Seperti yang kita sedia maklum, pelakon wanita Malaysia berketurunan Cina, yang pernah popular menerusi watak Lucy dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada era 1990-an telah setahun lebih memeluk agama Islam pada 26 September 2023 sebaik bergelar isteri kepada pelakon veteran, Sabri Yunus.
Lebih menarik lagi, Ardini Angeline Tan merupakan nama Islam yang dipilih oleh Sabri sendiri khusus buat isteri tercinta apabila mereka selamat diijabkabulkan pada 14 Oktober lalu.
Angeline Lebih Mudah Jelaskan Kewajipan Tutup Aurat Kepada ‘Non-Muslim’
Ketika diminta mengulas tentang bagaimana Angeline menangani persoalan ‘non-muslim’ tentang aurat wanita islam, beliau menjelaskan bahawa dirinya mempunyai pendekatan lebih mudah untuk menjelaskan tentang kewajipan menutup aurat kepada mereka.
“Islam bukan sahaja panduan hidup tetapi ia juga menjaga dan mengajar para wanita untuk menjadi lebih kemas, bersih dan berketerampilan.
“Untuk orang lain yang mungkin tak faham keperluan memakai tudung, saya ceritakan pada mereka begini,
Ads
“Dengan orang bukan Islam, apabila bercakap mengenai tutup aurat, mereka kurang faham kerana saya dahulu pun begitu. Saya sangat faham apa yang mereka fikir.
“Saya katakan kepada mereka, sekarang saya rasa lebih kemas, kalau dulu kena fikir soal rambut tapi sekarang pakai tudung semua jadi. Bukankah ini satu fesyen yang cantik?” katanya.
Baju Lengan Panjang Bagus Untuk Lindungi Kulit Wanita
Dalam masa yang sama, isteri aktor dan pengarah Sabri Yunus itu juga turut memberikan pemahaman mudah tentang mereka mengenai pemakaian menutup aurat.
“Ada pula yang tanya, ‘sekarang sudah kena pakai baju berlengan panjang?’
Ads
“Saya kata padanya, pakaian berlengan panjang sangat bagus sebab akan melindungi kulit wanita,” katanya.
Aktres berusia 56 tahun itu turut menasihati para muslimah agar menutup aurat mereka dengan baik.
“Wanita Sangat Berharga Kerana Itu Islam Menjaga Wanita” – Ardini
Malah, beliau turut memberikan analogi wanita umpama coklat mewah dalam bungkusan eksklusif.
Ads
“Coklat yang mahal lagilah kena balut dengan cantik.
“Dalam Islam wanita sangat berharga dan kerana itu Islam sangat menjaga wanita.
“Jadi, jagalah dirimu baik-baik dan tutuplah aurat kamu,” katanya.
NONA mendoakan agar Ardini Angeline Tan dipermudahkan segala urusan untuk mendalami agama Islam, seterusnya kekal istiqamah dalam pemakaian hijhab hingga akhirnya mampu menutup aurat dengan sempurna, memenuhi keperluan syariah dan memberi manfaat kepada orang lain!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Tanggal 8 Jun setiap tahun telah diwartakan sebagai World Ocean Day. Lautan dan segala komponennya amat penting untuk bumi dan segala kehidupan yang menjadikan laut sebagai habitat.
Bersempena sambutan World Ocean Day semalam, pasangan jutawan terkenal SM Faliq dan isteri, Chryseis Tan berkongsi sekeping foto yang cukup bermakna.
Menariknya, foto yang disertai bapa mereka iaitu jutawan Tan Sri Vincent Tan itu jelas menekankan betapa pentingnya alam sekitar, terutama lautan, kepada keluarga tersebut. Sungguh menginspirasikan!
Konservasi Pulau Redang itu diadakan berhampiran The Taaras Beach & Spa Resort dan Redang Island Resort milik keluarga Tan, di bawah kumpulan Berjaya Hotels & Resort.
Seronoknya tengok foto-foto Chryseis di tepi pantai ni, teringin sungguh bercuti macam ini lepas berbulan-bulan dikuarantin, kan?
Kata Chryseis, “Protect and restore our ocean now! This was taken a few months back when we were in Redang – every time my dad goes there he would lead a group of us to clean up the trash left on our islands and in the sea!”
SARAT HAMIL
SM Faliq merupakan anak keempat Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin manakala Chryseis pula mempunyai 11 adik-beradik dalam keluarga jutawan Tan Sri Vincent Tan.
Chryseis kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square sementara suaminya menyandang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI.
Pasangan merpati dua sejoli ini telah berumah tangga pada tahun 2018 di resort peranginan, The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Bukit Tinggi dan kini Chryseis sedang sarat hamil trimester ketiga.
Meskipun World Ocean Day tahun ini berlangsung di tengah pandemik. Namun PBB telah menetapkan tema Innovation for a Sustainable Ocean bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan lautan.
Semoga usaha kita untuk menjaga lautan yang terancam pencemaran akan memberi manfaat kepada generasi masa depan. Ingat, kita tidak mewarisi bumi ini daripada nenek moyang kita TETAPI ‘meminjamnya’ daripada anak-anak dan generasi masa depan kita!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka wanita berketurunan Asia ini telah mencipta sejarah menjadi wanita termuda bergelar Datuk Bandar di California, Amerika Syarikat. Bukan sahaja bergelar Datuk Bandar Termuda malah wanita yang mempunyai susur-galur dari Malaysia ini dilantik sebagai Datuk Bandar bukan dari kalangan kulit putih untuk berkhidmat dalam jawatan itu di bandar Eastvale.
Jocelyn Yow merupakan graduan di sebuah kolej komuniti di Norco, California dan UC Berkeley kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana dalam bidang pengurusan kerajaan di Harvard Extension School. Sudah tentu wanita yang berusia 25 tahun ini bangga dengan pencapaian dirinya. “I am honored to be serving as the mayor of Eastvale,” tulisnya di laman media sosialnya.
Tulisnya lagi, “Sangat penting untuk kita mengambil kira pandangan golongan wanita muda dan golongan ibu ketika membuat sesuatu keputusan penting yang memberi kesan pada keluarga. Kini dengan saya menjadi wanita dan ibu termuda untuk berkhidmat sebagai Datuk Bandar di negeri California, saya berharap lebih ramai wanita dan ibu-ibu lain akan mengikut jejak langkah ini,” tulis ibu kepada seorang bayi berusia enam bulan ini.
Sebelum ini Jocelyn Yow telah dilantik sebagai Ahli Majlis Bandar Eastvale pada tahun 2018 dan telah menyandang jawatan Datuk Bandar sementara sebelum dilantik secara rasmi pada 10 Disember 2020.
Bapanya yang berasal dari Malaysia telah melanjutkan pelajaran sekitar tahun 80-an di Amerika Syarikat dan bertemu dengan ibunya yang meninggalkan Vietnam untuk mencari kehidupan baharu di sana. Menurut wanita berketurunan Cina Malaysia-Vietnam ini pada tahun 1996 mereka sekeluarga telah kembali ke Malaysia atas urusan keluarga dan menetap selama lebih 10 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpikat dengan aura cantik dan raut wajah penuh kelembutan milik adinda Ke bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Muhammad V, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Amalin Aishah Putri ini. Anggun berhijab dan senyuman yang lekang terukir di bibir… keperibadian YAM Tengku Amalin Aishah Putri sentiasa menjadi inspirasi kepada ramai kaum wanita di luar sana.
Menjelang bulan Jun depan, genap tujuh tahun YAM Tengku Amalin melayari bahtera perkahwinan bersama suami tercinta, YAM Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni DYTM Pengiran Hj Mohamed Bolkiah. Istimewanya pada tahun ini, rumah tangga YAM Tengku Amalin dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi diserikan dengan kehadiran cahaya mata ketiga Yang Amat Mulia Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Putri Binti YAM Pengiran Muda Abdul Qawi.
YAM Tengku Amalin bersama suami
Memetik laporan yang disiarkan menerusi Instagram Koleksi Foto Sultan Muhammad V, YAM Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Putri selamat dilahirkan di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan pada hari Rabu, 18 Jamadil Akhir 1441H bersamaan 12 Februari 2020 pada jam 10 pagi.
Mengimbas kembali detik penyatuan jiwa YAM Tengku Amalin dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi, pasangan diraja Kelantan Darul Naim dan Brunei Darussalam ini selamat diijabkabulkan pada sebelah malam, hari Khamis 27 Jun 2013 di Istana Mahkota, Kubang Kerian. YAM Tengku Amalin Aishah Putri ialah satu-satunya puteri kepada DYMM Almarhum Sultan Ismail Petra dan YMM Raja Perempuan Tengku Anis.
Manakala pengantin lelaki iaitu YAM Pengiran Muda Abdul Qawi ialah anakanda saudara kepada DYMM Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam. YAM Pengiran Muda Abdul Qawi merupakan putera sulung dari 10 beradik kepada DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar Pengiran Muda Haji Mohamed Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah Almarhum Pengiran Pemancha.
Wajah terkini YAM Tengku Amalin Aishah Putri
Terdahulu, YAM Tengku Amalin Aishah Putri dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dikurniakan dua orang puteri. Puteri sulung iaitu YAM Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafa’ah Bolkiah Putri lahir pada 13 April 2014 di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Sementara puteri kedua, YAM Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Putri pula Jun 2016.
Di samping dilimpahi dengan kebahagiaan berkeluarga, YAM Tengku Amalin Aishah Putri juga pernah berkhidmat dalam bidang perundangan selama beberapa tahun. Sesuai dengan kelulusannya dalam bidang undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pada awal kariernya YAM Tengku Amalin Aishah Putri telah memulakan tugas sebagai seorang Majistret di salah sebuah mahkamah di Kota Bharu bermula dari pertengahan tahun 2006 hingga 2009.
Setelah itu, YAM Tengku bertukar ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur dengan jawatan sebagai Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah. Dan akhir sekali memegang jawatan Timbalan Pendaftar sebelum kembali menyambung pengajian peringkat Master dalam bidang undang-undang di Universiti Melbourne, Australia.
Kini di samping menjalani kehidupan rumah tangga bersama suami dan anak-anak tercinta, YAM Tengku Amalin Aishah Putri juga memiliki firma guaman sendiri yang dibuka bersama dua lagi rakan kongsi.
Sumber: Instagram Koleksi Sultan Muhammad V
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!