Inspirasi

Cantik, Lakonan Mantap, Suara Merdu! Netizen Sifatkan HANNAH DELISHA Wanita Dengan ‘Pakej Lengkap’

Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, berikutan pernah membintangi drama hangat yang berjudul ‘Andai Itu Takdirnya’, pemilik nama Hannah Adlina Blackburne atau Hannah Delisha tular lagi kerana satu lagi bakat yang dimilikinya.

Hannah bukan sahaja berjaya membawa watak, Aleya iaitu seorang isteri yang berperwatakan lemah lembut hingga menjadi mangsa keganasan rumahtangga dek kerana sikap suaminya, Syed Aizril iaitu lakonan Shukri Yahaya yang panas baran, hingga naskah adaptasi novel karya Siti Rosmizah itu sempat menjadi fenomena dan bualan hangat warganet di laman sosial.

Netizen Tak Sangka Hannah Punyai Satu Lagi Bakat Terpendam!

@mawarofficial96 Someone Like You Cover by Hannah Delisha #hannahdelisha #coverlagu #fypシ゚viral #fouryoupage #fypシ゚ #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound 96 – mawarrrr

Malah, apa yang lebih memeranjatkan netizen adalah sisi lain Hannah Delisha yang ternyata mampu menyanyi dan mempunyai suara merdu bak buluh perindu.

Terdahulu, bertebaran di laman sosial suara Hannah Delisha sedang asyik menyanyi sehingga video berkenaan menjadi tular, serta mendapat sorotan ribuan wargamaya yang rata-ratanya terpaku dan terkesima melihat bakat nyanyian Hannah.

Hantaran video berkenaan telah tular di aplikasi TikTok menerusi akaun pengguna @mawarofficial96

dalam video berkenaan memaparkan Hannah mendendangkan lagu ‘Someone Like You’ nyanyian asal Adele sambil diiring petikan gitar akustik.

Malah, rata-rata wargamaya mengagumi bakat terpendam yang dimiliki Hannah itu, sudahlah mempunyai bakat lakonan yang mantap dan tidak perlu dipertikaikan lagi, kini pandai pula menyanyi dengan begitu bersahaja.dan mempunyai alunan suara yang sungguh merdu.

Meninjau ke ruangan komen pada hantaran tersebut, NONA mendapati nyanyian Hannah mendapat maklumbalas positif dari para peminat hingga ada yang melabel aktess jelita itu sebagai figura yang serba boleh dan sempurna.

Hannah juga disifatkan mempunyai pakej lengkap kerana tidak hanya mempunyai paras rupa cantik, boleh berlakon dan juga boleh menyanyi dengan amat baik.

Berikut merupakan beberapa tangkap layar komen yang ditinggalkan warganet dan berjaya mencuri perhatian NONA.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!

Sumber: Tik Tok mawarofficial96

 

IKLAN
Share