MashaAllah, comelnya Bunga Elhaq! Mencecah usia sembilan bulan pada 18 Mac lalu, perkongsian gambar terkini anak kepada Elisya Sandha dan Uzair Haqimy yang juga cucu Sheila Rusly sempena kedatangan bulan Ramadan nyata meraih perhatian ramai.
Menerusi perkongsian gambar suami dan anak tersayang di Instagram Elisya, kelihatan seisi keluarga bahagia ini tampil mengenakan jubah sedondon berwarna putih.
Tidak hanya suami dan anak, bahkan Sheila Rusly di samping suaminya iaitu Jinggo serta anak lelaki, Luth Mikail turut menyarung busana sedondon.
Pastinya Ramadan tahun ini memberi sinar baharu dan terindah buat Elisya dengan kehadiran Bunga Elhaq.
Ujar adik kepada pelakon Fasha Sandha ini, “Bunga Elhaq’s first Ramadan. MashaAllah. Teringat Ramadan tahun lepas dapat puasa penuh. Salam Ramadan, maaf Zahir dan batin.”
Tidak ketinggalan, Uzair Haqimy atau mesra disapa Haq turut menzahirkan rasa teruja bersempena Ramadan tahun ini.
“Alhamdulillah tahun ini dapat menyambut kedatangan Ramadan with my little family. Selamat bertarawih everyone.”
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Elisya dan Haq mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Bunga Elhaq binti Uzair Haqimy yang selamat dilahirkan pada 18 Jun 2022.
Nama Bunga diberikan oleh nenda tersayang, Sheila Rusly manakala Elhaq pula ialah singkatan nama Elisya dan Haqimy.