Diam tak diam, anak perempuan pelakon cantik Elisya Sandha ini bakal mencecah usia lapan bulan. Makin menginjak usia, makin bijak dan bertambah comel tengok Bunga Elhaq. Berstatus anak kepada selebriti dan juga cucu Sheila Rusly pastinya kelibat bayi perempuan ini menjadi perhatian peminat seni.
Cahaya mata perempuan Nur Elisya Sandha dan Uzair Haqimy ini bertuah kerana dijaga dengan penuh kasih sayang. Bukan saja daripada kedua-dua ibu bapanya malah datuk dan nenek serta orang sekeliling. Alhamdulillah, rezeki Bunga Elhaq binti Uzair Haqimy!
Selamat dilahirkan pada 18 Jun 2022 jam 8.40 pagi dengan berat 3.25 kilogram, detik kelahiran bayi comel ini berjalan lancar dan sangat dinanti-nantikan keluarga tersayang.
Istimewanya, nama Bunga itu sendiri dipilih oleh nendanya iaitu Sheila Rusly. Sementara nama Elhaq pula diambil daripada gabungan nama ibu bapa, Elisya dan Haq.
Menyambut kedatangan tahun 2023, Elisya yang juga adik kepada Fasha Sandha memanjat kesyukuran atas kurniaan terindah Bunga Elhaq dalam hidupnya.
“My love Bunga Elhaq, if I could give you one thing in life I would give you the ability to see yourself in my eyes. This love can’t fit into my heart.”
Dalam temu bual bersama Nona ketika menjadi penghias edisi digital, Elisya yang ketika itu sarat hamil digandingkan bersama ibu mertua, Sheila Rusly berkongsi perancangan untuk memiliki anak kelak.
“Kalau boleh rancang nak tiga ke empat orang anak je. Keluarga saya ramai, saya ada enam adik-beradik dan dah ada lapan anak buah. Suami pula quite small.
Jadi untuk ada tiga ke empat orang tu dah memadai. Memang saya ada banyak impian dan boleh achieve sebab sebab muda lagi. Ada orang kata pregnant muda-muda ni sayang. Susah nak dapat apa yang saya nak.
Saya rasa tu salah sebab rezeki semuanya datang dari Allah dan rezeki tu akan datang bersama usaha.
Saya akan berusaha ke arah tu sambil ada anak di sisi. Saya nak jadikan anak tu sebagai semangat untuk saya capai impian yang belum tertunai.”
Elisya dan Haq selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. Moga Bunga Elhaq membesar sihat dan menjadi anak solehah.
This website uses cookies.