
Dikurniakan wajah yang cantik serta bijak adalah rezeki dan ianya satu anugerah. Pun begitu, makna kecantikan itu cukup subjektif.
Pasangan kembar yang berusia 23 tahun ini, Sun Yumeng dan Sun Yutong telah menarik perhatian ramai kerana mereka bukan sahaja cantik malah bijak.
Dua beradik cantik ini merupakan lulusan Sarjana dari universiti paling berprestij, Universiti Harvard. Kedua-duanya menamatkan latihan perguruan di sana.
Lebih mengujakan, kedua-duanya baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda di Universiti Fudan, Shanghai setahun sebelumnya.
Tidak hairanlah gadis kembar seiras ini telah menarik perhatian ramai dan menjadi bualan hangat di China.
Semasa di Harvard, kedua-duanya dikatakan tidak pernah berpisah dan sentiasa mengulang kaji pelajaran bersama-sama.
Apa pun, memang kagum dengan pasangan kembar ini. Memiliki pakej lengkap, bukan sahaja cantik bahkan cemerlang dalam pelajaran. Siapa tak kagum, kan? Inspirasi!
Kredit Foto: goodhousekeeping.com/Alyson Aliano
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
KG Makin Susut, Kesedaran Muktamad Untuk Sihat Buat DATUK DR AZIZAN OSMAN Berazam Turunkan Berat Badan!

Siapa yang tidak kenal dengan Pakar Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Usahawan, figura Datuk Wira Dr. Azizan Osman individu hebat ini berjaya melahirkan ratusan ribu usahawan yang berjaya mulakan dan bina bisnes dalam pelbagai industri.
Selain kejayaannya mengemudi empayar Richworks International Sdn Bhd, syarikat latihan dan bimbingan Usahawan Jutawan terbesar dan paling berjaya di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan, penjenamaan, pemasaran dan kepimpinan, figura hebat ini seringkali dijadikan sumber inspirasi bukan semata kejayaan dalam perniagaan tetapi pada keterampilan.
Melihat pada susuk tubuh Datuk Wira Dr. Azizan semasa persidangan program Pesona Leadership yang berlangsung pada baru-baru ini, penulis cukup mengagumi penampilan beliau yang dilihat kian langsing dan lebih berkeyakinan. Sempat penulis menemubual beliau tentang ‘journey’ nya dalam menurunkan berat badan. Apa yang menyebabkan Dr. Azizan berazam menurunkan berat badan, soal penulis membuka bicara.
“Seperti yang ramai tahu, saya pernah hampir mati disebaban COVID. Dan selepas sembuh dari COVID itu, kesihatan saya mulai teruk. Gula dalam darah naik, saya tak boleh bernafas untuk beberapa bulan. Sebelum ini, saya pernah beberapa kali cuba untuk menurunkan berat badan tapi macam yoyo, kejap turun kejap naik. Tapi kali ini, kesedaran ini Allah bagi ibarat peluang kedua di mana saya berada di ‘point’ yang muktamad, di mana saya mesti kena jaga kesihatan. Jadi saya pun nekad untuk memperbaiki pengambilan kalori dan lain-lain. Dan kalau saya tak cuba sekarang, bila lagi”
Apa pula tip yang diamalkan oleh Dr. Azizan dalam misi mendapatkan tubuh idaman? “Begini ya. Apa saja ‘method’ semua orang boleh kongsi seperti diet suku-suku separuh, kurangkan pengambilan kalori, berjalan 10,000 langkah dan lain-lain. Semuanya ok. Tapi sebenarnya anda boleh cuba apa saja cara, matlamatnya hanya satu; fokus, komited, disiplin dan buat sampai habis. Saya pun tak habis lagi ni, saya saya ada 20/30 kilo lagi”.
View this post on Instagram
A post shared by Datuk Wira Dr Azizan Osman FCMA, CGMA (UK) (@azizanosman_official)
Jadi apa saranan yang boleh dikongsikan buat mereka yang mempunyai masalah berat badan seperti Dr dulu? “Pertama kesedaran. Kerana jika tiada kesedaran, memang tak jadi apa. Kemudian perasaan nekad itu perlu ada. Saya fikir jika saya tidak menjaga sekarang, pasti tak mudah nanti. Apatah lagi usia kita yang semakin “muda”. Yang paling saya takutkan adalah masalah kencing manis bawa kepada dialisis. Saya pun dah berusia, jadi apa-apa pun kesedaran itu penting, bila kita sedar kita akan cari jalan”, ulas Dr Azizan mengakhiri temubual.
Kredit foto: Instagram (@azizanosman_official)
“Kadang Tak Cukup Tidur!” Fasha Sandha ‘Struggle’ Besarkan 3 Anak Sambil Bekerja!

Bukan senang mahu mengatur temu bual dengan wanita cantik ni. Jadual rutinnya begitu padat, berlakon sambil uruskan bisnes, keluarga dan anak-anak tersayang. Justeru peluang bertemu Fasha Sandha sempena majlis baby shower Elisya & Haq di Genting Highlands kelmarin, langsung tidak disia-siakan.
Duduk tenang di penjuru kafe, Fasha, Aidil serta anak-anak bahagia menikmati momen bersejarah adik bongsu kesayangan mereka dari jauh. Hadir sebagai tetamu, Fasha Sandha ketika itu rupa-rupanya masih terikat dengan penggambaran di tingkat 10, hotel yang sama.
Meskipun terlihat penat berkejar-kejar untuk pelbagai komitmen, ibu anak tiga itu tetap mesra melayan temu bual Majalah Nona. Akuinya, beliau sendiri kadang-kadang ‘tak cukup masa’ untuk semua perkara, namun kerana terlalu meminati kerjaya seni, perkara itu lama-kelamaan sudah tak terasa.

Tampil manis dalam persalinan kurung lilac, Fasha dan Aidil dibantu seorang pengasuh sibuk menguruskan tiga anak-anak yang beraneka ragam. Adat punya anak kecil, memang struggle dibuatnya! Ada yang berlari, menangis, nak makan, nak susu, oh… wajah tenang pun jadi garang.
Fasha tak cukup tidur? Tonton pengakuan eksklusif ini yang dirakam berlatarkan suasana dingin di Genting Highlands…
RUMAH PERTAMA
Selain kisah kerjaya, Fasha juga berkongsi perkembangan rumahnya yang baru diubah suai. Beli rumah pertama umur 21, sekarang siap ada surau sendiri!
“Syukur alhamdulillah apabila hasil kerja dihargai, daripada rumah teres biasa menjadi rumah idaman.” Fasha Sandha
Banyak mendapat inspirasi daripada Google dan showroom, Fasha menjelaskan beliau sendiri yang membeli serta menghias rumah itu dengan bantuan Ella Furniture. Bayangkan kala melangkah ke ruang tamu, cantiknya rumah Fasha bagaikan sebuah banglo!
Bagi yang mengenali aktres ini pasti tumpang bangga melihat kejayaan yang diraihnya hingga sekarang. Fasha Sandha seorang wanita yang cukup punctual, berdisiplin dan tegas.
Beliau juga sangat pandai menjiwai watak. Tak hairanlah pada usia 38 tahun, era Fasha Sandha masih belum berakhir, beliau masih dipilih sebagai karakter utama meskipun ada ramai pelakon-pelakon muda di Malaysia!
Fasha mendirikan rumah tangga dengan aktor Aidil Aziz pada 29 Mac 2019 dan mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Aisha Amaira, dua tahun.
Sebelum ini, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima hasil perkahwinan pertama dengan Rizal Ashram.
Kerana Isteri MULUT LASER, MARUAH Suami Pula TERCALAR! -Ustaz Fawwaz Mat Jan

Memikul tanggungjawab sebagai isteri besar ganjaran pahalanya. Tetapi setiap apa yang isteri lakukan, akan terpalit kepada maruah suami biarpun sekecil-kecil perbuatan. 5 perkara perlu isteri ambil tahu agar maruah suami terpelihara.
Melalui perkongsian Ustaz Fawwaz Mohd Jan, terdapat satu benda yang mula hilang dalam masyarakat hari ni iaitu pesanan atau nasihat ibu bapa kepada anak-anak perempuan yang ingin bernikah…MENJAGA MARUAH SUAMI.
“Dulu ibu bapa akan mengingatkan anak-anak perempuan supaya bangun lebih awal dari suami dan memastikan sarapan untuk suami disediakan walaupun ringkas. Tempat tidur suami juga pula tersedia agar suami selesa sebaik pulang ke rumah,”ujarnya.
Malah, Ustaz Fawaaz juga menyenaraikan 5 perkara yang boleh mencalar maruah suami:
- Suka menceritakan keburukan suami pada orang lain
Biasalah orang peremouan, apabila berjumpa dengan rakan kadang-kadang secara sedar atau tidak akan menceritakan keburukan isteri suami sehingga menjatuhkan maruah suami. Sekiranya bercerita untuk menyelesaikan masalah tidak mengapa tetapi jika sekadar untuk mengata, akan jatuh hukum berdosa!
Malah, bercerita kepada adik-beradik juga tidak boleh kerana bimbang ia akan mencalar maruah si suami
- Isteri tidak menyokong suami
Apa yang suami buat tak mau sokong bahkan bangkang. Contoh mudah, lelaki suka jika diberi sokongan walaupun hanya untuk benda simple. Bila suami bertanya di hadapan tetamu, cubalah memberikan jawapan positif. Jangan malukan suami.
- Penampilan diri
Terlalu berhias juga menjatuhkan kehormatan suami. Fesyen yang menonjol dan tidak menutup aurat, suami akan terkesan dengan pandangan orang ramai. Lebih-lebih lagi apabila orang mula berkata-kata. Begitu juga jika isteri terlalu selekeh, badan berbau, tudung berkedut dan lain-lain.
- Akhlak
Akhlak kaum wanita boleh mencalarkan maruah suami terutama isteri yang mulut laser. Maruah suami tercalar bila orang perempuan banyak berada di luar rumah. Orang akan mempersoalkan sama ada si isteri sempat menguruskan rumahtangga.
- Rumah tidak diurus dengan baik
Sampaikan pada anak-anak perempuan, apabila ada tetamu bersihkan atau kemaskan rumah seperti yang sepatutnya. Jangan biarkan kasut berselerak, ruamh tak dibersihkan, najis cicak merata-rata, tandas kotor dan macam-macam lagi.
Sumber video: FB Tazkirah Ustaz Dan Ustazah
Sumber foto: FB Ustaz Fawwaz Mat Jan Fans Club