disediakan sebuah bilik rawatan khas yang diberi sentuhan gaya Eropah hasil ilham Prof DF Coco yang elegan dan mewah. Di dalam bilik rawatan tersebut turut disediakan kemudahan jakuzi, rawatan wajah dan tubuh yang selesa dan eksklusif.
Bagi mencipta kelainan di NULNU Lifestyle Mall, ia turut dilengkapi sebuah ruang karaoke bagi membolehkan para pelanggan berhibur dan bersantai selepas mendapatkan sesi rawatan. Sekaligus, NULNU Lifestyle Mall menjanjikan kelainan dalam perawatan kecantikan luaran dan dalaman. Memetik kata-kata Prof Dr Coco, mahu menjadi perintis mencipta jenama yang seksi dan elegan dalam industri kecantikan di Malaysia. Secara kesimpulannya, NULNU Lifestyle Mall melengkapi segalanya!
This website uses cookies.