Fenomena drama sinetron ‘Bawang Putih Bawang Merah’ suatu ketika dulu cukup terkesan hingga ke hari ini. Gandingan mantap Nia Ramadhani sebagai Bawang Merah dan Revalina S Temat sebagai Bawang Putih ketika masing-masing masih bergelar anak dara turut membuatkan ramai jejaka di Malaysia tertarik dengan kecantikan mereka berdua. Seiring peredaran zaman dan peningkatan usia, Revalina yang kini memegang status isteri dan ibu masih terserlah dengan aura tersendiri.

Ads

Cair Tengok Penampilan REVALINA TEMAT, Sopan & Bersederhana Je Tapi Tetap Menawan!

Cair Tengok Penampilan REVALINA TEMAT, Sopan & Bersederhana Je Tapi Tetap Menawan!

Mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015 dengan pilihan hati, Rendy Aditwa Gunawan … Revalina yang ketika zaman gadisnya dilihat berpakaian seksi memilih untuk tampil lebih sopan dan berhijab selepas pulang mengerjakan umrah sekitar tahun 2017 lalu. Dengan gaya muslimah yang elegan, ibu kepada Rihga Sadiwasakti Rabbani ini juga tetap kelihatan cantik meskipun hanya bergaya dengan tudung bawal!

Cair Tengok Penampilan REVALINA TEMAT, Sopan & Bersederhana Je Tapi Tetap Menawan!

Cair Tengok Penampilan REVALINA TEMAT, Sopan & Bersederhana Je Tapi Tetap Menawan!

Ads

Cair Tengok Penampilan REVALINA TEMAT, Sopan & Bersederhana Je Tapi Tetap Menawan!

Terbaru sempena kehadiran Syawal, Revalina turut berkongsi foto terkininya menyambut Hari Raya di samping keluarga tercinta. Memilih persalinan sedondon turquoise dengan suami, gaya Revalina yang berjubah dan bertudung labuh sekali lagi mencuri tumpuan. Memang serba sederhana.. dengan memakai serkup biasa berwarna putih, bawal satin rona champagne dan solekan ringkas, memadai untuk menyerlahkan kelembutan wajah wanita berusia 32 tahun ini.

Ads

Cair Tengok Penampilan REVALINA TEMAT, Sopan & Bersederhana Je Tapi Tetap Menawan!

Memasuki 2 Syawal semalam, potret keluarga bahagia ini memilih persalinan putih bersih. Haih.. orang cantik, pakai apa pun tetap nampak cantik!

Sumber: Instagram Revalina Temat

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI