Cantik manis orangnya, sejuk mata memandang penampilan suri hati Shukri Yahaya ini. Walau suami seorang bintang popular dan terkenal, Tya Adnan enggan tumpang populariti suami untuk hidup senang. Sebaliknya, dia selesa berdikari untuk menjana pendapatan.
Bukanlah bererti Tya menidakkan wang daripada suami tercinta, sebaliknya ibu jelita berkenaan menjadikan minat berniaga sebagai kerjaya. Dalam masa sama, dapat membantu suami menampung perbelanjaan keluarga.
Alhamdulillah, untung Shukri dikurniakan seorang isteri yang tidak hanya cantik tetapi juga pandai cari duit!
View this post on Instagram
20 November lepas, genap lapan tahun usia perkahwinan pasangan romantis ini. Shukri menerusi media sosial berkongsi video kejutan ulang tahun perkahwinan bersama isteri tercinta dan rata-rata peminat mereka mengagumi cara aktor tersebut melayan Tya.
Gemar berkongsi rutin dan perkembangan bisnes di media sosial, Tya nyata bijak membahagikan masa di antara perniagaan dan keluarga. Biarpun sibuk menguruskan empayar niaga, tanggungjawab sebagai ibu dan isteri tetap menjadi keutamaan.
Difahamkan sebelum berkahwin dengan aktor kacak tersebut, Tya juga seorang pelakon. Wanita berusia 31 tahun ini pernah membintangi filem Karak, Ular dan Sunti.
Pun begitu dia memilih meninggalkan dunia seni untuk memberi sepenuh perhatian kepada keluarga.
Tidak sekadar duduk di rumah, Tya ligat mengemudi perniagaan miliknya sendiri dengan sokongan suami tercinta. Dia kini merupakan pemilik perniagaan tudung jenama Si Gadis Tya.
Jenama Si Gadis Tya tidak hanya terhad dengan himpunan koleksi shawl, bawal dan instant. Malah ia turut menawarkan seleksi kaftan, jubah dress dan sweatshirt.
Tya atau nama penuhnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan mendirikan rumah tangga bersama Shukri pada 20 November 2015. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/berasal-dari-keluarga-kaya-low-profile-chempaka-emalin-pahamin-ratu-hati-azhar-sulaiman/