Siapa pun tak dapat menafikan kejelitaan yang dimiliki oleh supermodel dan dramatis terkenal, Nasha Aziz. Setiap kali muncul di pentas fesyen pasti akan menjadi tumpuan lensa.
Baru-baru ini ketika memperagakan busana Muslimah di pertunjukan fesyen jenama Muslimah tempatan, Munawwareen di sebuah hotel terkemuka, Nasha tampil anggun berhijab sambil menggayakan rekaan jubah khas rona hijau zamrud bertatahkan jemeki.
“Saya bersyukur dengan rezeki yang ALLAH SWT bagi dan berterima kepada pihak Munawwareen terutamanya Datin Hajah Aliza kerana memberi kepercayaan kepada saya.
“Saya hanya melakukan tugas dengan sehabis baik apabila diberikan tanggungjawab. Apa sahaja rezeki yang datang, saya terima.
“Saya percaya rezeki tidak pernah salah alamat. Walaupun dijemput dalam masa satu minggu, saya bersyukur dapat bersama pasukan yang hebat ini,” ujar bintang filem Talbis Iblis
ini.Pada acara yang dihadiri 300 tetamu itu, kira-kira 21 rekaan dengan jumlah 36 busana diperagakan. Ia merangkumi segmen Hawa 1 (koleksi telekung), Hawa 2 (koleksi jubah dan abaya), Rijal (jubah dan kurta lelaki) dan Hawa 3 (koleksi jubah dan dres eksklusif).
Rekaan patuh Syariah, jenama ini direka dengan potongan Ionggar serta pemilihan fabrik yang tidak menampakkan bentuk badan.
Turut menyerikan acara ialah persembahan daripada Tomok dan Syamel, selain kehadiran beberapa selebriti popular tanah air antaranya Hawa Rizwana dan Rozita Che Wan.
Kredit Foto: Instagram Munawwareen
Sumber: Sinarplus
This website uses cookies.