Siapa pun tak dapat menafikan kejelitaan yang dimiliki oleh supermodel dan dramatis terkenal, Nasha Aziz. Setiap kali muncul di pentas fesyen pasti akan menjadi tumpuan lensa.

IKLAN
Manis Berhijab, Penampilan Khas NASHA AZIZ Di Pentas Fesyen Muslimah Curi Tumpuan
Manisnya Nasha Aziz!

Baru-baru ini ketika memperagakan busana Muslimah di pertunjukan fesyen jenama Muslimah tempatan, Munawwareen di sebuah hotel terkemuka, Nasha tampil anggun berhijab sambil menggayakan rekaan jubah khas rona hijau zamrud bertatahkan jemeki.

Manis Berhijab, Penampilan Khas NASHA AZIZ Di Pentas Fesyen Muslimah Curi TumpuanSelebriti popular yang kini berusia 51 tahun itu terpilih untuk membuat penampilan khas sempena pelancaran koleksi terbaharu jenama tersebut bertemakan ‘Sempurnakan Hijrah Cinta’.

“Saya bersyukur dengan rezeki yang ALLAH SWT bagi dan berterima kepada pihak Munawwareen terutamanya Datin Hajah Aliza kerana memberi kepercayaan kepada saya.

“Saya hanya melakukan tugas dengan sehabis baik apabila diberikan tanggungjawab. Apa sahaja rezeki yang datang, saya terima.

Manis Berhijab, Penampilan Khas NASHA AZIZ Di Pentas Fesyen Muslimah Curi Tumpuan“Bagi saya, dalam apa sahaja yang kita lakukan, buatlah sepenuh hati. Hargailah setiap momen, kreativiti, keindahan dan usaha masing-masing.

“Saya percaya rezeki tidak pernah salah alamat. Walaupun dijemput dalam masa satu minggu, saya bersyukur dapat bersama pasukan yang hebat ini,” ujar bintang filem Talbis Iblis ini.

Pada acara yang dihadiri 300 tetamu itu, kira-kira 21 rekaan dengan jumlah 36 busana diperagakan. Ia merangkumi segmen Hawa 1 (koleksi telekung), Hawa 2 (koleksi jubah dan abaya), Rijal (jubah dan kurta lelaki) dan Hawa 3 (koleksi jubah dan dres eksklusif).

IKLAN

Manis Berhijab, Penampilan Khas NASHA AZIZ Di Pentas Fesyen Muslimah Curi TumpuanKesemua rekaan bakal dilancarkan bermula Oktober 2022 sehingga Mac 2023 secara berperingkat.

Rekaan patuh Syariah, jenama ini direka dengan potongan Ionggar serta pemilihan fabrik yang tidak menampakkan bentuk badan.

Manis Berhijab, Penampilan Khas NASHA AZIZ Di Pentas Fesyen Muslimah Curi Tumpuan“Munawwareen mahu dikenali dengan identiti fesyen Islamik yang berusaha mengikuti landasan Syariah. Sekarang kita dapat lihat lebih ramai wanita bijak berfesyen meskipun menutup aurat dengan sempuma,” kongsi Pengasas dan Pengarah Urusan Munawwareen Holdings Sdn Bhd, Datin Aliza Abu Bakar.

IKLAN

Manis Berhijab, Penampilan Khas NASHA AZIZ Di Pentas Fesyen Muslimah Curi TumpuanMunawwareen turut melancarkan lagu rasminya berjudul Munawwareen mewakili jenamanya ciptaan Hafiz Hamidun. Ia dinyanyikan oleh Ernie Zakri.

Manis Berhijab, Penampilan Khas NASHA AZIZ Di Pentas Fesyen Muslimah Curi Tumpuan
Persembahan Ernie Zakri yang sentiasa memukau.

Turut menyerikan acara ialah persembahan daripada Tomok dan Syamel, selain kehadiran beberapa selebriti popular tanah air antaranya Hawa Rizwana dan Rozita Che Wan.

Kredit Foto: Instagram Munawwareen

Sumber: Sinarplus

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI