Pemakaian pelitup muka atau facemask seperti yang diwajibkan pada waktu pandemik ini pasti membuatkan ramai penggemar solekan buntu berkarya. Tapi sebenarnya, kecantikan bahagian mata masih boleh ditonjolkan seperti yang dikongsi oleh Pengasas Anastasia Beverly Hills, Anastasia Soare.

Ads

Kekuatan solekan kening merupakan keutamaan Anastasia. Beliau sangat mementingkan kerapian bulu kening dan kesesuaian bentuknya dengan wajah seseorang. Trend bulu kening feathers menjadi antara kegemaran jurusolek selebriti itu.

Ketika memakai facemask, tumpukan minat solekan anda ke bahagian kening. Lukis atau rapikan bentuknya agar wajah nampak lebih bersiap. Boleh juga layangkan pembayang mata dan sempurnakan dengan sapuan maskara.

Bulu Kening Rapi Di Sebalik Facemask, Semak Trend Solekan Baru Ini Sempena PKP 2.0
Anastasia Soare
Bulu Kening Rapi Di Sebalik Facemask, Semak Trend Solekan Baru Ini Sempena PKP 2.0
Produk baru Anastasia, Brow Freeze
Bulu Kening Rapi Di Sebalik Facemask, Semak Trend Solekan Baru Ini Sempena PKP 2.0
Solekan kening menyerlahkan bahagian mata

 

PRODUK PILIHAN NONA

Bersempena perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2021 yang turut menghampiri sambutan Tahun Baru Cina ini, seleksi produk solekan edisi terhad di bawah juga pasti sesuai dimiliki.

(1) Anastasia Beverly Hills, Koleksi Spring 2021 (RM112 – RM165)

Bulu Kening Rapi Di Sebalik Facemask, Semak Trend Solekan Baru Ini Sempena PKP 2.0

Dasar solekan yang segar dengan kemasan neutral menjadi asas Anastasia Beverly Hills melancarkan koleksi Spring 2021. Antara koleksi wajib ada adalah brow styling wax, Brow Freeze. Wax jernih ini sesuai untuk semua rona kulit dan bulu kening, menjadikan solekan kening lebih tahan lama serta memukau! Dapatkan juga Iced Out Highlighter untuk kemasan solekan yang segar berkilau, bagai dipantul cahaya.

Ads

 

(2) Gucci Beauty, Koleksi Tahun Baru Cina Rouge A Levres Satin (RM145)

Bulu Kening Rapi Di Sebalik Facemask, Semak Trend Solekan Baru Ini Sempena PKP 2.0

Ads

Meraikan perayaan Tahun Baru Cina, Gucci Beauty menampilkan gincu edisi terhad, Rouge A Levres Satin yang hangat berkrim. Tiga rona merah iaitu 513 Emmy Red, 25 Goldie Red dan 505 Janet Rust sedia untuk dipilih, dengan kelembutan bau violet sebagai nota asasnya. Meskipun merah rona kuasa dan kegembiraan, namun tekstur gincu ini yang lembut sangat menyelesakan pemakai.

 

(3) Fenty Beauty, Edisi Tahun Baru Lunar Lip + Luminizer Set (RM252)

Bulu Kening Rapi Di Sebalik Facemask, Semak Trend Solekan Baru Ini Sempena PKP 2.0

Memukau mata dengan percikan berkilau sempena sambutan Tahun Baru Lunar, Fenty Beauty mempersembahkan set edisi terhad highlighter dan glos bibir hebat. Layangkan highlighter debu Diamond Bomb All-Over Diamond Veil in Royal Icing ke tubuhmu dan calitkan Gloss Bomb Universal Lip Luminizer in Cheeky untuk kemasan bibir rona jingga kemerah-merahan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI