Bunyi ATAP ZINK & KAYU PECAH Lepas Azan Zuhur, Penduduk Tanjung Tokong Panik ‘Serangan’ BELALAI AIR!

Usai berkumandang azan Zuhur kira-kira pukul 1.30 petang semalam, penduduk di Tanjung Tokong dikejutkan dengan kehadiran fenomena belalai air atau watersprout. Mohd Solihi Yusof yang menyaksikan insiden itu berkata, “Selesai azan Zuhur, saya lihat pusaran angin kuat atas bumbung disusuli bunyi zink dan kayu yang pecah. Memang saya terkejut kerana kejadian ini pertama kali berlaku depan mata.”

Difahamkan, Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang… sekurang-kurangnya 50 buah rumah mengalami kerosakan dan dimasuki air selepas dilanda belalai air berkenaan yang datang dari arah laut dan masuk ke kawasan terlibat.

Selain bumbung atap rumah berterbangan ditiup angin kuat, kejadian turut mengakibatkan beberapa batang pokok tumbang dan menghempap gerai serta kenderaan. Bagaimana pun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Seorang lagi saksi kejadian dikenali sebagai Nona Khalid berkata dia menyedari kehadiran belalai air sewaktu sedang duduk di luar rumahnya kerana menunggu cucu dan suami pulang ke rumah.

“Saya terus memanggil suami dan menasihatinya masuk ke rumah dengan cepat selepas ternampak pusaran angin yang pelik. Ketika masuk ke rumah, terdengar bunyi kuat dan  nampak kayu serta zink jatuh di depan rumah.

Jika lambat sedikit mungkin saya dan suami dihempap kayu atau zink yang jatuh dari tingkat atas blok bertentangan rumah kami.”

Buat penduduk yang terjejas dengan bencana alam ini diharapkan agar anda tabah menghadapi ujian ini dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya insiden sama kembali berulang.

 

Foto: Facebook Penang Kini

Sumber: Berita Harian

 

 

Share
Published by
Suzi