Berita

Cantik Berseri & Anggun Berjubah, Kejelitaan Tengku Permaisuri Selangor Raih Tumpuan!

Keanggunan dan kejelitaan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sememangnya diketahui ramai. Apatah lagi sejak Baginda mengenakan hijab, tambah berseri-seri!

16 Mac lepas, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Hol Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Kredit Instagram @selangorroyalofficial
Kredit Instagram @selangorroyalofficial
Kredit Instagram @selangorroyalofficial

Menerusi perkongsian gambar di laman Instagram Selangor Royal Official, Tengku Permaisuri Selangor kelihatan anggun dalam persalinan jubah dan bertudung litup rona senada.

Keanggunan Tengku Permaisuri Norashikin nyata menjadi bualan dan perhatian khalayak.

Artikel https://www.nona.my/tengku-permaisuri-selangor-mencemar-duli-ke-malam-pengiktirafan-hijab-fashion-award/

Kredit Instagram @selangorroyalofficial
Kredit Instagram @selangorroyalofficial

Turut sama hadir ke majlis berkenaan ialah adinda-adinda Sultan Selangor dan kerabat diraja Selangor. Tidak ketinggalan, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad.

Sementara itu, DYMM Sultan Selangor turut berkenan berbuka puasa bersama para jemputan terdiri dariapda Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Orang Besar Istana, Ahli Dewan Diraja Selangor dan Orang Besar Daerah.

Artikel https://www.nona.my/terubat-rindu-nak-dengar-tengku-permaisuri-selangor-baca-berita-titah-ucapan-baginda-buat-ramai-terkesima/

Kredit Instagram @selangorroyalofficial
Kredit Instagram @selangorroyalofficial
Kredit Instagram @selangorroyalofficial

Hadir sama, wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Pada majlis ini, DYTM Tengku Amir Shah turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada pelajar-pelajar tahfiz Masjid Istana Diraja.

Baginda seterusnya berkenan menunaikan Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah dan bersantap moreh.

Share
Published by
Suzi