Sejak remaja, figura cantik kelahiran Sungai Petani ini sudah bekerja keras mencari pendapatan sendiri. Ketika remaja lain sibuk dengan kuliah, Janna Nick pula sibuk bekerja demi mengukuhkan nama dalam industri.
Usaha dan kerja keras itu berbaloi. Berkat menyara keluarga dan membahagiakan ibu tersayang, rezeki Janna Nick atau nama betulnya Nurul Jannah Muner terus mengalir bagaikan air.
Ads
Mampu membeli rumah pertama seawal usia 21 tahun, kini nama Janna Nick bukan saja terpahat sebagai penyanyi, pelakon, pengacara, pengarah dan penerbit tetapi sebagai pengasas produk kecantikan berjaya di tanah air.
LIGAT BISNES
Tampil elegan dalam dress silver, penampilan Janna Nick yang bakal melangkah ke usia 27 tahun kini tampak lebih dewasa dan meyakinkan.
Apa amalan kulit licin gebu Janna Nick? Jom tengok apa rahsianya dalam video Bual Cantik ini…
Amboi, terpancar aura usahawan sukses dari kata-kata yang dilontarkan oleh Janna Nick.
“Saya dah lama aktif dalam bidang perniagaan sejak enam tahun lepas. Produk pertama saya ialah Sephia, yang sehingga kini saya rasa tak perlu dipromosikan langsung kerana kebaikannya dah menjadi bualan mulut ke mulut.
Setiap kali stok ada, ejen-ejen akan terus ambil. Inilah produk saya yang ada regular customer sepanjang enam tahun di pasaran iaitu Sephia All-In-One Argan Oil, boleh dipakai dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sangat bagus dan berpatutan.
Ads
Dari situ jugalah saya mula nampak bahawa bisnes ini sangat membantu untuk berkongsi rezeki dengan lebih ramai orang, ejen-ejen saya, pekerja-pekerja saya. Saya pun dapat tambah lebih ramai pekerja.
Kiranya saya dapat kongsi rezeki dengan lebih ramai oranglah.” Janna Nick
Bukan itu saja, Janna Nick juga melancarkan rangkaian produk penjagaan kulit sendiri iaitu White Fluffy tiga tahun lepas.
“Baru-baru ini saya launching produk terbaharu iaitu moisturizer dan peel-off mask. Saya sangat-sangat obses dengan produk saya sendiri sebab krim malam dan peel-off mask ni sangat bagus.
Kalau tengok kulit saya glowing adalah kerana produk yang terbaru tu.
Saya puas hati bila keluarkan produk yang baik kerana dalam bisnes, kita bukan mengejar keuntungan semata-mata tapi nak menghasilkan yang terbaik sambil berkongsi rezeki dengan orang lain.” Janna Nick
Empat tahun menyepi dari radar dunia nyanyian, Janna Nick rupa-rupanya menyimpan ‘suara’ untuk single terbaharu berjudul Gatal. Sedap lagu ni, paling best tengok video muzik yang dilancarkan semalam. Memang banyak pengajaran terselit untuk kaum lelaki!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sedikit demi sedikit produk lokal mendapat tempat di hati wanita yang mementingkan kecantikan. Wanita kini lebih bijak mencari produk yang terbaik untuk kulit mereka dan tahu alat solek yang sesuai dengan jenis kulit dan penampilan. Produk lokal kini semakin advance dan mampu menyaingi kehebatan produk antarabangsa. Ini ada antara produk yang popular di kalangan wanita bergaya!
SAFI SHAYLA SERUM RAMBUT
Kecantikan rambut tidak perlu diabaikan lebih-lebih lagi wanita berhijab. Wanita berhijab perlu bijak memilih produk penjagaan rambut yang terbaik buat mereka. Safi Shayla telah memperkenalkan Safi Shayla Serum Rambut untuk melindungi rambut terutama wanita berhijab. Serum ini mengandungi minyak organik Habbatus Sauda untuk memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria. Minyak Moroccan Argan Organik yang kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oksida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut. Minyak zaitun asli untuk menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting dan akhir sekali minyak vitamin E untuk mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi anti-oksida yang dapat meneutralkan radikal di rambut.
LIPSTIK MATTE SHADE DOUGH BY HANIS ZALIKHA
Melemparkan senyuman paling manis ditambah pula palitan lipstik yang menggoda. Buat peminat lipstik matte pasti tidak menganjak dengan kesempurnaan lipstik matte Shade Dough by Hanis Zalikha ini. Hadir dengan variasi rona yang menggoda mengikut tona kulit atau keselesaan pemakai. Melengkapi variasi rona lipstik yang ditambah dengan 7 rona must have ini diformulasikan dengan Vitamin C untuk mengekalkan kelembapan kulit bibir dengan sempurna. Lebih istimewa apabila ia lebih senang dioles dan mudah ditanggalkan.
dUCk GOLDEN GLOW PALETTE
Memiliki kerjaya mendambakan setiap wanita tampil hebat dan bergaya. Wanita moden kini berjaya dan dalam masa yang masih mahu menjaga kecantikan semula jadi. Tugasan yang tanpa mengira masa membuat wanita kini mahu produk kosmetik yang tampil hebat dan mudah dibawa ke mana-mana. dUCk Cosmetics telah mempersembahkan sebuah palet 3 dalam 1, Golden Glow palette. Kombinasi pemerah pipi, highlighter dan bronzer dalam satu palet memang memudahkan tugas wanita ketika bersolek. Hadir dalam pilihan rona up to date Pina Colada, Iced Tea, Tropical Punch dan Pink Lemonade. Diperkaya dengan Vitamin E dan Sunflower Seed Oil mengekalkan wajah jelita sepanjang hari!
PRETTYSUCI FLAWLESS FOUNDATION
Ramai wanita masih ragu-ragu tentang kesucian produk kosmetik yang digunakan saban hari. Namun kini wanita yang mementingkan kecantikan tidak perlu gusar lagi kerana PrettySuci sebuah rangkaian produk kosmetik yang suci dan halal telah bertapak di tanah air. Diasaskan oleh Tunku Dato’ Kaiyisah Kamil Ikram dan Natasha Mohammad Ozeir. Menampilkan PrettySuci Flawless Foundation untuk solekan asas yang sempurna. Hadir dalam variasi rona yang menetapi tona kulit wanita menyempurnakan solekan asas. Mempunyai tekstur yang high-pigmented mudah disapu dan kekal sepanjang hari.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu demi satu kejayaan yang diraih pelakon kebanggaan negara kita, siapa lagi tidak lain tidak bukan Tan Sri Michelle Yeoh yang kini semakin menempa nama dalam industri perfileman Hollywood. Selain menjadi salah seorang pelakon wanita Asia yang menjadi pilihan penerbit dan studio untuk filem-filem berbajet besar, wajah Michelle Yeoh juga turut menjadi pilihan jenama-jenama produk kosmetik dan kesihatan.
Dan baru-baru ini, La Mer melancarkan kempen sosial krim lembutnya yang baru, dibintangi oleh pelakon terbaik Oscars 2023 tersebut. Sememangnya dikenali dengan bakat, personaliti dan aura elegannya, Michelle Yeoh dilihat cukup sesuai dengan misi La Mer dalam mempromosikan kualiti kekuatan dan kelembutan yang abadi.
“Kempen bersama Michelle Yeoh adalah semula jadi. Falsafah dipegang La Mer memanfaatkan kesihatan dan tenaga yang dilahirkan untuk mencapai kecantikan abadi, seriring dengan Michelle Yeoh. Michelle Yeoh berjaya menentang tanggapan konvensional tentang masa dan umur, dengan kerjayanya yang menjelma dan memberi inspirasi,” kata Sandra Main, Presiden Jenama Global La Mer.
Menerusi hantaran video yang dikongsikan di media sosial Michelle dan La Mer, Kempen yang menciduk inspirasi lautan ini diarahkan oleh Yvan Fabing, menceritakan perjalanan peribadi dan ritual menjadikannya seorang wanita berpengaruh hari ini. Michelle juga dijadualkan akan membintangi beberapa lagi siri video untuk kempen ini.
Untuk video pertama, Michelle Yeoh kembali ke masa lalu membentuk pengalaman dan memori, sambil menggambarkan penemuan La Mer Moisturizing Soft Cream. Krim mewah ini dilihat berjaya mengubah kulitnya dengan cahaya lembut yang menerangi skrin dengan anggun dan kekuatan.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka, dinding yang ada dirumah selain memberi perlindungan kepada diri dan keluarga kita, sebenarnya mempunyai fungsi lain yang mampu menyumbang kepada kesihatan dan kecergasan tubuh badan jika digunakan dengan sebaiknya!
Dengan sesuatu yang semudah dinding (atau pokok) anda boleh bekerja seluruh badan dari kepala hingga kaki sambil membina kekuatan dan meledakkan kalori. Senaman dinding 3 langkah ini akan membuatkan anda sangat cergas, hanya perlu 20 minit!
Sokongan tambahan dan kestabilan tambahan yang disediakan oleh dinding boleh menghasilkan peralatan senaman percuma yang hebat untuk semua peringkat umur dan tahap kecergasan, sambil menambah sedikit cabaran dengan memerlukan lebih banyak keseimbangan dan kekuatan.
Jadi, jika anda ingin mencabar diri anda semasa mencuba sesuatu yang baharu, senaman dinding ini sesuai untuk anda! Lakukan 3 set sebanyak 15 ulangan untuk setiap latihan. Rehat selama 1 minit selepas 3 set, kemudian teruskan ke latihan seterusnya!
Gerakan 1: Tekan Tubi Lengan Tunggal
3 set 15 ulangan
Berdiri di hadapan dinding, rentangkan tangan anda untuk mengukur jarak yang betul. Ikat teras anda dan letakkan sebelah tangan ke dinding.
Dengan mengekalkan teras yang ketat, perlahan-lahan turunkan dada ke arah dinding.
Sebaik sahaja lengan kerja anda membentuk sudut 90 darjah. Kecutkan otot dada dan tolak diri anda kembali ke posisi permulaan.
Ulang menggunakan lengan yang bertentangan.
Gerakan 2: Duduk Dinding ‘Squat’
3 set 15 ulangan
Mulakan dengan membelakangi dinding dengan kaki dibuka seluas bahu.
Libatkan otot perut dan perlahan-lahan luncurkan punggung anda ke bawah dinding sehingga paha selari dengan tanah.
Laraskan kaki supaya lutut anda berada tepat di atas buku lali dan bukannya di atas jari kaki.
Pastikan belakang anda rata ke dinding dan rapatkan kaki perlahan-lahan supaya lutut anda bertemu.
Perlahan-lahan buka lutut beberapa inci lebih lebar daripada titik permulaan asal.
TIP: Jika anda baru menggunakan wall sits, mula-mula cuba langkah ini tanpa kulit kerang. Tenggelam ke bahagian bawah squat dan tahan pose.
Gerakan 3: Dinding Glute
3 set 15 ulangan
Berbaring telentang dengan lutut dibengkokkan dan kaki di atas dinding seluas bahu.
Ketatkan glute anda dan angkat pinggul anda dari lantai sehingga paha dan badan anda berada dalam garis lurus.
Pegang kedudukan itu selama 2 saat, picit glute anda.
Turunkan perlahan ke posisi permulaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...