Baru berusia enam bulan tapi kecomelan anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah ini jelas terserlah. Berkulit putih kemerahan dan bermata bundar, permata hati Datuk Jamal dan Datin Zai Izzati Khairuddin ini membuatkan peminat terpaku dengan wajah Nur Azura Yamani. Pantang sahaja diagah… anak kecil ini pasti tertawa manis. Alahai, cair tengok!
Ads
Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober lalu merupakan cahaya mata pertama Datin Zai Izzati sementara zuriat ketiga bagi Datuk Jamal Abdillah. Awal kehamilan, baik Datuk Jamal mahupun isteri memilih untuk tidak mengumumkan berita gembira tersebut kepada peminat.
Ini kerana ujar penyanyi yang berasal dari Perak itu, isterinya pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan mendapatkan rawatan pakar bagi menguatkan rahim.
Syukurlah kerana kehadiran Nur Azura Yamani ini menyerikan lagi rumah tangga Datin Zai Izzati dan Datuk Jamal Abdillah. Mereka sah bergelar suami isteri pada tanggal 1 April 2017 di Ipoh, Perak selepas berkenalan selama dua bulan dan berjumpa hanya sekali sebelum bernikah.
Tiga tahun melayari bahtera perkahwinan dan kini diserikan dengan kehadiran cahaya mata comel, pastinya pasangan selebriti ini sedang diulit bahagia!
Bercerita tentang suri hati Datuk Jamal Abdillah, Datin Zai Izzati yang sedang meniti usia 26 tahun sememangnya seorang wanita yang cukup sempurna. Rupa paras beliau yang sarat dengan kelembutan dan berkulit mulus mampu membuatkan sesiapa sahaja toleh beberapa kali.
Ads
Ads
Walau sudah bergelar ibu, Datin Zai Izzati tetap mementingkan kecantikan diri dan memastikan penampilannya dari hujung rambut ke hujung kaki tetap terjaga. Untung Datuk Jamal!
Ini merupakan perkahwinan keempat Datuk Jamal Abdillah selepas pernah mendirikan rumah tangga dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad. Walau jarak usia 35 tahun dengan Datin Zai namun ia bukan halangan buat kedua-duanya melayari perkahwinan bahagia sama seperti suami isteri lain.
Perkahwinan yang diatur keluarga itu juga diterima baik anak-anak lelaki Datuk Jamal iaitu Osama Yamani, 18 tahun hasil pernikahan dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 12 tahun anak dengan isteri ketiganya iaitu Fatimatuzahrah.
Semoga Nur Azura Yamani membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan ibu bapa kelak. Mesti Datuk Jamal teruja dengan kelahiran Nur Azura kerana ia adalah kali pertama beliau menimang cahaya mata perempuan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali model ternama Gig Hadid bukan? Sekali kejelitaannya yang memukau, stail fesyennya juga sering kali jadi ikutan malah perhatian peminat, lensa media dan tabloid antarabangsa. Baru-baru ini, sekali lagi Gigi Hadid mencuri tumpuan apabila tampil pada satu majlis gala di Mumbai India di mana Gigi menyarung persalinan sari.
Hadir memenuhi jemputan tersebut, acara tersebut merupakan majlis pelancaran sebuah pusat budaya Nita Mukesh Ambani Cultural Centre di Mumbai yang maraikan hasil ketukangan India, dan inspirasi fesyen di peringkat antarabangsa, dengan pembukaan pameran “India in Fashion: The Impact of Indian Dress and Textiles on the Fashionable Imagination,” yang disusun oleh Ketua Pengarang The World Of Interiors, Hamish Bowles.
Yang menariknya, penampilan Gigi Hadid yang memukau nyata meraih perhatian dan lensa kamera. Menyarung persalinan ilham dan rekaan Abu Jani Sandeep Khosla, sari Chikankari berona keemas direka dan dijahit di wilayah Lucknow di India, dan mengambil masa setahun untuk menyiapkannya dengan kepakaran jahitan yang berbeza oleh tukang jahit wanita.
Di samping itu, Gigi Hadid turut berkesempatan merakam potret gambar bersama-sama bintang Bolywood ternama antaranya Dato’ Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai.
Acara penuh gilang gemilang tersebut turut dihadiri bintang-bintang ternama kedua-dua indusrti, di mana kelihatan Tom Holland, Salma Hayek, Zendaya dan ramai lagi turut hadir memeriahkan suasana.
Antara bintang-bintang Bollywood pula termasuklah Karisma Kapoor, Madhuri Dixit, Kareena Kapoor, Alia Bhatt, Saif Ali Khan, Salman Khan dan ramai lagi.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak kebelakangan ini sudah menjadi trend, masyarakat di ibukota semakin gemar menikmati minuman panas dan menjadikan bekas minuman termoregulasi sebagai collectible item.
Tidak kira di mana sahaja hingga ada yang sanggup berhabis wang ringgit mencecah ratusan ringgit demi memiliki bekas minuman termoregulasi yang cantik dan pelbagai rekaan moden.
Mana tidaknya, ia bukan sahaja menjadi pelengkap gaya sebaliknya bekas minuman termoregulasi mampu mengekalkan suhu minuman berjam-jam lamanya.
Bagi memberi pilihan kepada orang ramai untuk memiliki peralatan minuman termoregulasi, baru-baru ini Montigo melancarkan kedai flagship bersama Cosmic Cookware di pusat beli-belah Suria KLCC. Ia menawarkan pengalaman membeli-belah menarik selain mempamerkan rangkaian penuh produk dan teknologinya.
Mengapa peralatan minuman ini menajdi pilihan warga kota? Ia menjadi pilihan kerana peralatan minuman termoregulasinya direka bukan sahaja untuk mengekalkan suhu optimal malah sesuai untuk dibawa ke pejabat, tempat percutian dan menemani perjalanan.
Malah ia diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dengan teknologi ‘art insulasi’ bagi memastikan minuman kekal dalam suhu yang diingini sepanjang hari.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas bersamanya, Melvin Chee berkata, pihaknya teruja untuk melancarkan kedai flagship itu untuk kemudahan peminat setianya. Ia menyediakan kemudahan paparan interaktif, demonstrasi oleh pakar, penyesuaian produk dan khidmat peribadi pelanggan.
“Lokasi baharu ini membolehkan kami membawa terus produk dan teknologi kepada orang ramai, ia sekali gus membolehkan mereka mengalami sendiri pengalaman serta kualiti yang ada secara terus,” katanya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik buat peminat rangkaian kosmetik jenama mewah Clé de Peau Beauté. Kosmetik kesayangan ramai ini telah pun berada di Isetan KLCC yang berwajah baharu.
Ia hadir dengan konsep lebih segar dan ruang lebih luas berbanding yang terdahulu. Pandangan pertama pelanggan akan disajikan dengan dekorasi produk terlaris Clé de Peau Beauté iaitu La Crème.
Kuasa The Power of Radiance yang memancar adalah untuk memberi inspirasi agar wanita untuk melakukan transformasi demi meningkatkan seri wajah masing-masing.
Kaunter berkonsep baharu ini terbahagi kepada 4 zon utama iaitu The Gallery, The Dresser, The Salon dan The Facial Cabin.
Terdapat 3 fokus utama di The Gallery iaitu News Gallery, Skincare Gallery dan The Makeup Gallery. Setiap galeri memberi keselesaan untuk pelanggan mengeksplorasi setiap produk yang diingini.
The Dresser pula memberi peluang kepada pelanggan untuk lebih dekat dengan setiap produk yang terpamer. Sebaik sahaja pelanggan duduk di atas kerusi yang telah disediakan, akan dijamu dengan secawan kopi panas sambil ditata rias oleh Personal Beauty Specialists. Barisan produk juga turut dipamerkan agar pelanggan lebih menjiwai setiap produk yang digunakan.
The Salon pula memberi peluang pelanggan untuk mendapat khidmat rundingan dengan Personal Beauty Specialists. Mereka akan menganalisis kulit pelanggan dan menawarkan perkhidmatan yang terbaik mengikut keperluan yang didambakan oleh kulit pelanggan.
Manakala The Facial Cabin pula membenarkan pelanggan menikmati sendiri sentuhan magis Personal Beauty Specialists dan tiga facial signature Clé de Peau Beauté iaitu Soin de Beaute, Synactif Intensive Facial dan Synactif Intensive Facial Brightening.
Hasilnya kulit wajah akan berubah menjadi lebih muda dan bersih berseri. Aturkan temu janji anda dengan Clé de Peau Beauté untuk merasai sendiri kenikmatan dibelai manja oleh mereka yang terlatih ini. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah – The Home...