Tampil anggun dengan busana serba putih rekaan pereka fesyen ternama tanah air Rizman Ruzaini membuatkan guru vokal yang juga penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat kelihatan umpama bidadari.
Di usia 45 tahun, Datuk Syafinaz masih tampak fresh and clean! Lagipun, busana yang disarungkan oleh beliau pada malam Konsert Koir Kebangsaan Malaysia 2018 itu memang sesuai untuk digayakan pada malam Nona Superwoman Award 2018 yang bakal berlangsung Disember nanti yang bertemakan glamorous black and white!
Kalau diputar kembali masa dari awal pembabitan wanita kelahiran Pontian, Johor ini dalam industri seni sejak berumur seawal 7 tahun, telah banyak kejayaan dan pengiktirafan yang berjaya dirangkulnya.
Bahkan, pengetahuan serta pengalaman Syafinaz dalam dunia hiburan, seni suara dan persembahan juga telah menjadikan beliau antara juri popular yang sering diundang dalam pertandingan nyanyian dan program realiti.
Wanita tinggi lampai yang terkenal dengan suara soprano ini juga merupakan konduktor dan vocal master untuk Koir Permata Seni. Selain itu, Datuk Syafinaz juga pernah bertindak sebagai juri program nyanyian popular seperti Malaysian Idol dan AF Megastar.
Bukan itu sahaja, Datuk Syafinaz yang popular menerusi lagu Ingin Bersamamu ini juga adalah pensyarah vokal di Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, pensyarah Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) serta vokal
Nona tumpang berbangga dengan pencapaian yang berjaya dikecapinya. Kejayaan beliau ini juga wajar dijadikan inspirasi kepada semua wanita untuk terus berusaha mencapai cita-cita.
Sumber: Instagram Datuk Syafinaz Selamat
This website uses cookies.