Cantik Di Usia 43 Tahun, SHANTY ‘HANYA MEMUJI” Pilih Menetap Di Bali Bersama Anak-Anak

Ku akui tubuhku melunglai , Sempat ku memuji dalam hatiku 

Jangan pikir aku kan mencinta, Ku hanya kagumi  Hanya memuji

Masihkah anda ingat rakan duet Marcell melalui lagu Hanya Memuji?  Naman Shanty mula dikenali sebagai penyanyi, VJ dan pelakon  Indonesia yang hit di era  tahun 2000. Selepas 20 tahun lagu tersebut di dendangkan secara duet, lagu tersebut masih menjadi dendangan sehingga kini.

Foto: @shantyofficial

Malah kolaborasi tersebut membuka ruang buat Shanty dan juga Marcel bertapak di Malaysia. Pasangan duet ini pernah membuat persembahan mendendangkan lagu berhantu itu di  Anugerah Planet Muzik 2003 sekaligus mula mengumpul peminat dari Malaysia, Brunei dan Singapura.

Foto: Kredit @Kapanlagi.com

Sudah lama tidak mendengar perkembangan Shanty ini. Menjangkau usia 43 tahun,  Shanty sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Sebastian Paredes pada 24 Julai 2010.

Foto: @shantyofficial

Majlis pernikahan pasangan tersebut telah diadakan di pejabat Kedutaan Equador di Jakarta. Usai perkahwinan, Shanty mengikut suaminya, Sebastian Paredes  bertugas di Hong Kong.

Foto: @shantyofficial

Hasil perkahwinan tersebut, Shanty dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arjuna Lucio Parades dan anak keduanya, Enrico Satria Paredes pada 3 November 2013.

Foto: @shantyofficial
Foto: @shantyofficial

Pada Julai 2022, Shanty kembali ke Indonesia dan memilih Bali sebagai tempat tinggal bersama anak-anaknya. Melihat  update  Shanty melalui akaun Instagram miliknya @shantyofficial,  dia lebih banyak menghabiskan masa di Bali melakukan aktiviti-aktiviti kegemarannya.

Foto: @shantyofficial

Selain itu, ibu kepada dua cahaya mata ini juga gemar bersukan dan menjadikan sukan tennis dan surfing sebagai aktiviti riadah buat dirinya. Tidak hairanlah mengapa Shanty atau nama sebenarnya Annisa Nurul Shanty Kusuma Wardhani memiliki susuk tubuh yang langsing kerana gaya hidupnya yang aktif dalam bersukan!

Foto: @shantyofficial
Foto: @shantyofficial

Walaupun menetap di Bali, Shanty turut menerima undangan persembahan di Jakarta bagi menghilangkan kerinduan terhadap dunia seni suara yang amat dicintainya.

Foto: @shantyofficial
Foto: @shantyofficial

Sumber: Kompas.com

 

 

 

IKLAN
Share