Sebagaimana yang kita ketahui Dr. Soo Wincci sedang memburu PhD keduanya dalam jurusan Artistik Produksi di University of Polytechnic di Sepanyol. Berada di negara yang mendapat jolokan sebagai negara Matador ketika situasi pendemik ini memberi cabaran besar buat wanita yang pernah dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2008 ini.
Menurut Dr Soo Wincci ketika dihubungi, Sepanyol sedang menjalani lockdown
dan kes jangkitan COVID-19 di sana cecah 10 ribu kes setiap hari. “Di bumi Sepenyol ini masih lockdown. Situasi di sini agak buruk dengan kes harian yang mencapai lima angka.Bila tak boleh keluar rumah, aktiviti saya di sini terbatas dan apa yang boleh saya buat adalah masak, menulis, belajar dan tulis lagu. Sebagai seorang yang sedang menyiapkan PhD, saya menghadapi cabaran apabila terpaksa menjalani online class. Belajar secara atas talian ini membuat kerja menjadi dua kali ganda.
Bayangkan ketika membuat PhD pertama dulu pun memang susah, ini pula dengan cabaran situasi yang tak dijangka ini. Menyiapkan projek PhD dalam bidang muzik dan artistik bukan mudah. Perlu banyak berbincang dengan guru. Tambahan pula semuanya dalam bahasa Sepanyol. Namun, semua cabaran ini saya anggap hanya ujian untuk mengejar impian saya,” tutur Dr. Soo Wincci tentang cabaran PhD keduanya.
Tambah Dr. Soo Wincci, melalui situasi begini sendirian di Sepanyol kadang-kala membuatkan semangatnya ‘tergelincir’. “Banyak kali juga saya putus asa dan balik Malaysia. Tapi saya faham setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Saya perlu pulihkan semangat kembali untuk habiskan pengajian ini.
Saya terpaksa menunggu selama 10 tahun untuk belajar di Berklee College of Music di Valencia kampus Sepanyol ini. Kolej ini merupakan impian semua ahli muzik untuk masuk belajar, tak kan saya nak berhenti separuh jalan,” ucap Dr. Soo Wincci yang dijadualkan pulang ke Malaysia bulan April nanti.
Kalau belajar online, shopping pun online.
This website uses cookies.