Revalina S Temat

Fenomena drama sinetron ‘Bawang Putih Bawang Merah’ suatu ketika dulu cukup terkesan hingga ke hari ini. Gandingan mantap Nia Ramadhani sebagai Bawang Merah dan Revalina S Temat sebagai Bawang Putih ketika masing-masing masih bergelar anak dara turut membuatkan ramai jejaka di Malaysia tertarik dengan kecantikan mereka berdua. Seiring peredaran zaman dan peningkatan usia, Revalina yang kini memegang status isteri dan ibu dua anak masih terserlah dengan aura tersendiri.

Ads

Mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015 dengan pilihan hati, Rendy Aditwa Gunawan … Revalina yang ketika zaman gadisnya sering berpakaian seksi memilih untuk tampil lebih sopan dan berhijab selepas pulang mengerjakan umrah sekitar tahun 2017 lalu. Dengan gaya muslimah yang elegan, ibu kepada Rihga Sadiwasakti Rabbani ini juga tetap kelihatan cantik meskipun hanya bergaya dengan tudung bawal!

Cair Tengok Penampilan REVALINA TEMAT, Sopan & Bersederhana Je Tapi Tetap Menawan! Cair Tengok Penampilan REVALINA TEMAT, Sopan & Bersederhana Je Tapi Tetap Menawan!

Cair Tengok Penampilan REVALINA TEMAT, Sopan & Bersederhana Je Tapi Tetap Menawan!

Awal Januari 2019, Revalina selamat melahirkan anak keduanya iaitu Rajendra Satya Razzani yang dilahirkan secara pembedahan. Walau sudah beranak dua namun selebriti
Indonesia ini tetap bijak menjaga penampilan diri.

Memperlahankan aktiviti seni sejak sudah berumah tangga dan mempunyai anak, Revalina bagaimana pun aktif menjana pendapatan sendiri melalui beberapa perusahaan yang dijalankan. Antaranya bisnes pakaian kanak-kanak, Tifle’s by Revalina S Temat.

Terbaru, wanita berusia 33 tahun ini juga dilihat rancak mempromosikan hijab di bawah jenama Revalinastory by Revalina S Temat. Paling mencuri tumpuan setiap kali melihat Revalina adalah gaya muslimahnya.

Ads

Cair Tengok Penampilan REVALINA TEMAT, Sopan & Bersederhana Je Tapi Tetap Menawan! Cair Tengok Penampilan REVALINA TEMAT, Sopan & Bersederhana Je Tapi Tetap Menawan! Cair Tengok Penampilan REVALINA TEMAT, Sopan & Bersederhana Je Tapi Tetap Menawan! Cair Tengok Penampilan REVALINA TEMAT, Sopan & Bersederhana Je Tapi Tetap Menawan! Cair Tengok Penampilan REVALINA TEMAT, Sopan & Bersederhana Je Tapi Tetap Menawan!

Mengintai fesyen pilihan aktres ini jelas menggambarkan peribadi Revalina yang gemar memakai jubah dan bertudung labuh. Memang serba sederhana… dengan menggayakan tudung bawal dan solekan ringkas, ia sudah memadai untuk menyerlahkan kelembutan wajah Revalina.

Ads

Biarpun agak jarang muncul di kaca TV, kelibat selebriti cantik ini sering ditemui dalam majlis sosialit terutamanya ketika acara pelancaran produk kosmetik muslimah, kanak-kanak-kanak dan hijab.

 

 

Sumber: Instagram Revalina Temat

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI