“Campur Lemon, Kulit Kayu Manis Dalam Air Teh” Tak Makan Usia, Hetty Koes Endang Dedah Amalan Sihat

Sepetang bersama penghibur terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang di Kuala Lumpur, banyak petua dan amalan kesihatan beliau yang dapat dikongsikan. Bayangkan pada usia lebih separuh abad, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kasih’ ini masih cergas, malah kekal cantik dan energetik!

Dari amalan pantang lepas bersalin hinggalah jamu rebusan sirih yang diminum, wanita periang yang mesra disapa Bunda ini tidak lokek berbahagi pengetahuan.

Dilahirkan pada 6 Ogos 1957, usia Bunda juga hampir sebaya dengan usia kemerdekaan Malaysia, sekaligus menjadikan beliau seorang legenda seni dunia.

Ketika diajak bersembang, Bunda Hetty nyata seorang yang versatil, merendah diri, keibuan dan kelakar dalam satu masa. Tiada istilah sombong dalam tutur katanya.

Kenangan terindah penulis bersama Bunda Hetty

 

******************************

Selain jaga diet dan pemakanan sihat, warga emas kena amalkan gaya hidup yang aktif serta selalu berpeluh. Tak payah susah nak keluar rumah, guna je treadmill hebat ni (klik sini

) di balkoni sambil hirup angin nyaman. Followers Nona boleh guna kod promo khas iaitu NONGSP5. Barulah muda luaran dan dalaman!

******************************

Bahkan kesempatan berdampingan dengan penyanyi hebat itu, sempat jugalah penulis menatap raut wajahnya dari dekat. MasyaAllah, halus sungguh kulit wajah Bunda, persis anak dara.

Paling menarik, bila ‘diintai’ isi minuman teh kesukaannya. Ada kulit kayu manis!

“Kadang-kadang Bunda suka letak hirisan lemon juga. Memang baik untuk tubuh badan kita.” Hetty Koes Endang

Nak tahu lebih banyak petua kecantikan sambil bersembang tentang hubungan akrab beliau dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza? Jom tonton video Lensa Nona di bawah…

 

Share
Published by
Norzalina